Sunday 26 May 2013

One Day - Trip Ke Penang

Assalamualaikum .

Kali ni , tak ada muqaddimah . Okeh . Ify agak busy sikit . Busy melayan perasaan yang tengah tertekan . Erghh -.- . 

Semalam , Ify pegi ke Pulau Pinang ataupun Penang . Sama ker ? Biar larh -.- . Actually dah selalu sangat pun pegi sana dengan family . Tapi , memandangkan baru habis exam dan nak lepas tension , Ify pun saja mengada-ngada nak ikut kawan-kawan pegi ke Penang -.- . Actually lagi , cikgu yang ajak Ify pegi sekali memandangkan Ify memang ada jawatan dalam Persatuan Bahasa Melayu . Jadi , apalah gunanya kalau ada jawatan , tapi orang pegi buat apa-apa program pun tak ikut kan ? 


- Atas ni Cik Tortoise dengan Cik Turtle :3 - 

Sepatutnya pagi tu Ify kena ada kat sekolah sebelum pukul 8.00 a.m. . Tapi , Ify bangun tidur tengok dah pukul 7.30 a.m. . HAHA -.- . Lawak larh sangat kan ? =.= . Nak tau tak macam mana Ify boleh terjaga dari tidur lewat macam tu ? Okeh . Ify putar balik cerita ni 140 darjah ke waktu malam .. -.- .

Malam tu , Umi dah ingatkan Ify dan adik Ify , Hanzalah untuk tidur awal supaya kitorang takkan bangun lewat esok pagi . Tapi , Ify tak boleh tidur pasal kain hitam untuk seminar hari seterusnya (hari ni) tak jemur lagi . Kalau tak jemur malam tu jugak , nanti tak sempat jemur dah sebab Ify dijadualkan akan balik dari Penang waktu malam . Jadi , lepas Ify dah jemur sekejap kain tu , Ify pun sajalah nak duduk dengan adik-adik sambil tengok cerita Harry Potter . Ahaks , buang masa betul -.- . Ify tengok cerita tu sampai pukul 1.30 a.m. . Then , tiba-tiba Ify rasa pening kepala . Ify pandang sekeliling . Ify nampak macam dunia ni berpusing jer . Tak tahan sangat , Ify rebah ke bumi . Hoho .. Pengsan ? Not sure at all . Tapi , yang pastinya , lama lepas tu , Ify terjaga dan terus lari masuk ke bilik air Umi . Ify rasa sakit kepala sangat dan Ify termuntah -.- . I really don't know why , aiseh .. speaking pulok -.- . Sebab tak tahan sangat , Ify pun terus masuk bilik dan rebah untuk sekali lagi . Sebelum tu , Ify dah ada rancangan nak batalkan niat untuk ke Penang . Serius tak larat sangat -.- .

Esok pagi , Umi kejutkan Ify . Dah lewat , pukul 7.30 a.m. . Ify bangun , erghh ... Kepala masih sakit -.- . Ify pun termenung sekejap . Fikir nak pegi ker tak nak . Lastly , nak release tension punya pasal , Ify pun pegi jugak larh bangun dan siap untuk pegi ke Penang . Sampai sekolah pukul 8.00 a.m. , Umi hulurkan duit untuk bayar tambang bas kat cikgu dan duit untuk apa ntah -.- . Ify tak tau nak duduk dengan siapa waktu tu sebab tak ada kawan yang sama umur . Jadi , Ify terus pegi kat cikgu Ify yang bernama Cikgu Saufiah :) . Ify agak pening lalat sikit waktu tu . Huhu .. Jadi , Ify pun mintak kat cikgu tu minyak angin . Tapi , cikgu tu kata tak ada pulak -.- . Cikgu tu pegang dahi Ify . Panas , cikgu tu kata . Ehh .. Ify demam ? Diri sendiri pun tak perasan . Haha :P . Cikgu tanya larat ker tak , tapi .. Ify kan kuat .. Haha .. Perasan pulok :P . Then , Ify hantar mcj kat Umi , bagitau yang badan Ify semakin panas . Umi suruh Ify balik . Tapi , Ify masih lagi dengan 'keperasanan' yang Ify ni kuat , konon larh ~ :P .



Dalam pukul 8.20 a.m. , kitorang bertolak keluar dari kawasan sekolah . Okeh , still okay :') . Sepanjang perjalanan , cikgu selalu tanya samada Ify okay ataupun tak . Err .. Of course saya okay cikgu .. Hehe .. Okay larh sangat kan ? Tidur pun sampai tak sedar langsung .. -.- . Dalam pukul 9.52 a.m. , kitorang berhenti kat perhentian Gurun . Cari makan kat situ . Alahai .. tak ada selera langsung -.- . So , ada sorang adik tu tolong belikan makanan untuk Ify . Wahh .. bertuah diri :'3 . Dalam 20 minit lepas tu , kitorang pun mula bertolak lagi .. Dan Ify pun sambung tidur balik larh .. Haha .. Lumrah orang sakit :P . Sebelum tidur , sempat mesej dengan sorang kawan kejap . Bangun tidur , tengok dah sampai Penang . Ify pun terus hantar mcj kat Umi :) . Rindu pulak tetiba kan ? Alahai .. Manja terlebih -.- .

Lebih kurang pukul 12.50 p.m. , kitorang sampai di Taman Negara . Apa yang menarik ? Entah larh . Ify tak tau sebab terlalu pening kepala . Orang lain semuanya tengah berseronok , Ify duduk senyap-senyap jer main dengan kucing kat tepi laut tu . Jumpa orang Jepun , buat ramah mesra . Cakap ''Konnichiwa'' , senyum dan terus jalan straight . Nanti dia soal banyak pulak . Kita ni dah larh tak berapa mahir lagi nak cakap Jepun pun . Huhu .. Lama lepas tu , Ify naik bas balik dan tidur kat dalam bas . Tak mampu lagi menahan panas teriknya matahari . Huhu .. Agak seronok tidur dalam bas umpama tidur kat rumah . Golek-golek jer macam hantu bungkus pun , bukannya ada orang :P . Ify tunggu diorang sampai pukul 2.30 p.m. , then , kitorang pegi ke Teluk Bahang pulak . Yer ker nama tu ? Apa-apa jer larh -.- . Kat situ , adik-adik junior pegi mandi sungai , dan Ify pegi menambah berat badan -.- . Makan untuk hidup , dan bukan hidup untuk makan kan ? :3 .






*Kalau tak jelas , sila klik pada gambar*

Okeh , dalam pukul 4.00 p.m. , kitorang bertolak pulak ke Botanican Park . Ada apa kat situ ? Pun ntah larh -.- . Ify cuma tau ada tandas jer -.- . Kamera pulak ada kat adik . So , Ify cuma jalan-jalan dengan cikgu sambil bersembang pasal secret admired :3 . Haha :P . Then , kitorang ke satu tempat ni . Nama apa ntah , Ify tak tau larh :( . Tapi , duduk situ sekejap jer dan kitorang terus ke Padang Kota . Sampai situ , dalam pukul 6.30 p.m. kot . Pegi tukar baju dan terus pegi makan . Makan lagi ? Hehe ... Serius gemuk -.- . Tak macam orang sakit langsung , makan banyak . Haishh -.- .

Masa ni , bateri phone dah kosong . Memang tak boleh duduk diam larh . Sebab takut Umi risau pulak kan ? Chewah ... Takut Umi risau ker , kita ni yang risau ? :3 . Ni larh destinasi terakhir . Duduk situ sampai 7.45 p.m. . Agak letih . Yang pasti , Ify banyak tidur jer sepanjang ada kat sana . Kesian cikgu kat sebelah kesunyian dari dengar suara Ify :3 . Sepanjang duduk sana , selain dari jalan dengan cikgu , Ify suka duduk sorang jer . Duduk termenung tengok laut , teringatkan arwah kakak :') , teringatkan seseorang :'3 , teringatkan masa lampau >_< .

Hamboihh , haihh -.- .

Tu jer larh :) . Pengalaman berharga bila pegi sana dengan kawan-kawan . Tapi , pengalaman yang lebih berharga adalah bila sampai rumah pukul 11.10 p.m. , dan bangun pagi ni terus kena pegi seminar . Alahai .. Letih -.- . Tapi , seronok :') . Okeh . Until we meet again . Tata :'D .

Tuesday 14 May 2013

Minggu Exam Yang Membosankan -.- .

Assalamualaikum .


Actually , Ify dah start exam dari hari Selasa minggu lepas lagi . Baru nak update entri sebab sekarang agak stress sikit . Maybe , not really sure -.- . Actually jugak , dari dulu lagi Ify paling suka waktu exam berbanding waktu belajar macam biasa . Yalarh .. Waktu exam kita cuma perlu menghafal dan mengulang kaji pelajaran . Dan bila sampai sekolah , kita cuma perlu jawab kertas soalan yang diberi dengan baik . Bila dah dapat markah , dari situ kita boleh nilai kat mana kelemahan kita . Tak macam belajar dalam kelas . Kadang-kadang rasa mengantuk dan tertidur . Arghh ....! -.- .

Okeh . Nak dijadikan ceritanya , Ify dah mula rasa yang exam ni membosankan . Selalunya kalau waktu exam , Ify akan duduk dengan kawan-kawan Ify dan baca buku dengan diorang . Tapi .. sekarang semuanya dah berubah :( . Sekarang , setiap kali exam , diorang akan baca buku sendiri-sendiri dan Ify akan duduk keseorangan . Mintak temankan pergi ke surau dan kantin pun , diorang tak nak . Kalau temankan pun , itu semua sebab Ify yang paksa . Diorang cuma fikirkan kecemerlangan akademik masing-masing . Dan kalau kawan-kawan diorang sendiri termasuk Ify dapat apa-apa kertas dengan markah yang baik dari diorang , dah confirm jelingan larh hadiah yang kita akan dapat , seriously -.- .

Ify pun tak tau kenapa , tapi sekarang ni .. Ify dah tak rasa macam Ify ni ada kawan :( . Buat jer muka sedih , tapi sebenarnya tak sedih pun -.- . Allah kan ada :) . Lagi , exam kali ni membosankan sebab keadaan sekeliling dah berubah . Selain dari sikap kawan-kawan , otak Ify jugak dah semakin lambat nak menghafal -.- . Mungkin sebab terlalu banyak masalah yang sedang difikirkan , jadi otak pun tak mampu menerima apa yang dibaca dengan baik . One more , Ify dah mula rasa bosan dengan sikap diorang yang suka meniru dan berbangga dengan pencapaian diorang tu . Okeh . Nak meniru ? Ify tak kisah . Tapi , tak perlu larh nak tunjuk muka bangga bila dapat kertas balik . Menyampah tau tak ? -.- .


Okeh . Maaf sebab agak terkasar bahasa -.- . Fuhh ... Actually sekarang ni bukan stress sikit-sikit , sebab tu larh mood bagai Incredible Hulk lagi -.- .

Ify stress sebab difitnah sebenarnya . Biasa larh , lumrah hidup kat dunia fana ni kan ..? Lagipun , bukannya Ify tak biasa kena fitnah macam tu , yer dop ...? :) . Sekolah rendah dulu pun , Ify pernah berkawan dengan seorang hamba Allah yang bernama Fatimah ( bukan nama sebenar ) . Kitorang ni boleh dikategorikan sebagai best friend larh .. Walaupun dia tu pandai dua kali ganda berbanding Ify , tapi dia tak sombong :') . Tapi .. Nak dijadikan ceritanya , abang dia ni benci sangat-sangat dengan Ify . Kenapa dia benci pun , Ify tak tau larh . Padahal Ify bukan pernah sembang dengan dia pun . Tapi , dikhabarkan yang abang dia tu benci Ify pun kes fitnah jugak . So , kebetulan mak dia mengajar kat sekolah tu . Abang dia pun pegi cerita pasal Ify kat mak dia . Apa yang dia cerita pun , Ify tak tau larh . Tapi .. Sejak dari tu , mak dia sangat-sangat benci dengan Ify . Mak dia selalu fitnah Ify depan cikgu-cikgu lain . Kalau larh Ify diberi pilihan scene masa lampau yang mana Ify nak kembali , Ify takkan pilih nak pegi balik ke scene waktu Ify masih sekolah kat situ . Haishh ... Berair mata , Allah jer yang tau masa tu ...

Ada sekali tu , Ify masih ingat . Pagi bacaan Yasin sebab UPSR , kawan Ify tu datang tarik tangan Ify masuk tandas . Dia menangis teruk sangat masa tu . Agak lama jugak larh Ify ambik masa untuk mententeramkan dia sampai larh dia boleh cerita kenapa dia menangis . Rupa-rupanya , sebab dia kena marah dengan mak dia pagi tu sebab berkawan dengan Ify . Adik-adik dia semuanya menangis ketakutan . Mak dia herdik dia , kata dia bodoh sebab berkawan dengan orang yang bodoh macam Ify . Agak terkilan jugak larh Ify masa tu . Yer larh , Ify memang tak pandai , tapi takda larh sebodoh yang dia sebutkan . Tapi , dah memang tertanam satu sifat dalam diri Ify yang Ify takkan menangis depan kawan yang sedang bersedih , takut dia bertambah sedih . So , Ify pun cuma tahan jer air mata Ify . Mungkin , dia boleh nampak mata Ify yang dah penuh dengan mutiara air mata waktu tu . Sebab tu , Ify terus pandang tempat lain .

Actually , banyak lagi sebenarnya cerita Ify kena fitnah ni . Yang teruk punya cerita pun banyak . Ada jugak guru yang pegang title 'ustazah' pernah cabar Ify tanggalkan kain tengah orang ramai sebab dia terpengaruh dengan fitnah mak kawan Ify tu yang kata , Ify ni malas solat , sebab tu tipu kata kononnya Ify datang bulan . Dulu , memang Ify sakit hati jugak pasal semua ni . Tapi , bila ingat balik rasa macam nak ketawa pun ada . Yer larh , kelakar tau bila teringat sikap ustazah-ustazah yang lebih dari budak . Ada ker patut Ify dikatakan berbohong bab datang bulan ? -.- . Kalau Ify nak bohong , memang boleh kesan larh .. Ify kan tak pandai membohong ... -.- . Ify pun ada akal fikiran jugak , boleh beza mana baik dan yang mana buruk . Manusia .. manusia .. Suka sangat memfitnah .. Sebab tu larh .. Walaupun sekarang ni Ify difitnah kaki jantan , liar , penghasut anak orang dan lain-lain , Ify cuma sedih sekejap jer , then Ify boleh happy .. Sebab Ify teringat cikgu pernah kata dulu waktu form 3 .

" Mulut tempayan kita boleh tutup . Tapi kalau mulut orang , ambik apa sekalipun tetap tak boleh nak tutup ... "



Itu larh sedikit sebanyak cerita luahan perasaan dari Ify . Hehe :3 . Bukannya apa , stress exam bila teringat benda-benda ni semua . So .. luahkan sekejap , rasa ringan larh sikit kepala ni kan ? ^_^ .

Then , exam kali ni jugak meletihkan . Sejak kebelakangan ni , Ify tak boleh tidur malam . Tak tau larh kenapa . Mungkin sebab terlalu letih fikir pasal exam kot . Hipotesis jer ni -.- . Setiap hari Ify akan tidur dalam pukul 2.00 pagi . Kadang-kadang tu , sampai pukul 3.00 pagi pun tak boleh tidur lagi . Then , dalam dewan setiap hari Ify akan tertidur dan membuang masa sampaikan terpaksa keluar dari dewan lewat dari orang lain . Huhu ... Tapi serius larh ... Tahun ni memang dapat rasa yang belajar tu seronok sekaligus meletihkan sebenarnya -.- . Sebelum ni selalu seronok belajar jer , tapi tak pernah rasa letih . Tahun ni 'tahun busy' dengan segala latihan untuk majlis Muhadhoroh , belajar dengan fokus sambil diberi kerja sekolah yang banyak , kena hadapi lebih kurang 3 jenis peperiksaan sebelum menghadapi peperiksaan SPM sebenar -.- . Itu tak kira lagi dengan oral Bahasa Inggeris , Bahasa Melayu dan yang sewaktu dengannya -.- .

Hari tu beberapa minggu sebelum exam , ada sekali tu Ify terlampau letih . Yalarh .. Sebab Ify terlalu busy mengalahkan Prime Minister , sampai tak makan dan tidur pun tak cukup . Then , datang sekolah pagi tu , Ify sakit pinggang dan tulang belakang . Tak tau larh kenapa boleh sakit tulang belakang tetiba -.- . Ditambah dengan rasa letih dan mengantuk teramat sangat , Ify pun pegi larh sekolah . Tengah hari tu , tulang belakang Ify semakin sakit . So , Ify tak boleh bergerak untuk keluar rehat dan makan . Ify pun terus letakkan kepala atas meja dan tidur . Nak dijadikan ceritanya , Ify rasa macam Ify tidur lama sangat . Dan bila Ify bukak mata , rupa-rupanya Ify dah ada dalam bilik guru , terbaring tanpa tudung di kepala . Paling belakang , nampak ustaz -.- . Malu punya pasal , terus Ify cepat-cepat cari tudung dan pakai . Then , Ify bisik kat kawan :

" Kenapa ni weyh ? "

" Hang pengsan tadi . Kami semua bawak hang mai sini . Lama jugak hang nak sedar . Bila sedar , hang histeria pulak . "

" Hah ??? Ni kenapa pulak mulut kami rasa macam limau jer pun ? "

" Tadi ustaz nak tuang air dalam mulut hang , tapi hang tak mau . Sebab tu ustaz perah limau kat mulut hang .  Hang kenapa sebenarnya ? Hang sakit ka ? "

" Ntah .. Kami cuma sakit tulang belakang ni .. Pastu .. Hurm .. Ntah .. Tak ingat apa-apa pun .. "
Masa tu , Ify rasa sakit kepala sangat-sangat . Rupa-rupanya , waktu Ify tidur kat dalam kelas tu , ustazah masuk kelas untuk mengajar dan diorang kejutkan Ify , tapi Ify tak bangun . Jadi , ustazah datang dan angkat kepala Ify . Ify dah lembik tak sedarkan diri . Sebab tu , diorang usung Ify ramai-ramai dari kelas tingkat atas ke bilik guru perempuan . Diorang kata , Ify berat sampai tangan diorang sakit . Hehe .. Jangan jeles .. Tu semua berat kilogram tulang jer .. Padahal tiga hari dah tak makan nasi waktu tu ~ :3 . Tapi kenapa Ify boleh histeria lepas sedar dari pengsan ? Ify pun tak tau . Mungkin tu kebetulan jer kot . Tapi , Ify yakin yang Ify pengsan tu bukan sebab histeria , tapi sebab tak larat sangat masa tu . Allah jer yang tau betapa Ify letih sangat masa tu ... -.- . Bab sakit tulang belakang tu pulak , Umi kata itu mungkin sebab angin . Ify kan dah lama tak makan nasi waktu tu .. Huhu ...


Exam habis minggu depan . Fuhh ... Lambat betul larh -.- . Ni larh kali pertama Ify bencikan exam . Ify cuma suka nak jawab exam awal-awal hari tu jer (exam BM dan BI) , lepas tu dah takda mood nak jawab kertas-kertas exam yang berbagai jenis tu -.- . Tapi , hari Ahad ni exam Sejarah . Yess ! >_< . Ify suka Sejarah :) . Ehh ... Boleh pulak main suka tak suka -.- . Umi marah dah hari tu . Sebenarnya semua subjek kena suka . Apa larh Ify ni ... Adess .. Perasan tak ? Semakin banyak Ify menaip , semakin banyak jugak Ify mengarut dan semakin membosankan pulak entri ni kan ? Sama macam tajuk di atas -.- . Maaf beribu kali maaf .. Sebab habiskan masa anda . Ify cuma nak sampaikan apa yang berada di lubuk hati Ify ni ... Uhuk .. uhuk .. -.- . Ify tak sihat .. Mungkin sebab tu larh entri pun perlukan 'ubat' :( . Okeh , terima kasih coz membaca . Until we meet again ..

p/s : Tabah menghadapi ujian hidup adalah perkara paling manis pernah setiap manusia lakukan . Smile although it's hard ... :') .