Assalamualaikum .
Hari tu Ify ada update pasal kucing Ify dah beranak dalam entri tajuk 'Welcome To The World , Meow !' . Hari ni pulak ada sesuatu yang menyedihkan Ify nak share :( . Dan semuanya berkisar tentang meow-meow kesayangan Ify , jugak haiwan kesayangan Rasulullah S.A.W :( .
Hari tu Ify ada update pasal kucing Ify dah beranak dalam entri tajuk 'Welcome To The World , Meow !' . Hari ni pulak ada sesuatu yang menyedihkan Ify nak share :( . Dan semuanya berkisar tentang meow-meow kesayangan Ify , jugak haiwan kesayangan Rasulullah S.A.W :( .
Ify ada lima ekor kucing . Asalnya bela dua ekor , Perang dan Cuty . Tapi , lepas Cuty beranak tiga ekor anak , jadi larh lima ekor . Perang kucing jantan , Cuty dah semestinya betina -.- , anak-anak Cuty semuanya jantan .
-Ni Perang -
-Ni Cuty-
- Ni anak-anak Cuty . Dari kiri : Junior , Tommy , Jerry . -
Yang Ify nak ceritakan sekarang .. kucing Ify dah tinggal dua ekor .. :'( . Nak tau kenapa ? Okey , Ify nak cerita .. :( .
Perang dah lari dari rumah , sebab merajuk bila tau Cuty ada anak . Tinggal empat ekor . Apa dah jadi kat dua ekor lagi ?
Lepas lahirkan anak-anak tiga ekor ni , Cuty okey jer , memang amazing larh dia okey sebab dia lahirkan anak-anak dia secara songsang . Tapi tak lama lepas tu , dia nampak tak sihat , dalam sebulan dua bulan lepas tu kot kalau tak silap . Anak-anak dia selalu sangat nak menyusu walaupun dah besar . Tambah-tambah yang bongsu tu . Manja bebenor .
Satu hari , waktu Ify tengah study Matematik kat sekolah dengan kawan-kawan lepas habis tuisyen Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah , tiba-tiba umi hantar mesej bagitau yang Junior kena langgar . Umi kata , umi tersilap langgar dia waktu tengah undur kereta . Kakak Ify kata teruk jugak dia kena langgar . Usus dia terkeluar , berdarah-darah . Umi nak bawak dia pegi klinik . Baca mesej kakak Ify macam seram jer . Bila Umi datang amik Ify , kitorang balik rumah untuk ambik Junior . Abah pun balik dari tempat kerja serta-merta semata-mata nak bawak Junior pegi klinik . Fuyyo . Masa sampai rumah . Ify tengok Junior macam biasa jer . Cuma dia baring atas lantai , sampai perut dia gerak laju , bermakna tengah nafas laju larh tu , tahan sakit kot . Tengok punggung dia berdarah sikit . Tapi takda larh terkeluar usus -.- . Bila tanya kat kakak , dia kata masa kena langgar tu , usus dia terkeluar sekali dengan najis , tapi usus tu masuk balik .
Umi kata selalunya tengok jugak bawah kereta lepas Abah terlanggar Bobo dulu , ada Ify cerita dalam entri SINI . Tapi hari tu , Umi terlupa pulak nak tengok bawah kereta . Nak dijadikan cerita , Junior pulak kena langgar . Tapi takda larh sampai keluar mata macam Bobo :( .
Masa kat klinik , doktor kata semuanya okey . Mungkin Umi cuma langgar belah punggung dia , jadi najis yang memang sedia ada kat bawah tu terkeluar , tu perkara biasa . Tulang dia semua okey , takda patah apa . Junior disahkan okey , SubhanAllah . Cuma , dia agak terkejut . Dia jadi senyap sangat , nak bangun pun nampak sangat dia lemah lutut . Jadi , doktor suruh asingkan dia dari adik beradik yang lain . Dia jugak kena selalu makan vitamin .
Tapi Junior tak suka makan ubat . Dia makan untuk beberapa hari jer . Lepas tu , vitamin dia , Abang dengan Adik dia yang tolong habiskan . Huhu . Tu cerita lama , Junior dah okey .
Berapa bulan lepas tu , dalam tarikh 13 Disember 2013 ..
Pagi tu , Ify bukak pintu rumah . Anak-anak kucing semuanya berebut masuk dalam , nak makan . Tapi yang peliknya , Cuty tak ada . Umi suruh adik-adik tengok mana Cuty . Tapi sebab asyik tengok cerita kartun , diorang tak bangun pun , huhu -.- . Ify pun rasa risau lain macam . Yalarh . Cuty tengah bunting kali kedua . Tapi kesihatan dia tak baik . Dia terlampau kurus sampaikan boleh rasa tulang rusuk dia . Tak tau larh kenapa . Bagi makan pun , dia kurang makan . Ify pun capai tudung , keluar cari dia . Tergerak nak tengok belakang pasu-pasu . Bila tengok , nampak dia baring kat situ . Senyap . Ify panggil dia . Tak bergerak . Ify pegang dia . Dah keras , sejuk . Ify terus lari masuk rumah .
" Umi ! Cuty dah mati ! " .
Waktu Ify jerit macam tu , tiga-tiga ekor anak dia terus angkat kepala waktu tengah makan dan pandang Ify . Kesian , yatim dah diorang :'( . Paling menyedihkan , waktu nak tanam Cuty , anak bongsu dia , si Jerry tu menangis , nampak air mata dia jatuh :'( .
Bawah ni pulak gambar waktu nak tanam Cuty .
- Tommy baring sambil tengok Cuty diletakkan dalam lubang tanah . -
- Junior tengok dari dalam semak . -
Sedih tengok anak-anak dia yang tengah menyusu lagi , kematian mak .
********
Berapa minggu lepas tu , tarikh 31 Disember 2014 ...
Junior sakit .. tiga hari sebelum tu , kitorang pegi tido Penang , tinggalkan dia kat rumah dengan yang lain . Mintak tolong jiran jagakan , tinggalkan makanan semua . Bila balik rumah , Junior jatuh sakit . Dia muntah-muntah , tak nak makan . Jadi , Umi bawak dia pegi klinik .
Doktor kata dia demam .
Doktor pesan , bagi dia makan ubat , asingkan dari adik beradik dia , pantau selalu . Dalam tiga hari , kalau tak okey jugak , kena bawak pegi klinik balik .
Malam tu , Junior tidur dalam rumah , atas surat khabar . Adik beradik dia tidur kat luar . Dia muntah-muntah , makan pun sebijik jer makanan kucing bentuk ikan kecik-kecik tu . Tengah malam tu , Ify terjaga dari tidur . Sejuk sangat . Then , Ify teringat Junior , terus keluar bilik nak tengok dia . Tapi dia takda atas surat khabar . Cari punya cari , tengok-tengok dia tidur dalam kelambu , atas tangan Abang dan Adik Ify . Kesian sangat tengok dia . Jadi manja semacam pulak dia sakit-sakit ni . Ify pegang telinga dia . Panas . Dia bukak mata . Ify terus angkat dia masuk bilik Ify . Baringkan dia sebelah Ify , selimutkan dia , letak kepala dia atas bantal . Layan macam manusia . Dia senyap sangat . Mata dia tenung Ify , macam manusia tenung manusia . Ify usap kepala dia .
" Tido ekk sayang .. Kita tidur sama-sama .. " .
Dia bangun nak tidur kat badan Ify . Tapi Ify letak dia balik atas bantal bila dia dah tidur lena . Malam tu , Ify tidur sambil peluk dia .
Bila bangun esok pagi . Angkat kepala , nampak dia bangun jalan slowly masuk bawah katil . Ify panggil dia , tapi dia nampak tak larat , dan dia terus muntah bawah katil Ify . Muntah ubat , kuat betul baunya . Ify angkat dia , lap mulut dan muntah dia .
Sampai ke tengah hari , dia langsung tak nak makan , muntah-muntah . Ify baca satu artikel , kalau biar dia muntah terus tanpa makan , kemungkinan besar dia akan mengalami dehidrasi . Ify mula risau . Badan dia nampak menggeletar . Ify terus call Umi . Kebetulan waktu tu semua orang pegi sekolah , kerja . Umi suruh tunggu Umi balik . Bila Umi balik , kena tunggu Abang pulak . Nak hantar dia pegi klinik kena tangguh-tangguh , kesian dia :( . Petang tu , bawak dia pegi klinik .
Doktor kata , bawah perut dia rasa berair . Kemungkinan besar dia kena penyakit busung , yang tak ada ubat , tunggu nak mati jer larh .
Hanya KEMUNGKINAN .
Malam tu , doktor tahan dia . Doktor nak pantau dia satu malam . Waktu doktor kata nak simpan dia dulu , dia mengesot dalam keadaan tak larat pegi kat Umi . Dia sandar membulat kat perut Umi . Dia tak nak pegi kat doktor . Kesian dia , rasa macam nak menangis waktu tu . Doktor terpaksa pujuk dia , pegang tangan sambil tarik slow-slow .
" Junior .. sekejap jer duduk dengan doktor .. Nanti kita balik rumah balik ekk .. " .
Waktu nak keluar dari bilik rawatan tu . Ify pegang hidung dia .
" Esok kita balik ekk sayang ... " .
Malam tu tak boleh tidur . Teringat Junior . Esok pagi , bangun tidur , rasa tak sabar nak peluk Junior . Tapi doktor tak call lagi . Jadi , tak boleh ambik lagi larh :( .
Pagi tu , Tommy dan Jerry nampak pelik . Diorang tak nak makan . Asyik menggesek kepala kat kaki umi . Selalunya awal pagi diorang main . Tapi pagi tu jadi pasif . Mungkin sebab rindukan Junior . Umi pujuk diorang , kata kejap lagi Junior balik , nak bawak diorang ambik Junior , nanti boleh main balik .
Tapi ...
Tengah hari tu Umi call Ify .
" Alang siap cepat . Kita pegi klinik ambik Junior " .
" Junior boleh balik dah ekk ? " .
" ... "
" Umi ? "
" Doktor kata , Junior dah mati pagi tadi .. Kita nak ambik bangkai dia ... " .
Tersentak Ify waktu tu . Terus tangan menggeletar hantar mesej kat kakak , bagitau Junior dah mati . Kakak yang paling sayang Junior tu pun terkejut . Dalam kereta , Tommy dan Jerry jadi senyap . Nampak sangat diorang faham , sedih .
Sampai klinik , kena tunggu doktor rawat kucing lain kejap . Elok-elok masuk dalam , fuhh , berdebar . Doktor masuk bahagian peti sejuk beku . Bawak satu bungkusan warna biru .
" Kita balut dia sebab dia dah mula berbau . Minta maaf banyak , kita tak dapat selamatkan dia .. " .
" Tak apa larh . Nak buat macam mana . Dah memang Allah takdirkan dia mati . Kalau saya tak bawak dia datang sini pun , dia tetap akan mati . Terima kasih banyak doktor banyak bantu rawat dia , tolong jaga dia semalam " .
Doktor tu hulur . Takda sapa sambut . Dia hulur kat Ify , tapi Ify tak nak ambik , bertakung air mata . Lama tak menangis sebab kucing .
" Takpa larh doktor . Bagi lelaki jer larh angkat " .
Ify senyum tawar . Lepas habis semua urusan kat situ , Kitorang pun balik rumah . Menggeletar tangan Ify pegang bangkai dia sepanjang balik rumah , dah adik tak nak pegang .
Sampai rumah , nak tanam . Part paling sedih . Tommy dan Jerry pun datang tengok sekali . Umi nampak sedih . Kucing kesayangan dah mati . Kucing paling comel dan pandai .
********
Hari ni , genap tiga bulan Junior mati . Tapi rasa sedih sampai sekarang bila teringat dia . Mungkin ada pembaca entri ni yang akan kata .
" .Alarh ... kucing jer pun .. " .
Tapi , kalau kawan-kawan bela dia , kawan-kawan takkan rasa lagi dia macam seekor kucing . Sebab dia pandai . Malam-malam dia temankan Ify tidur . Bila masuk waktu Subuh , Ify hampir terlewat bangun , dia akan naik atas Ify , tekan-tekan perut ataupun hisap telinga untuk kejutkan Ify .
Tak sangka , malam dia mengesot pegi kat Umi tu , rupanya dia seakan-akan dah tau dia dah nak mati , dan dia tak nak tinggal dengan doktor tu .. :'( .
Sekarang , Junior dengan Cuty , dua-dua dah mati . Anak yang seiras dengan mak dia , mengalami nasib serupa mak dia . Doktor kata , punggung Junior berdarah . Kemungkinan besar , dia mati sebab kecederaan dalaman . Samada terjatuh dari tempat tinggi , ataupun dipukul .Tapi kemungkinan paling besar , adalah sebab dipukul . Yes , dipukul . Kejam kan manusia ?
Satu lagi , waktu ambik bangkai Junior kat klinik , baru Ify tau dari doktor yang kemungkinan Cuty mati disebabkan penyakit Hawar . Tapi besar kemungkinan , Cuty mati disebabkan anak dalam perut dia dah lama mati dan mereput dalam perut dia , jadi racun . Hurm , kesian dia :( . Nak buat macam mana , dah takdir . Takda nampak tanda-tanda langsung macam anak dia mati atau lain-lain sebab perut dia besar . Lastly , sekarang kucing tinggal dua ekor , Tommy dan Jerry .
Nah , buat tatapan . Gambar-gambar beberapa hari sebelum Junior dan Cuty mati :') .
#MY LOVELY JUNIOR AND CUTY #
# WAS DIED #
*Cuty mati 13 Disember , Junior mati 31 Disember , macam nak sama tarikh kan ?*
- The End -
p/s : Setiap yang hidup tu , akan mati jugak akhirnya .. :') .