Wednesday 31 October 2012

Proverbs - Let Bygones Be Bygones

Assalamualaikum .


Takdir . Merupakan suatu perkataan yang tak asing lagi dalm kehidupan seharian kita . Apa yang telah berlaku , semuanya ada larh takdir . Dalam Islam , sesiapa yang tak percaya dengan takdir , maka dia tak percaya dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T . Takdir juga larh yang akan membuatkan kita sedar bahawa , hidup tak selalunya indah seperti yg diharapkan :) .

Macam peribahasa Bahasa Inggeris , ' Let bygones be bygones ' . Pernah dengar tak ? Mesti pernah kan ? Bohong larh kalau kata tak pernah . Ok , jangan marah sebab Ify kata korang bohong . Ngee ... :3 . Peribahasa ni jarang didengari sebenarnya . Peribahasa ni bermaksud , biarkan segala yang lepas tu , lepas . Faham tak ? Ya larh , benda dah berlaku , buat apa fikirkan lagi kan ? Tapi , hakikatnya susah bagi manusia untuk melupakan apa yang dah berlaku dalam hidup kita . Tambahan pulak , kalau perkara yang dah berlaku tu merupakan perkara yang sulit untuk diterima akal . Betul tak ni ? :) .

Sejak kebelakangan ni , banyak benda yang jadi dalam hidup Ify . Bila difikirkan balik , memang teruk jugak larh hidup Ify sekarang . Tapi , macam proverbs tu kata 'let bygones be bygones' . Ify banyak kecik hati dengan macam-macam orang sejak kebelakangan ni . Tapi , proverbs tu meruntuhkan kemarahan Ify sikit demi sikit . Ify ada satu sikap . Jujurnya , bila Ify marah pada seseorang sebab satu perkara , Ify takkan bagi apa-apa respon pada dia sampai larh Ify boleh hilangkan rasa marah tu . Bukan sebab Ify jahat . Tapi , sebab Ify tak nak Ify salah membuat keputusan kalau membuat keputusan dalam keadaan marah dengan perkara-perkara yang tak relevan .

Cukup dengan menyebut perkataan ' maaf ' , boleh membuatkan hati seseorang tu jadi lembut . Nobody perfect . Terima larh kelemahan manusia seadanya . Biarkan perkara yang dah lepas tu , berlalu dengan tenang . Jangan pulak jadikan masalah yang lepas sebagai punca kepada masalah yang akan datang . 

" Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan dia yang mengubahnya sendiri . "

 Kalau kita selalu biarkan rasa marah menguasai diri , jadi agaknya bila kita akan ada kemajuan dalam diri untuk terus berjaya dalam perhubungan ?

Kesimpulannya :

Berubah . Itu lebih baik :) . Apa yang telah berlaku , semuanya telah tertulis sebagai takdir buat kita untuk kita belajar dari kesilapan lampau . Bagi Ify , apa yang penting ada larh usaha untuk mencuba menerima hakikat bahawa , yang tertulis itu larh sebenarnya yang terbaik buat kita . Jodoh , pertemuan , ajal dan lain-lain . Semuanya telah Allah tetapkan di Lauh Mahfuz . Apa yang penting ada larh doa . Sesuatu perhubungan tu takkan kekal tanpa wujudnya kejujuran , keikhlasan , dan kesabaran . Please take a note ! :3

Tuesday 30 October 2012

Story About Aidiladha - 10 Zulhijah 1433

Assalamualaikum .


Yesterday,Ify memang nak update pasal ni . Tapi,ada masalah teknikal sikit kat rumah . So,Ify update lewat pasal ni . Memang tak seronok update ni sebab not in mood :( .

Ok . Seperti yang semua orang tau,setiap kali tiba tarikh 10 Zulhijah umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Qurban . Yang mana ibadah korban ni bermula dari berlakunya sejarah Nabi Ibrahim a.s. dengan anaknya Nabi Ismail a.s . 

First , pagi tu Ify pegi rumah mak sedara kat Sungai Petani . Btw,raya tak seronok sebab arwah tok dah tak ada :( . Bertambah tak seronok sebab macam-macam yang jadi setiap kali raya . Dari pagi sampai malam habiskan masa dengan perkara-perkara yang membosankan . Antara aktiviti-aktiviti membosankan yang dilakukan adalah seperti makan .. makan .. makan .. makan .. dan makan !

Actually , sepanjang exam SMRA minggu lepas diadakan , Ify selalu kata macam ni kat kawan Ify :

" Tiap-tiap hari makan . Makan , makan , makan ! Rasanya makin hari , kalori dalam badan makin bertambah larh ! Kalau hari-hari macam ni , lambat-laun gemuk jugak larh macam ni ... " .

" Rileks larh . Kurus lagi larh . "

" Gemuk jugak :( . "

" Diet jer larh . Apa yang susahnya ... "

" Ha'ah , betul jugak kan ? :D "

Lepas dari tu , Ify ajak dia pegi kantin untuk makan . Then , tau tak dia kata apa ? Dia kata macam ni :

" Tak payah ... tak payah ... "

" Ehh ... Lapar ... :'( "

" Tadi kata nak diet ? "

" Diet seimbang larh . Tak nak larh diet macam ni . Macam bunuh diri jer pun ... :'( "

" Tak payah ... Tak payah ... Jom pegi surau , lagi bagus . "

" Uwaaa .....! :'( "

Selepas terjadinya situasi seperti di atas ^( '.' )^ ni , tiba-tiba jadi pulak situasi kat bawah ni sepanjang raya korban ni :

"  Alang , makan larh tu . Penat masak tu . Khas untuk Alang jer tau ! :D "

" Ok . "

Selepas 5 minit ...

" Alang , makan ni . Baru jer masak tu . "

" Owh , ok . "

Selepas 15 minit ...

" Alang , tolong habiskan ni sekejap . Tak larat nak habiskan ... "

" Err ... Ok ... "

Sehingga larh sampai waktu malam ...

" Alang ... Tolong ... "

" Tak nak ! Tak payah ! Arghh .... Semput ... semput ... Gemuk ... Arghh ... Grr ...! @_@ "

" Woi ! Nak mintak tolong ambik telekung jer pun ! Sawan ker apa budak ni ?! Buang tebiat ?! "

Ify : *speechless* ._______.

 Arghh .....! Cancel program diet seimbang ! Gemuk itu lebih bagus bagiku ! -.-

Hurm . Then , bila dah malam baru larh Ify pulang ke rumah . Memang penat . Penat sesangat . Btw , rasa bahagia pun ada jugak terpancar . Cuma , kebahagiaan tu kurang sebab raya tahun ni tanpa arwah kakak sekaligus arwah tok :'( . Esok harinya , Ify pergi baca Yasin kat kubur arwah tok , nenek , tok wan , kakak , dan ayah sedara . Walaupun masa tu panas , tapi Ify tak rasa pun bahang kepanasan tu sebab dilindungi oleh pokok yang ada di sebelah kubur arwah kakak Ify . Ify pilih untuk duduk di sebelah kubur arwah kakak Ify . Ify nampak , ada beberapa butir batu putih + cantik + bulat ada atas kubur arwah kakak Ify walhal tanah perkuburan kat situ semuanya warna merah . Weird .

Kat situ , Ify rasa tenang sangat . Sampaikan Ify bisik dalam hati , " kalau aku dah tak ada nanti , di sini larh tempat pilihan aku untuk dikebumikan " :'D .

That's all . Uwaa .... Letih larh taip ni . Time to rest sekejap . Nak baca buku :D . Exam SPM bakal melanda . Btw , cuba fikir sejenak . Agaknya , tahun depan kita dapat tak lalui pengalaman raya macam yang kita lalui tahun ni ? Ataupun mungkin pada saat tu , kita larh manusia di dalam tanah yang bakal dibacakan surah Yasin oleh ahli keluarga kita .. :')

Thursday 25 October 2012

Pengalaman SMRA , Tension Tau !

Assalamualaikum .

Hari ni Ify tamat exam SMRA . Keluar dewan tadi,sedih semacam jer . Touching larh kononnya . Touching bukan sebab seronok habis SMRA . Tapi tension bila keluar dewan tu baru sedar yang paper English Language tak jawab satu soalan . Bila keluar dewan situasi ketensionan bermula bila Ify mula teliti balik paper English yang ada kat tangan Ify . Soalan ke 16 tu,Ify dah tulis . Tapi sebab salah,Ify padam balik dan tertinggal soalan tu . Boleh bayangkan betapa peritnya otak ni bila tiba-tiba rasa tension menyedari hal tersebut !


Bila Ify bagitau kat kawan,dia kata macam ni .

" Berapa soalan tertinggal ? "

" Satu ... "

" Alahai ... Satu markah saja pun ... "

Satu saja ?!! Tau tak ? Satu markah tu boleh selamatkan seseorang dari fail ?!! Contohnya,katakanlah Ify dapat 84 . Satu saja lagi nak masuk 85 . Dan satu markah tu adalah markah yang Ify tertinggal tu . Tak ke rugi namanya tu ?!! :'(

Sebenarnya,sebelum tu pun dah tension . Tau kenapa ? Sebab Ify duduk depan dalam dewan SMRA yang luas tu . Nombor angka giliran R008/070/2012 . Boleh bayangkan tak ? Ify duduk depan tapi terpaksa menunggu hampir 35 minit untuk ambil kertas kosong dari pengawas yang bertugas ! Kejam tak ? Huhu . Membuang masa namanya tau ! Angkat tangan pun diorang tak nampak . Apakan daya,Ify hanya memiliki ketinggian dalam 158 sentimeter sahaja berbanding diorang yang memiliki ketinggian mungkin dalam 170 sentimeter . Orang pendek ni memang selalu terabai ! :'( 

Sepanjang examination berlangsung,setiap hari perkara yang sama terjadi . Sampaikan setiap kali ada pengawas yang berjaya dipanggil oleh Ify ( selalunya pengawas yang sama ) datang untuk bagi kertas,Ify akan kata kat dia " Mintak dua kertas boleh ? :'D " dengan muka penuh kesedihan dan kekecewaan ! Lepas tu,diorang akan senyum kepada Ify . Urm ... Senyum makna apa larh agaknya tu ? 

Bertambah ketensionan dengan kepala yang sakit sebab tak mampu ingat apa yang dah dihafal . Yeahh ... Agak bengang di situ ya ... Mula-mula masuk dewan,Ify memang semangat . Belum disuruh pengawas,semuanya dah tersedia ! :D . IC ? Ada ! Pen ? Ada ! Urm ... Semuanya ada ! :D . Tiga puluh minit yang pertama merupakan saat paling manis sebab boleh tulis semuanya yang dihafal ibarat copy paste . Lepas dari tu,berlaku larh siptom-siptom 'penyakit lupa' seperti yang berikut :

 1. Sakit kepala . Rasa macam kepala kita ditebuk dengan kapak,then ada orang sedut otak kita keluar guna straw . Tau tak ? Rasanya macam bakal dimumiakan seperti hidup dalam Tamadun Mesir Purba !

2. Loya tekak . Pernah minum tak air susu yang dah basi selama seminggu ? Mesti rasa loya tekak dan boleh muntah hijau secara automatik kan ? Yes ! Macam itu larh rasanya bila lupa apa yang Ify hafal ! -.-

3. Lemah badan . Masa ni,secara automatiknya kepala akan diletakkan di atas meja dan mata tertutup rapat . That's mean sleepy ! Ngee .... :D .

4. Kegiatan melukis dimulakan . Bila dah tak ingat apa yang dihafal tu,mula larh timbul macam-macam idea untuk menghabiskan masa yang ada sambil cuba-cuba ingat balik apa yang dihafal tu . Melukis ada larh salah satu aktiviti yang dilakukan . Dengan menggunakan otak terlebih kreatif yang ada,pensil pun dilayarkan ke atas kertas soalan dan Spongebob Squarepants ada larh modelnya ! :D

Haha :D . Ada sekali tu masa exam paper Insyak Mutholaah,Ify habis jawab awal . Ada masa lebih kurang 1 jam 15 minit saja lagi untuk Ify boleh keluar dari dewan . Jadi,Ify letakkan kepala dan tertidur . Bila bangun,muka merah dan penuh dengan kesan tidur . Apa lagi,malu tak kira larh cover muka ni :3

Kesimpulannya,menghafal larh dari awal bila dah sedar kita nak exam . Jangan jadi macam Ify yang careless . Huhu . Bagi yang bakal exam lepas ni,please take a note ok ? :D . Ify nak fokus untuk SPM pulak larh lepas ni ! All the best ! Haha :D