Wednesday 4 December 2013

SPM 2013 - Mission Complete .

Assalamualaikum .

Wahh ... Excited ! :D . Lama betul Ify tak menaip panjang-panjang >_< . Last Ify update entri blog ni tarikh 28 September 2013 , sedangkan hari ni dah 4 Disember 2013 . Lama benor larh -.- .


Meoww ... Auu ...


Cakk ...! ^_^

*takda keja -.-*

Banyak benda nak cerita . Dan dah tentu larh banyak cerita pasal apa yang jadi masa exam hari tu kan ? :) .

Hari 1st examination :

Exam Bahasa Melayu . Memang menyakitkan hati jer bila ingat balik , seriously -.- . Ntah kenapa malam sebelum exam tu rasa gugup sangat-sangat . Selalunya , tak pernah pun Ify baca buku untuk menghadapi exam Bahasa Melayu . Nak kata profesional , tak jugak . Cuma dah tak tau apa yang nak dibaca untuk subjek bahasa ibunda . Bertambah confuse bila selalu tengok kawan-kawan lain kelam-kabut baca buku Bahasa Melayu setiap kali nak dekat exam .

So , malam nak exam Bahasa Melayu SPM aritu , Ify pun terus baca buku , selak jer apa yang rasa nak baca . Sampaikan Ify terbaca novel negeri Johor kalau tak silap , tajuk 'Papa .. Akhirnya Kau Tewas Jua' . Khatam sehabis-habisnya tau ! :3 . Tak boleh tidur malam tu . Belajar habis segala jenis tatabahasa yang ada . Bukan tak tau , tapi lupa sebab terlampau gugup . So , kita takrifkan sebagai tak tau jer -.- .

Sebelum masuk exam , dah tak tau nak baca apa . Tengok apa yang orang lain baca jer . Sesekali baca beberapa peribahasa . Tengok jugak segala soalan spot yang kawan-kawan pegang . Memang dah tak tau nak baca apa , gerun . Masuk dewan , baca habis segala doa yang ada . Doa makan , doa tidur , dan lain-lain -.- . Bila selak kertas 1 tu , omakk kau .. terkejut . Naik tajuk cara-cara nak pelihara bangunan bersejarah , sebijik macam soalan spot -.- . Tengok orang lain dengan sukacitanya menjawab . Yalarh , dah menghafal karangan kan . Ify lak tak mampu nak menghafal bahasa ibunda sendiri . Jadi , Ify dengan penuh sukacitanya buat karangan bahagian B dulu . Tajuk Peranan Ibu Bapa Dalam Menangani ... bla , bla , bla :) . Ada larh dalam 4 muka surat . Then , kembali ke karangan bahagian A , buat dalam 2 atau 3 muka surat . Siap . Tutup buku jawapan , check nombor angka giliran dan nombor ic . Tulis nombor soalan . Fuhh .. rasa senak dada . Lima minit kemudian , masa tamat . Kertas 1 , complete perfectly .

Tapi .. kertas 2 bermasalah . Dah habis masa , banyak lagi Ify tak sempat buat . Gara-gara amalkan sikap 'postpone' soalan depan -.- . Balik rumah , kena marah . Sedih betul ingat balik .

Hari 2nd examination :

Exam Bahasa Inggeris . Okey larh , boleh larh .. Kertas 1 tu essay . Disebabkan suka buat essay , terkarang lebih-lebih lak -.- . Ify cerita pasal apa , itu rahsia :3 . Apapun , pagi tu ramai kawan-kawan sibuk tengok format essay jenis report . Tapi last minute , waktu ketua pengawas panggil masuk dewan , Ify nampak ada sorang kawan tengok format essay jenis formal letter . Ify pun menumpang sekaki , walaupun dah tau kawan-kawan lain ramai dah masuk dewan . Kawan tu kata , takut masuk formal letter , sebab lama jugak tak masuk , walaupun kebanyakan soalan spot kata , masuk report . So , Ify pun tengok larh sekali . Mana nak letak nama pengirim , baris kat mana , tandatangan kat mana , dan lain-lain . Then , baca doa , tawakkal sangat2 , masuk dewan .

Bila ketua pengawas bagi tengok kertas soalan . Mak aii ... masing-masing nampak menggelabah . Sebab yang masuk tu bukan report macam dorang sibuk tengok , tapi formal letter . Alhamdulillah ! Syukur sangat2 waktu tu :'D . Kawan Ify yang tadi tu pandang Ify dan senyum . Ify balas balik . Hehe , sempat lagi berbalas senyuman dalam dewan periksa :'3 . Ify pun mula larh lakarkan format yang Ify baca tadi , atas kertas soalan , dengan gembiranya .

Kertas 2 , ok jer kot .. Rasanya , Bahasa Inggeris ni takda masalah sangat . Rasanya larh , tak nak confident terlebih -.- . Tapi , Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah (waktu petang) , masalah sikit kat situ . Ify dapat soalan spot . Tapi jenis Ify , tak suka nak fokus kat soalan spot jer . Ify baca yang lain sama . Tapi , tengok2 yang masuk tu memang sebijik dengan soalan spot tu -.- . Ades . Mujur ingat jugak sikit-sikit . Jawab larh apa yang patut dengan tawakkal . Usaha dah . Huhu , fikir Umi Abah jer waktu tu :( .

Hari 3rd examination :

Lepas selang seminggu tak periksa , lastly datang larh minggu Sejarah . Kakak2 , Mak Cik , Pak Cik , dan seangkatan dengannya rasa pelik , sebab kenapa selang sampai seminggu . Haa .. jawapannya , sebab kitorang kan History Paper 3 Victims -.- . So , seminggu tu diberi untuk cari bahan-bahan nak bawak masuk dewan periksa . Kertas 3 Sejarah ni paling best . Boleh bawak masuk buku oww -.- . Macam apa ntah . Tapi takpa larh . Lalui jer apa perlu dilalui -.- .

First , Sejarah kertas 1 . Yang ni , Alhamdulillah , boleh jawab . Dah check pun :P . Dapat dalam 30 ke atas . Tapi kertas 2 tu takut sikit . Sebab ada yang dia bagi peta . Mana larh ceq nak ingat peta tu -.- . Malam sebelum exam tu , ada kawan hantar mesej suruh tengok peta muka surat sekian , sekian . Tapi , terlupa nak tengok :( . Tak sangka pulak peta tu memang betul2 masuk . Dorang tau mana erk ? (O_o) . So , part peta tu memang Ify hentam letak nama tempat tamadun Yunani , sebab tamadun Yunani Ify boleh ingat . Padahal yang ni dia bagi peta tamadun Indus -.- . Takpa larh . Walaupun tau salah , tapi Ify teringat kata2 Abang sebelum masuk dewan periksa . 'Kalau tak tau jawapan , jangan pernah tinggalkan tempat kosong' .


Hari 4th examination :

Sejarah kertas 3 , ok larh . Haha , dah boleh bawak bahan , semua orang ok :P . Tapi , ada jugak yang tak bawak masuk apa-apa bahan pun . Macam orang sebelah Ify , yang kerjanya tidur sepanjang exam -.- . Apapun , 3 jam tu macam tak cukup . Sebab bila pengawas periksa tengah kutip kertas jawapan pun , ramai lagi yang masih menulis . Hurm :/ .

Hanya perlu jawab Sejarah Kertas 3 dari pukul 8 sampai pukul 11 pagi , then balik . Haha :D . Syiok woo hari tu :3 .

Hari 5th examination :

Matematik ! Uwaa ... akhirnya sampai jugak Ify ke tarikh ni :'( . Matematik kertas 1 tu , entah larh macam mana , no comment :( . Tapi Matematik kertas 2 tu , rasa macam boleh jawab sikit dari sebelum2 ni . Sebab sepanjang sebelum SPM , Ify selalu balik lewat , fokus kertas 2 Matematik dengan kawan . Nama dia Azimah :) . Wuhuu .. Azimah , I've mention your name , give me an ice cream now -.- . Habis Ify jawab dua2 paper , dia datang kat Ify dan tanya boleh jawab tak . Wahh ... terima kasih sahabat :') . Caring benor .. Touching nih ... :') .

Hari 6th examination :

Tasawwur Islam kertas 2 . Malam sebelum exam , Ify takda larh bagi khatam dua2 buku teks form 4 dan form 5 , dalam satu malam , memang tak larh -.- . Ify cuma baca takrif2 dan perkataan2 yang Ify memang tak tau apa maksudnya , faham dop ? -.- . Petang sebelum malam tu -.- , Ify dengan Adlin jadi guru Pendidikan Seni Visual - Seni Halus untuk sorang lagi jiran yang amik SPM dan amik subjek tu di SMK Pokok Sena II . Dia mintak ajarkan macam mana nak lukis pemandangan bila turun tangga , waktu matahari terbenam , di taman rekreasi , dan bla3 :P . Nampak macam senang , tapi sebenarnya susah . Kena tekankan kat pencahayaan segala bagai . Harap-harap larh dia boleh jawab dengan baik subjek tu , sementara Ify bertarung nyawa dengan subjek Tasawwur Islam kertas 2 . Hurm :/ .

Hari 7th examination :

Subjek Pendidikan Syariah Islamiah . Bermula dengan kertas 2 . Killer betul soalan dia -.- . Apa yang Ify baca dan ingat , tak berapa nak masuk . Tapi , apa yang Ify baca dan tak ingat , tu larh yang banyak masuk -.- . Jadi , Ify pun jawab penuh tawakkal jer :( . Sama jugak dengan kertas 2 . Erm ... Subjek Pendidikan Syariah Islamiah ni takda apa nak ulas kot .. Sedih bila ingat (T_T) .

Hari 8th examination :

Tasawwur Islam kertas 1 . Mula pukul 11.15 pagi sampai 12.30 tengah hari . Ify bertolak dari rumah dalam pukul 10.30 pagi . Sampai sekolah tu memang awal larh , first time sepanjang exam berjalan , ok ? :3 . Masa tu dah salam , cium Umi apa semua . Tapi , ada ramai pulak bebudak lelaki kat jalan nak pegi dewan tu . Haishh , lemah semangat -.- . So , Ify pun tunggu jer larh dalam kereta sambil2 buat latihan semua tahun sekaligus waktu tu jugak . Dah memang buat , cuma nak buat lagi untuk bagi betul2 ingat . Elok2 habis buat , ketua pengawas panggil masuk dewan periksa . Ify pun salam dan cium pipi Umi sekali lagi . Mintak Umi doa , restu tu penting :) . Ify pun jalan masuk dewan , sementara Umi tunggu dalam kereta .

Alhamdulillah , soalan tak susah mana . Seronok sangat jawab , tapi sangat berhati2 , takut ada soalan perangkap pulak -.- . Dah check Tasawwur Islam kertas 1 ni . Betul dalam 39/40 . Tapi , kena doa jugak . Mana tau tetiba jawapan pemeriksa kertas lain pulak kan ? Hurm , tolong doakan Ify :( .

Hari 9th examination :

Subjek Sains . Entah larh kenapa , selalunya subjek Sains ni memang Ify rasa susah sikit nak jawab . Tapi kali ni , erm ... senang sangat :/ . Kawan-kawan pun semua kata senang sangat . Bila jawab , bulat-bulat jer seolah-olah dah pernah tengok jawapan untuk soalan-soalan tu semua , pelik . Bila check kat rumah dengan Umi , banyak yang betul , Alhamdulillah . Tapi , tak tau larh pulak macam mana dengan pemeriksa . Keep praying :( .


Hari 10th examination :

Sehari lepas exam Sains , cuti jap . Bukan apa . Sebab tak ambik subjek Chemistry dan Additional Science :) . Rabu tu (27 November 2013) , exam subjek Perdagangan , subjek killer -.- . Kertas 1 tu , rasa macam senang sangat . Bila check , betul dalam 34/40 kot , Alhamdulillah . Tapi , kertas 2 tu , gulp :( . Mak aii ... killernya soalan2 dia ! >.< . Ify dengan penuh tawakkal , menggunakan apa yang ada dalam otak untuk menjawab soalan :( . Sampai sekarang , Ify cuba nak lupakan pasal apa yang Ify jawab dalam subjek Perdagangan ni , tapi tak boleh :( .

Bayangkan , asal kakak Ify balik rumah jer , dia akan tanya Perdagangan Ify aritu macam mana -.- . Tambah stress , bila waktu kemas bilik hari tu , terjumpa kertas Pra SPM tahun 2011 yang kakak Ify punya . Dapat 70% -..- . Ify baca buku , tapi Ify payah ingat . Dia baca buku , dan dia senang ingat -.- . Mungkin sebab tak minat sama kot , Sejarah boleh pulak ingat , nge .. :3 .

Paling Ify tak boleh lupa . Keluar dewan lepas jawab Perdagangan kertas 2 , Ify termenung kat koridor dewan periksa . Bergenang jugak air mata waktu tu -.- . Tetiba ada sorang kawan datang . Dia tu budak pandai . Tapi dia pun kata , soalan Perdagangan kertas 2 tu susah . Ify pun ceritalah perihal Ify yang jawab ntah apa2 tu . Tau tak dia balas apa ? Dia kata : 'Alarh .. Rileks arhh .. Kalau setakat gred E tu , lulus lagi , dapat lagi sijil SPM , jangan risau larh ..' . Ades -.- . Yang kita ni cerita kat dia , nak dapatkan nasihat yang membina . Dia kata macam tu pulak -.- .

Hari 11th examination :

Selang dalam 5 hari lepas exam Perdagangan , tiba larh exam yang terakhir , Bahasa Arab Tinggi -.- . Masa trial , subjek ni , Ify dapat .. err .. gred E , honestly -.- . So , subjek ni memang Ify takut sangat nak hadapi sepanjang peperiksaan SPM dijalankan :( . Ramai yang dah tolong ajarkan , tapi .. urm , ntah larh :( . Tapi , masa SPM , rasa macam boleh jawab pulok -.- . Siap ada masa lebih lagi . Hurm . Apapun sekarang , yang penting DOA .Terima kasih pada sesiapa yang dah tolong ajarkan tu :) .


So , lepas 11 hari berperang , semua dah tamat . Eh2 , belum lagi ? Yer , belum :3 . Cuma tamat SPM , tapi kita tetap akan menuntut ilmu sampai ke liang lahad :) . Pesanan untuk diri sendiri dan kawan-kawan , jangan fikir sangat SPM ni sampai terlampau stress . Yang penting , doa banyak2 bagi Allah S.W.T lembutkan hati pemeriksa kertas tu . Kot2 larh dia tengok kertas kita , rasa sejuk jer kan :') . Kita dah doa , kita dah usaha dan kita pun dah tawakkal . Jadi , nanti redha saja larh dengan apa yang kita dapat ok ? :) .

p/s : Teringat pesan kakak : 'You deserve what you got' .