Monday 12 November 2012

Sweet Memory Come Back - Thank a Lot !

Assalamualaikum .

Semalam Ify rasa sedih because of something . Then , Ify pun kemas bilik untuk menghilangkan stress . Masa tengah kemas tu , Ify jumpak macam-macam benda yang telah membuatkan mood Ify kembali pulih :D . Jumpa hadiah-hadiah birthday yang kawan-kawan bagi . Kad-kad wish Birthday dan anak-anak patung pemberian ramai orang :) .


Ni semua merupakan hadiah birthday yang Ify dapat dari kawan-kawan baru-baru ni . Wahh ... Terharu ... ! :'D . Thank you ! . Ify akan jaga elok-elok , promise ! Sebab tahun ni larh kali pertama Ify dapat hadiah banyak macam ni walaupun sebenarnya tak sebanyak mana . Huhu ... Orang tak famous , nak buat macam mana ... Uhuk,uhuk ... :'( . Ni Ify simpan dalam keadaan berbalut semuanya . Dan bila hadiah dibuka . Taraa ...! Wahh ... Malu ni ... :3 .


Ok , warna pink jer semuanya . Ngee ... Terima kasih k ... :'D . Seterusnya , kad-kad wish birthday . Seronok sangat bila baca semuanya walaupun dah lepas .


Lepas tu , Ify bukak pulak almari baju lama Ify . Dalam tu ada banyak anak patung yang orang bagi kat Ify . Ada sahabat nasihatkan Ify , anak patung tak elok letak kat dalam rumah , nanti malaikat tak masuk . Kalau nak simpan jugak , letak dalam beg . Mula-mula dulu Ify memang letak dalam beg . Then , ramai sangat orang yang bagi anak patung , makin banyak . Lastly , Ify ambik keputusan kosongkan almari baju lama tu dan letakkan anak patung tu semua , tutup rapat-rapat tak bagi nampak . Ni larh anak patung tu ... :D .


Perasan tak ? Kebanyakan barang-barang yang kawan-kawan bagi kat Ify , banyak warna pink larh . Sebab diorang tau yang Ify obses dengan warna pink kot ... Hehe ... :3 . Apapun , kat sini Ify nak ucapkan ribuan terima kasih pada yang wish birthday Ify tu . Yang susah payah buat kad , bagi hadiah tu ... Huhu ... Very thank you for you all ! Haa ... Kan dah broken English ni . Hehe ... Ok . Rasa sangat-sangat dihargai . Rasa tak keseorangan , rupanya ada yang selalu temankan Ify walau dari jauh , itu larh namanya kawan :) .

Once more again , thank a lot :'D .

Sunday 11 November 2012

Baby's Born - Cik Fin and Cik Ben

Assalamualaikum .

Baru-baru ni , Ify dan family duduk kat luar rumah , saja tengok-tengok arnab . Cik Bunnies , Cik Rockey , Cik Nab , Cik Bit , dan Ibu . Then , tiba-tiba saja rasa pelik sebab nampak ada lubang-lubang tanah yang digali dalam sangkar arnab yang abah buatkan tu . Tak lama lepas tu , adik Ify nampak ada anak arnab yang lari keluar dari lubang tu . Ingat nak ambik , tapi dia dah lari masuk balik lubang tu . 

Esok harinya , Ify bangun tidur lepas solat Subuh terus keluar pegi tengok arnab-arnab tu . Then , Ify terkejut sebab lubang tu dah terkambus . Dah tak ada . Jadi , operasi menyelamatkan anak arnab pun dimulakan . Hampir 3 hari jugak larh , family Ify carik , korek dalam-dalam . Tapi tetap tak jumpa . Dan bila dah give up tu , masing-masing pun biarkan saja arnab tu . Entah larh hidup atau mati .

Malam tu , abah keluar main dengan kucing Ify , si Perang tu . Tiba-tiba , abah ternampak anak arnab 3 ekor main lari-lari . Abah terus ambik anak arnab tu dan asingkan sekali dengan Ibu ke dalam satu sangkar yang lain . Anak arnab tu seekor jantan dan seekor betina . Cuma 2 ekor yang abah sempat ambik . Seekor lagi abah tak jumpak sampai sekarang sejak dia lari masuk dalam lubang tu balik :( .


Btw , cakk ....! Ini larh anak arnab yang berjaya diselamatkan tu ! Yang besar sikit tu jantan , nama Cik Ben . Yang kecik sikit tu betina , nama Cik Fin . Hehe ... Nama keturunan kot :P . Nak tengok lagi gambar diorang ? Diorang pandai possing ! Suka larh bila orang tangkap gambar tu :) .



Nak tengok arnab yang lain tak ? Taraa ....! Ini larh gambar Ibu Cik ben dan Cik Fin serta ayah dan mak sedara diorang . Hehe ...


Dari Kanan : Cik Nab , Ibu , Cik Bit , Cik Rockey , Cik Bunnies .


Ok . That's all ^____^ . Eh , nak tengok lagi ker ? Ok . tengok gambar kucing Ify , Cuty :) .


Sibuk jer dia nak tangkap gambar . Huhu .. Ok . That's all :D .

Friday 2 November 2012

Fact : What The Meaning Of a Love ?

Assalamualaikum .


Love ? Benda apa larh agaknya tu ? Sejenis kuih ? Minuman ? Hi , takkan tak tau kot ...? Ify rasa , kalau sebut bab love , love ni ramai mula seronok tak kira . Mula buka buku cerita cinta sampai 300 muka surat ! Haih -.- . Tu belum kira lagi yang putus cinta . Mula larh update status dekat fb " Aku cinta dia lagi ... " . Aww :3 . Meremang bulu roma kan ?

Love atau Cinta dalam versi Melayu . Apa sebenarnya makna cinta dalam kalangan manusia ? Sesetengah orang bersetuju bahawa cinta merupakan suatu subjektif yang mana hidupan ada larh objektifnya . Kadang-kadang , cinta ditunjukkan melalui cara yang salah , dan ada juga yang mengikuti cara yang sebenar . 

" Cinta merupakan suatu anugerah buat mereka yang ingin hidup dalam kebahagiaan ... "

Adoi . Susah untuk cerita pasal cinta ni sebenarnya -.- . Tak ada pengalaman , mungkin larh :3 . 

Why human need love in their life ?

Manusia mula dicipta dan ditiupkan roh dari alam rahim lagi . Dan sebelum manusia dicipta lagi , sebenarnya cinta dah diperlukan . Dan membesarkan manusia jugak memerlukan cinta dan kasih sayang . Kalau tak ada cinta dan kasih sayang , mesti manusia akan bunuh anak sendiri macam yang dah selalu berlaku sekarang ni kan ? Cinta yang sebenarnya ditakrifkan sebagai cinta seorang hamba kepada Tuhannya . Kalau dah cinta kepada Allah S.W.T pun dah tewas , tak malu ker untuk menuntut cinta daripada hamba-Nya ? Malu larh sikit . Yang menciptakan cinta tu ada larh Allah S.W.T , bukannya diri kita sendiri :) .

Kadang-kadang , manusia silap menilai cinta dan lebih menakrifkannya ke arah nafsu . Dan sebab itu larh , terjadinya perkara-perkara yang tak sepatutnya terjadi macam yang selalu berlaku sekarang ni . Contohnya remaja berumur 14 tahun buang anak . Pelik kan ? Herm .. Ataupun , lebih baik tak payah fikir tentang cinta . Sebab cinta ni , selalunya bila kita tak minta pun akan datang sendiri . Trust me :) .

Kadang-kadang hairan jugak dengan kawan-kawan Ify . Bila diorang tengok kita berkawan dengan sapa-sapa pun , diorang akan buat andaian dan fitnah macam-macam . Ehem ! Kawan ker lawan namanya tu ? Tak suka , tak suka . Ok ? :3 . That's all . Peringatannya , kalau rasa 'korang' tak boleh hidup tanpa cinta sehingga selalu memikirkan tentang cinta sampai menyamakan seseorang tu dengan seseorang yang lain , 'korang' kena fikir lebih banyak coz sebenarnya 'korang' dah buat silap besar tu ! Jangan sesekali samakan Ify dengan 'korang' coz Ify bukannya seorang yang tak boleh hidup tanpa cinta . Please take a note , again and again ! :D