Wednesday 4 December 2013

SPM 2013 - Mission Complete .

Assalamualaikum .

Wahh ... Excited ! :D . Lama betul Ify tak menaip panjang-panjang >_< . Last Ify update entri blog ni tarikh 28 September 2013 , sedangkan hari ni dah 4 Disember 2013 . Lama benor larh -.- .


Meoww ... Auu ...


Cakk ...! ^_^

*takda keja -.-*

Banyak benda nak cerita . Dan dah tentu larh banyak cerita pasal apa yang jadi masa exam hari tu kan ? :) .

Hari 1st examination :

Exam Bahasa Melayu . Memang menyakitkan hati jer bila ingat balik , seriously -.- . Ntah kenapa malam sebelum exam tu rasa gugup sangat-sangat . Selalunya , tak pernah pun Ify baca buku untuk menghadapi exam Bahasa Melayu . Nak kata profesional , tak jugak . Cuma dah tak tau apa yang nak dibaca untuk subjek bahasa ibunda . Bertambah confuse bila selalu tengok kawan-kawan lain kelam-kabut baca buku Bahasa Melayu setiap kali nak dekat exam .

So , malam nak exam Bahasa Melayu SPM aritu , Ify pun terus baca buku , selak jer apa yang rasa nak baca . Sampaikan Ify terbaca novel negeri Johor kalau tak silap , tajuk 'Papa .. Akhirnya Kau Tewas Jua' . Khatam sehabis-habisnya tau ! :3 . Tak boleh tidur malam tu . Belajar habis segala jenis tatabahasa yang ada . Bukan tak tau , tapi lupa sebab terlampau gugup . So , kita takrifkan sebagai tak tau jer -.- .

Sebelum masuk exam , dah tak tau nak baca apa . Tengok apa yang orang lain baca jer . Sesekali baca beberapa peribahasa . Tengok jugak segala soalan spot yang kawan-kawan pegang . Memang dah tak tau nak baca apa , gerun . Masuk dewan , baca habis segala doa yang ada . Doa makan , doa tidur , dan lain-lain -.- . Bila selak kertas 1 tu , omakk kau .. terkejut . Naik tajuk cara-cara nak pelihara bangunan bersejarah , sebijik macam soalan spot -.- . Tengok orang lain dengan sukacitanya menjawab . Yalarh , dah menghafal karangan kan . Ify lak tak mampu nak menghafal bahasa ibunda sendiri . Jadi , Ify dengan penuh sukacitanya buat karangan bahagian B dulu . Tajuk Peranan Ibu Bapa Dalam Menangani ... bla , bla , bla :) . Ada larh dalam 4 muka surat . Then , kembali ke karangan bahagian A , buat dalam 2 atau 3 muka surat . Siap . Tutup buku jawapan , check nombor angka giliran dan nombor ic . Tulis nombor soalan . Fuhh .. rasa senak dada . Lima minit kemudian , masa tamat . Kertas 1 , complete perfectly .

Tapi .. kertas 2 bermasalah . Dah habis masa , banyak lagi Ify tak sempat buat . Gara-gara amalkan sikap 'postpone' soalan depan -.- . Balik rumah , kena marah . Sedih betul ingat balik .

Hari 2nd examination :

Exam Bahasa Inggeris . Okey larh , boleh larh .. Kertas 1 tu essay . Disebabkan suka buat essay , terkarang lebih-lebih lak -.- . Ify cerita pasal apa , itu rahsia :3 . Apapun , pagi tu ramai kawan-kawan sibuk tengok format essay jenis report . Tapi last minute , waktu ketua pengawas panggil masuk dewan , Ify nampak ada sorang kawan tengok format essay jenis formal letter . Ify pun menumpang sekaki , walaupun dah tau kawan-kawan lain ramai dah masuk dewan . Kawan tu kata , takut masuk formal letter , sebab lama jugak tak masuk , walaupun kebanyakan soalan spot kata , masuk report . So , Ify pun tengok larh sekali . Mana nak letak nama pengirim , baris kat mana , tandatangan kat mana , dan lain-lain . Then , baca doa , tawakkal sangat2 , masuk dewan .

Bila ketua pengawas bagi tengok kertas soalan . Mak aii ... masing-masing nampak menggelabah . Sebab yang masuk tu bukan report macam dorang sibuk tengok , tapi formal letter . Alhamdulillah ! Syukur sangat2 waktu tu :'D . Kawan Ify yang tadi tu pandang Ify dan senyum . Ify balas balik . Hehe , sempat lagi berbalas senyuman dalam dewan periksa :'3 . Ify pun mula larh lakarkan format yang Ify baca tadi , atas kertas soalan , dengan gembiranya .

Kertas 2 , ok jer kot .. Rasanya , Bahasa Inggeris ni takda masalah sangat . Rasanya larh , tak nak confident terlebih -.- . Tapi , Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah (waktu petang) , masalah sikit kat situ . Ify dapat soalan spot . Tapi jenis Ify , tak suka nak fokus kat soalan spot jer . Ify baca yang lain sama . Tapi , tengok2 yang masuk tu memang sebijik dengan soalan spot tu -.- . Ades . Mujur ingat jugak sikit-sikit . Jawab larh apa yang patut dengan tawakkal . Usaha dah . Huhu , fikir Umi Abah jer waktu tu :( .

Hari 3rd examination :

Lepas selang seminggu tak periksa , lastly datang larh minggu Sejarah . Kakak2 , Mak Cik , Pak Cik , dan seangkatan dengannya rasa pelik , sebab kenapa selang sampai seminggu . Haa .. jawapannya , sebab kitorang kan History Paper 3 Victims -.- . So , seminggu tu diberi untuk cari bahan-bahan nak bawak masuk dewan periksa . Kertas 3 Sejarah ni paling best . Boleh bawak masuk buku oww -.- . Macam apa ntah . Tapi takpa larh . Lalui jer apa perlu dilalui -.- .

First , Sejarah kertas 1 . Yang ni , Alhamdulillah , boleh jawab . Dah check pun :P . Dapat dalam 30 ke atas . Tapi kertas 2 tu takut sikit . Sebab ada yang dia bagi peta . Mana larh ceq nak ingat peta tu -.- . Malam sebelum exam tu , ada kawan hantar mesej suruh tengok peta muka surat sekian , sekian . Tapi , terlupa nak tengok :( . Tak sangka pulak peta tu memang betul2 masuk . Dorang tau mana erk ? (O_o) . So , part peta tu memang Ify hentam letak nama tempat tamadun Yunani , sebab tamadun Yunani Ify boleh ingat . Padahal yang ni dia bagi peta tamadun Indus -.- . Takpa larh . Walaupun tau salah , tapi Ify teringat kata2 Abang sebelum masuk dewan periksa . 'Kalau tak tau jawapan , jangan pernah tinggalkan tempat kosong' .


Hari 4th examination :

Sejarah kertas 3 , ok larh . Haha , dah boleh bawak bahan , semua orang ok :P . Tapi , ada jugak yang tak bawak masuk apa-apa bahan pun . Macam orang sebelah Ify , yang kerjanya tidur sepanjang exam -.- . Apapun , 3 jam tu macam tak cukup . Sebab bila pengawas periksa tengah kutip kertas jawapan pun , ramai lagi yang masih menulis . Hurm :/ .

Hanya perlu jawab Sejarah Kertas 3 dari pukul 8 sampai pukul 11 pagi , then balik . Haha :D . Syiok woo hari tu :3 .

Hari 5th examination :

Matematik ! Uwaa ... akhirnya sampai jugak Ify ke tarikh ni :'( . Matematik kertas 1 tu , entah larh macam mana , no comment :( . Tapi Matematik kertas 2 tu , rasa macam boleh jawab sikit dari sebelum2 ni . Sebab sepanjang sebelum SPM , Ify selalu balik lewat , fokus kertas 2 Matematik dengan kawan . Nama dia Azimah :) . Wuhuu .. Azimah , I've mention your name , give me an ice cream now -.- . Habis Ify jawab dua2 paper , dia datang kat Ify dan tanya boleh jawab tak . Wahh ... terima kasih sahabat :') . Caring benor .. Touching nih ... :') .

Hari 6th examination :

Tasawwur Islam kertas 2 . Malam sebelum exam , Ify takda larh bagi khatam dua2 buku teks form 4 dan form 5 , dalam satu malam , memang tak larh -.- . Ify cuma baca takrif2 dan perkataan2 yang Ify memang tak tau apa maksudnya , faham dop ? -.- . Petang sebelum malam tu -.- , Ify dengan Adlin jadi guru Pendidikan Seni Visual - Seni Halus untuk sorang lagi jiran yang amik SPM dan amik subjek tu di SMK Pokok Sena II . Dia mintak ajarkan macam mana nak lukis pemandangan bila turun tangga , waktu matahari terbenam , di taman rekreasi , dan bla3 :P . Nampak macam senang , tapi sebenarnya susah . Kena tekankan kat pencahayaan segala bagai . Harap-harap larh dia boleh jawab dengan baik subjek tu , sementara Ify bertarung nyawa dengan subjek Tasawwur Islam kertas 2 . Hurm :/ .

Hari 7th examination :

Subjek Pendidikan Syariah Islamiah . Bermula dengan kertas 2 . Killer betul soalan dia -.- . Apa yang Ify baca dan ingat , tak berapa nak masuk . Tapi , apa yang Ify baca dan tak ingat , tu larh yang banyak masuk -.- . Jadi , Ify pun jawab penuh tawakkal jer :( . Sama jugak dengan kertas 2 . Erm ... Subjek Pendidikan Syariah Islamiah ni takda apa nak ulas kot .. Sedih bila ingat (T_T) .

Hari 8th examination :

Tasawwur Islam kertas 1 . Mula pukul 11.15 pagi sampai 12.30 tengah hari . Ify bertolak dari rumah dalam pukul 10.30 pagi . Sampai sekolah tu memang awal larh , first time sepanjang exam berjalan , ok ? :3 . Masa tu dah salam , cium Umi apa semua . Tapi , ada ramai pulak bebudak lelaki kat jalan nak pegi dewan tu . Haishh , lemah semangat -.- . So , Ify pun tunggu jer larh dalam kereta sambil2 buat latihan semua tahun sekaligus waktu tu jugak . Dah memang buat , cuma nak buat lagi untuk bagi betul2 ingat . Elok2 habis buat , ketua pengawas panggil masuk dewan periksa . Ify pun salam dan cium pipi Umi sekali lagi . Mintak Umi doa , restu tu penting :) . Ify pun jalan masuk dewan , sementara Umi tunggu dalam kereta .

Alhamdulillah , soalan tak susah mana . Seronok sangat jawab , tapi sangat berhati2 , takut ada soalan perangkap pulak -.- . Dah check Tasawwur Islam kertas 1 ni . Betul dalam 39/40 . Tapi , kena doa jugak . Mana tau tetiba jawapan pemeriksa kertas lain pulak kan ? Hurm , tolong doakan Ify :( .

Hari 9th examination :

Subjek Sains . Entah larh kenapa , selalunya subjek Sains ni memang Ify rasa susah sikit nak jawab . Tapi kali ni , erm ... senang sangat :/ . Kawan-kawan pun semua kata senang sangat . Bila jawab , bulat-bulat jer seolah-olah dah pernah tengok jawapan untuk soalan-soalan tu semua , pelik . Bila check kat rumah dengan Umi , banyak yang betul , Alhamdulillah . Tapi , tak tau larh pulak macam mana dengan pemeriksa . Keep praying :( .


Hari 10th examination :

Sehari lepas exam Sains , cuti jap . Bukan apa . Sebab tak ambik subjek Chemistry dan Additional Science :) . Rabu tu (27 November 2013) , exam subjek Perdagangan , subjek killer -.- . Kertas 1 tu , rasa macam senang sangat . Bila check , betul dalam 34/40 kot , Alhamdulillah . Tapi , kertas 2 tu , gulp :( . Mak aii ... killernya soalan2 dia ! >.< . Ify dengan penuh tawakkal , menggunakan apa yang ada dalam otak untuk menjawab soalan :( . Sampai sekarang , Ify cuba nak lupakan pasal apa yang Ify jawab dalam subjek Perdagangan ni , tapi tak boleh :( .

Bayangkan , asal kakak Ify balik rumah jer , dia akan tanya Perdagangan Ify aritu macam mana -.- . Tambah stress , bila waktu kemas bilik hari tu , terjumpa kertas Pra SPM tahun 2011 yang kakak Ify punya . Dapat 70% -..- . Ify baca buku , tapi Ify payah ingat . Dia baca buku , dan dia senang ingat -.- . Mungkin sebab tak minat sama kot , Sejarah boleh pulak ingat , nge .. :3 .

Paling Ify tak boleh lupa . Keluar dewan lepas jawab Perdagangan kertas 2 , Ify termenung kat koridor dewan periksa . Bergenang jugak air mata waktu tu -.- . Tetiba ada sorang kawan datang . Dia tu budak pandai . Tapi dia pun kata , soalan Perdagangan kertas 2 tu susah . Ify pun ceritalah perihal Ify yang jawab ntah apa2 tu . Tau tak dia balas apa ? Dia kata : 'Alarh .. Rileks arhh .. Kalau setakat gred E tu , lulus lagi , dapat lagi sijil SPM , jangan risau larh ..' . Ades -.- . Yang kita ni cerita kat dia , nak dapatkan nasihat yang membina . Dia kata macam tu pulak -.- .

Hari 11th examination :

Selang dalam 5 hari lepas exam Perdagangan , tiba larh exam yang terakhir , Bahasa Arab Tinggi -.- . Masa trial , subjek ni , Ify dapat .. err .. gred E , honestly -.- . So , subjek ni memang Ify takut sangat nak hadapi sepanjang peperiksaan SPM dijalankan :( . Ramai yang dah tolong ajarkan , tapi .. urm , ntah larh :( . Tapi , masa SPM , rasa macam boleh jawab pulok -.- . Siap ada masa lebih lagi . Hurm . Apapun sekarang , yang penting DOA .Terima kasih pada sesiapa yang dah tolong ajarkan tu :) .


So , lepas 11 hari berperang , semua dah tamat . Eh2 , belum lagi ? Yer , belum :3 . Cuma tamat SPM , tapi kita tetap akan menuntut ilmu sampai ke liang lahad :) . Pesanan untuk diri sendiri dan kawan-kawan , jangan fikir sangat SPM ni sampai terlampau stress . Yang penting , doa banyak2 bagi Allah S.W.T lembutkan hati pemeriksa kertas tu . Kot2 larh dia tengok kertas kita , rasa sejuk jer kan :') . Kita dah doa , kita dah usaha dan kita pun dah tawakkal . Jadi , nanti redha saja larh dengan apa yang kita dapat ok ? :) .

p/s : Teringat pesan kakak : 'You deserve what you got' .

Saturday 28 September 2013

Welcome To The World , Meow !

Assalamualaikum .

Excited nak update , walaupun dah berlalu sebulan lebih . Hehe :3 .


Ingat tak si gemuk ni ? Ingat tak ? Ingat tak ? :D .


Ingat tak ? Huhu ... Tak ingat pun , buat-buat ingat jer larh ek.. (T_T) .

Kucing ni namanya Cuty . Waktu dia baby dulu , dia datang rumah Ify terkial-kial , baru boleh berjalan rasanya waktu tu , dalam tahun 2011 . Ify dah pernah cerita pasal kucing Ify ni kat sini : My Lovely Cat Are Perang And Cuty ! :D .

Okeh , mula cerita . Petang tu , Ify kemas luar rumah . Rasa serabut mata memandang pokok buluh panjang-panjang . Jadi , Ify pun potong bahagian-bahagian kecil pokok buluh tu . Habis kemas , Ify bagi makan arnab-arnab . Then , basuh tangan sambil kepala memikirkan 'sesuatu' . Saja nak panjangkan cerita , Ify pun angkat besen baju basah letak depan pintu , dan Ify mula sidai baju . Nak dijadikan ceritanya , waktu tu , adik Ify (Hasbul Iman) keluar nak ambik wudhuk kat paip luar . Dia pegi ke paip tu dan kemudian panggil Ify .

" Pstt ! Alang ! Sini kejap ! "

" Watpa ? Malas arh , takda faedah . "

" Ish ! Sini larh kejap ! "

" Apa ?!! Penting atau tak penting ? Kalau tak penting , Alang malas layan . "

" Ish ! Penting ! Tengok larh ni cepat ! Tengok tu , Cuty buat apa tu ??? "

Ify pun sambil buat muka marah , terus pegi tengok apa yang adik Ify tunjuk . Tiba-tiba , Ify nampak .. err .. nampak .. Cuty tengah mengawan dengan sekor kucing jantan warna oren .. Then , Ify terus tarik tangan adik Ify dan tutup mata dia .

" Astagfirlahalazim ... Tak elok tengok ! Ni 18sx ! Budak-budak dilarang tengok ! Masuk dalam sekarang ! Masuk , masuk ! "

" Eh , kenapa ? Dia buat apa tu ? "

" Dia tengah mandi , kawan dia gigit tengkuk dia sebab nak bersihkan tengkuk dia . Dah , dah , masuk ! "

Lepas insiden tu berlalu , Abah balik dari masjid . Lebih kurang 25 minit lepas tu larh . Lama benor kucing ni buat maksiat , haishh ~ -_- . Ify pun bagitau Abah .

" Abah , tengok tu . Kucing jantan tu kacau Cuty . "

Abah pun tengok .

" Biar larh kat dia ... Dah habitat dia macam tu .. Alang jangan tengok larh .. Budak-budak tak boleh tengok .. Dah , jom masuk .. "

*Aishh , tadi ucap kat adik , skang kena balik -_-*

Bermula saat tu , insiden tu selalu berulang kat luar rumah . Kucing Ify dah jadi miang -_- . Satu hari , Ify dengar Abah Umi sembang pasal anak kucing . Umi suruh cari kotak siap-siap , takut Cuty bunting . Dan , tak berapa lama lepas tu , Cuty mula berubah sikap . Dia muntah , muram , banyak makan , dan lain-lain . Macam manusia pulok ...  Hari ke hari , perut dia semakin membesar dan membulat . Setiap malam dia tidur dengan Ify , then , satu hari ...

" Alang ! Bangun ! Cuty nak beranak ! "

" Hurm .. Biar larh kat dia .. Alang nak tidur , jangan kacau .. "

" Woi ! Cuty nak beranak larh ! "

" Hurm .. Kalau dia nak beranak , mesti dia jelir-jelir lidah . Ni , dia tak jelir pun . Biar , biar .. hurm .. "

" Arghh .. ! Lantak Alang larh ! "

Pang !! Kakak Ify tutup pintu tanda marah . Hergh , siapa suruh kacau orang tidur , Ify bisik dalam hati . Tengah separuh sedar lagi , hehe :3 . Tiba-tiba , Ify dengar bunyi suara kakak menjerit . Ify pun terus bangun keluar , mengantuk pun , kena concern jugak . Bila keluar bilik , Ify terkejut tengok ada titisan darah atas lantai .

" Tadi tak nak keluar , sekarang baru nak keluar ! " 

" Hurm , mana Cuty ? "

Kakak buat tak tau , nak tunjuk dia marah . Ify terus pegi cari Cuty . Tengok dia ada bawah katil di bilik Abang . Ify biarkan dia selama 10 minit . Dia ikut Ify ke sana sini . Kesian dia . Bahagian ekor dia dah basah teruk dengan darah dan air ketuban . Then , bila tiba-tiba Ify tergerak nak tengok punggung dia , Ify nampak ada seketul bulat besar air ketuban keluar .

" Umi , ada air ketul macam baby crystal keluar dari punggung Cuty . "

" Eh , biar larh . Baby crystal pulak . Tu air ketuban dia larh . "

Ades . Ify pun tunggu lagi 10 minit . Bila Ify tengok balik , ada kaki kecil terjulur keluar dari punggung dia . Eh2 , berdasarkan video bersalin yang Umi pernah tunjuk sebelum ni , bukan ker selalunya kepala keluar dulu ? Bermakna , Cuty beranak songsang , patut larh payah sangat nak beranak . Huhu , kesian dia :( . Ify bagitau Umi , Ify angkat Cuty letak dalam kotak yang Abah baru ambik kat kedai depan . Ify letak dia kat ruang tamu . Dia mengiau kuat . Sebelum ni , dia tak pernah mengiau :( . Ify tunggu dan tunggu sampai tak pegi tuisyen Matematik pagi tu . Lepas 1 jam lebih menunggu , lastly Cuty teran sambil mengiau kuat , keluar larh sekor anak kucing warna oren putih . Tapi ... kepala anak kucing tu tersekat dalam rahim , kalau tak dikeluarkan cepat-cepat , dia akan mati lemas :( . 

Ify ajak Abah bawak Cuty pegi klinik veterinar . Tapi , waktu tu hari raya , mana ada klinik buka . Lastly , Umi suruh Ify tarik keluar kepala anak Cuty . Mula dengan Bismillah , Ify pegang tengkuk kecil tu . Ify putar lembut kiri dan kanan untuk longgarkan dia , macam doktor selalu buat bila nak keluarkan kepala bayi dari pintu rahim wanita . Waktu tu , Cuty menjerit kuat dan cakar tangan Ify . Mesti dia sakit , kesian dia :( . Bila dah agak longgar , Ify biarkan dalam masa 3 minit , dan keluar larh anak sulung . Berdarah banyak , keluar sekali dengan anak yang keluar tu . 

Cuty jilat lendir-lendir yang ada kat badan anak dia , setengah jam kemudian , Cuty teran lagi . Keluar anak kedua pulak . Tapi .. waktu ni , ada satu masalah . Tali pusat anak pertama tadi tak putus dengan baik . Tali pusat tu berbelit kat ekor Cuty . Anak tu terheret dan mungkin boleh mati . Lastly , dengan tangan yang bergetar-getar , baca Bismillah , Ify ambik gunting Umi dan guntingkan tali pusat tu , jauh lebih kurang 3 cm dari perut dia . Semuanya Ify , Umi , dan Acik (kakak) sambut sampai Cuty habis beranak 3 ekor . Semua beranak songsang . Keajaiban berlaku bila semuanya hidup , walaupun terkurung dalam rahim Cuty lama sangat lepas pecah air ketuban , Alhamdulillah :) .





Kesian Cuty , letih . Bau darah kuat sangat waktu ni , sampaikan Umi pening kepala dan nak termuntah . Ify pun nak termuntah . Tapi bila pandang 'cucu-cucu' baru lahir , rasa nak termuntah tu hilang . Tu baru anak kucing , kalau anak sendiri ? Kan orang tua-tua pernah kata .. bersalin tu sakit , tapi sakit tu akan dilupakan bila tengok anak sendiri . Tiba-tiba rasa sayu . Terima kasih Umi , sebab lahirkan kitorang 6 beradik :') .

*feeling jap :'3*

Nah , gambar budak-budak nakal dan comel ! Ify dah jadi nenek tak bertauliah , hehe ! :'3 .









- Junior , Tom , Jerry -




^_^

Maaf , gambar jer banyak , sebab nak kurangkan masa menaip . Maklumlah , Ify kan 'SPM victim' :'3 . Okeh , kepada cucu-cucu kitten yang tak pandai membaca , belajarlah jadi kucing yang berguna k :') . Istimewanya anak-anak kucing ni , dorang faham orang cakap . Kalau marah pun , dorang faham . Pandai merajuk pulak tu . Kikiki .. macam manusia lak :) . K , sampai sini dulu , macam biasa , busy dengan segala macam kerja , tata , Assalamualaikum :) .

Sunday 15 September 2013

Al-Kisah - Ramadhan Syawal Yang Lepas

Assalamualaikum.

Actually , tengah trial SPM ni . Baru habis minggu pertama , ada lagi dua minggu untuk diharungi , huhu ... Okeh , tak boleh buang masa , nak study pulak . Bab Meiosis dan Mitosis tak berapa faham lagi . Belum kira lagi tajuk Lejang Motor segala bagai . 

Okeh . Hari ni 16 Syawal 1434 Hijrah . Bermakna ada lagi manusia yang masih hidup dalam mood hari raya  kan ? Tapi Ify tak rasa apa-apa pun . Sedang melalui mood examination yang menekan jiwa T_T . Kat sini , Ify nak kongsi pengalaman puasa dan hari raya :) .

Malam solat Tarawih , esok tu cuti , hari Khamis . Malam tu , kawan-kawan hantar mesej kat phone , tanya Ify nak pegi sekolah ker tak . Diorang tu memang confirm-confirm tak nak pegi dah , huwaa ... :( . So , Ify yang 'baik' ni pun pujuk larh umi dengan cara yang sangat halus .. Hehe ..

" Umi .. esok kita sekolah kan ...? "

" Yer larh , kenapa ? Tu , ada larh apa-apa tu .. Malas pegi sekolah larh tu .. "

" Urm ... Bukan malas , tapi .. kawan-kawan lain pun ramai jugak tak nak pegi sekolah .. Urm ... Boleh tak umi ? Tak nak pegi sekolah ? "

" Esok orang lain belajar , Alang rugi duduk kat rumah . "

" Alarh .. Bukannya belajar pun .. Umi , please .. :( "

*Permintaan Mengarut Tak Dilayan*

So , Ify pun solat Tarawih dengan berapa ratus jemaah yang lain . Ratus ker ? Nge ... Rasanya beratus , sebab penuh satu masjid sampai kena solat kat luar . Habis rakaat ke-8 , Ify letak kepala atas karpet masjid , rasa lemah jer badan . Nak bangun sambung solat , tapi rasa pening . Umi pun pegang kepala Ify . Then .. Umi kata :

" Eh , badan Alang panas ni . Alang demam ni . Tengok , panas sangat ni . Alang pegi berehat kat belakang larh . Esok tak payah pegi sekolah . "

*Angan-angan Kini Menjadi Nyata*

(-_-)

Sepanjang puasa , macam-macam dugaan datang . Kadang-kadang rasa lapar , gastrik , dan lain-lain . Pernah sekali tu , Ify temankan Umi dan Abah pegi pasar , beli barang-barang yang nak dimasak untuk buka puasa . Ntah larh kenapa . Bila tengok ikan-ikan mentah yang dijual tu pun dah rasa lapar . Bayangkan , bila terpandang ikan mentah yang dijual , Ify dah rasa lapar terbayang ikan tu dimasak dalam kuah asam pedas . Hehe :3 .

Then , satu hari tu kakak Ify tunjukkan satu video Karim Metwaly di link : http://www.youtube.com/watch?v=3RlNM7jO6zc&list=TLB46s4rcQd3U

*Harap maaf , tak boleh download pulak video dia -.-*

Pastu , rasa larh sedikit keinsafan dalam diri ni . Huhu .. Puasa bukan semata-mata menahan lapar dan dahaga , tapi puasa jugak mengajar kita erti kesabaran , dan supaya kita rasa kesusahan yang dialami saudara kita di negara-negara yang mengalami masalah kebuluran .

*Okay , get it . Keep it in our mind :-)*

******

Sepanjang Ramadhan , Ify jadi kurang berselera nak makan . Ntah larh kenapa . Berat badan turun secara mendadak dari 51 kg kepada 48 kg , yang perpuluhannya hampir kepada 47 kg . Kenapa ntah . Family yang dulunya suka kata Ify gemuk pun , sekarang ni kata Ify nampak kurus -.- . Sampai larh raya , pakai baju apapun , baju jadi labuh , macam pakai jubah , walaupun baju kurung biasa . Hehe :-) .



- Abah dukung Rayyan Haikal :-) . Mak Lang dia ni tak berani dukung baby , hehe :3 . -



- Area surau di kampung sahabat Ify :) -

Suasana raya macam biasa , sepi tanpa arwah kakak , Farah Hanan dan arwah tok yang meninggal dunia tahun lepas . Kalau tok ada waktu dulu , pagi-pagi raya sampai rumah mak sedara kat Sungai Petani , kitorang adik-beradik akan salam dan cium pipi tok . Rindu tok :') . Malam raya , dengar suara takbir dari masjid . Teringat janji dengan arwah kakak sebelum arwah meninggal dunia .

" Raya nanti , Alang janji , Alang akan kutip duit raya banyak-banyak untuk Angah ! "

Berapa hari lepas tu , arwah meninggal dunia , 27 Syaaban 1424 Hijrah , bersamaan 23 Oktober 2003 Masihi . -Al-Fatihah- .

******

Isnin lepas , exam bermula , lepas sehari sekolah dibuka . Soalan agak susah + senang = ? . Ntah larh , hehe ... Semoga Allah S.W.T permudahkan jalan untuk Ify dan kawan-kawan menjawab segala kertas soalan yang diberi . Kepada kawan-kawan yang bakal menghadapi trial jugak , Good Luck :D . Ok , stop right here , busy ! Tata :) .

Thursday 27 June 2013

Dear Readers , I'm Back ! :)

Assalamualaikum .

Lama betul tak update blog ni . Last update pun waktu cuti dua minggu lepas . Rindu , rindu , rindu ! >_< . Hehe ... Harap maaf , terkena virus 'berbisa' sikit -.- .

Okeh , straight to the point . Sebelum cuti dua minggu yang dah lama sangat lepas tu , Ify dah lalui exam yang betul-betul membosankan . Dan , dan ... Ada larh 'someone' ni mintak Ify kongsikan markah-markah exam Ify yang teruk sangat tu , haishh ! >_< . Tapi takpa , mungkin ni sebagai pengajaran untuk Ify belajar buat lebih baik dalam exam akan datang . Yer dop ? :3 .


Hah , ambik kau ! :3 . Maafkan saya , markah tak seberapa :( . Tertidur dalam dewan peperiksaan , agak teruk dan cuai sedikit di situ :( . Ada banyak tempat kosong , sebab banyak markah tak dapat lagi . Kalau ada yang dapat pun , cikgu suruh kira sendiri . Ify ni pulak bukannya pandai sangat bab kira-kira ni -.- . Ok . Sekurang-kurangnya , Ify dah tunaikan janji Ify pada 'someone' tu :) . Not my lover , ok ? :3 .

Tutup bab markah exam , nak cerita bab ujian lisan Bahasa Inggeris dan ujian lisan Bahasa Melayu pulak . Pengalaman harus dikongsi >_< . *feeling excited :3 .

Ujian Lisan Bahasa Inggeris :

Ify buat persediaan sehari sebelum ujian ni dijalankan . Padahal , Ify pegang angka giliran terawal di kalangan pelajar perempuan . Buat kerja last minute , memang terbaik ! :'3 . Paling menyeronokkan , dialog untuk ujian lisan tu , Ify reka sendiri semuanya , betul-betul sehari sebelum hari ujian lisan tu dijalankan . Bermakna ? Yup , bermakna , Ify dan kawan-kawan tak hafal pun dialog yang panjang 3 atau 4 muka surat tu . Kitorang cuma baca banyak kali dan bila ingat , kitorang memandai larh guna ayat grammar lintang pukang sendiri . Yang best tu , nak bagi cukup masa , panjang dialog punya pasal , jadi kitorang pun buat spontan jer larh . Spontan pulak , sembang bab merapu . Bayangkan , kitorang buat dialog situasi kat perhentian bas , atas bas , dan di Shahab Perdana . Situasi atas bas tu larh yang paling merapu . Dan kemerapuan itu kebanyakannya bermula dari Ify yang tak cukup idea . Huhu .. 

" Hey ! Look at the old man ! He looked so lonely . So , we can make conclusion that we can't let our parents be like that , right ? "

Habis tak ada idea sangat dah larh tu . Yang kawan-kawan lain pun jawab 'yeah' jer -.- . Rasa macam okay jer ayat tu . Tapi , tetiba jer , cikgu luar tu kata ..

" How did you know the old man is lonely ? "

Ahh .. sudah -.- .  Kawan-kawan semuanya pandang Ify . Diri ni pulak , tengah gelabah cari idea nak balas balik pertanyaan cikgu tu . So , tetiba jer Ify boleh buat 'loyar buruk' -.- .

" Maybe ... Because he always look out of the window ? "

Kedua-dua cikgu tu ketawakan Ify . Ify tertunduk malu :3 . Kemudian , salah sorang cikgu tu pun balas sambil tersenyum .

" Maybe , you want to say that the old man is alone ? You can't say that he is lonely . Maybe he want to go to somewhere , found his wife , or siblings . Right ? "

" Yes , that's right :3 . "

" Ok , continue . "

Ify yang memang tengah malu sangat-sangat waktu tu pun senyap lepas dari tu . Tapi ... Kawan-kawan lain tak ada idea nak sambung dialog . Jadi , Ify pun mula pandang ke luar tingkap dan mula dapat idea bernas sikit dari tadi .

" Look at the tree ! The colour of the tree looked so relaxing . It is green ! "

" I like green . I'm also love purple . "

" Why did you love purple ? "

" Because , it looked so interesting and it is colour of lavender . "

" Wow ! I love the smell of lavender ! But , I'm most love in pink colour . "

" Farah , why did you love pink colour ? "

" Erm ... Because , it looked so sweet :) . I'm not love it , but I'm obsessed with it . "

Habis berdialog bab warna kesukaan , masing-masing senyap , hilang idea . Tiba-tiba , kawan Ify pulak merapu , tapi lebih teruk dari Ify >_< .

" Hey ! Look at the cat ! It looked so cute ! "

Masing-masing dah ketawa dengan idea si kawan yang ntah apa-apa tu . Muka pemeriksa tu pulak nampak agak terkejut . Yang paling kelakar , pemeriksa tu siap tunduk masuk bawah meja dan angkat kaki lagi semata-mata nak cari , mana kucing yang dimaksudkan >_< .

" But ... How did the cat can get into this bus ? "

Ify mula menyoal sambil cuba tahan ketawa . Kucing di atas bas ? Ok . Kelakar betul larh dia ni -.- . Pemeriksa dah mula ketawa tak berhenti . 

" You can't say like that , okay ? No . It's non-logic . "

" Owh , okay . So sorry . "

" Okay . So , did you have arrived at the Shahab Perdana ? "

" Urm .. Yes , we are . "

Habis ujian lisan tu , Ify pandang muka pemeriksa tu sorang demi sorang . Takut . Dah buat main-main , mesti larh takut . Masing-masing berpandangan sesama sendiri . Tiba-tiba , kawan-kawan Ify disoal sorang demi sorang . Huhu .. Habis larh .. Ify terfikir , kalau dia soal apa-apa yang mengarut kat Ify , perlu ker Ify menjawab soalan tersebut ? Tiba-tiba ...

" So , who's this name Farah Hazwani ? "

" Yes , I am . "

" Farah , can you show us again the picture that you have draw ? "

" Sure . "


- Ify pun keluarkan gambar ni dan tunjuk kat pemeriksa tu . -

" Wow , ok , nice .. "

" Thank you . "

" So , is that your boyfriend ? "

" No , no . I don't have any boyfriend . "

" Ok . So .. Who's that ? "


" I found this picture in internet . So , I draw it on this paper . "

" What do you mean ? You print it out or you draw it ? "

" I didn't print it out . I found this picture in internet . I saw the picture looked so handsome , I like it , so I draw it on this paper . "

" Is that 'Farwan Waniey Ify' is the name of the picture ? "

" Actually , 'Farwan Waniey Ify' is my nickname in Facebook . 'Farwan' means 'Farah + Wani' . 'Waniey' is 'Hazwani' . And 'Ify' means nothing . "

" So , your friend call you Farah or Wani or Hazwani ? "

" Some friends call me Hazwani . Someone call me Wani . But most of them call me Farah . "

" Did you know why she asked you like that ? It''s because her name is Farah , Teacher Farah . "

" Owh .. I know it :-D " 

" Okay . So , you said that you want to be a novelist , right ? "

" Yes , I am . "

" Every novelist have their own blog . Do you have any blog ? "

" Yes , I have two blogs . One blog , I wrote about motivation and anything that happen around me . Another blog , I wrote more about my experience . "

" Owh .. So , you also write about your experience in your novel ? Do you like to reading novel ? "

" Yes , sometimes , I write about my experience in my novel . But , I don't like to read although a novel . It's not my hobby . "

" What ? Your hobby is writing novel and you want to be a novelist , but you didn't like to read although a novel ? So , how did you writing novel all this while ? "

" I ... writing novel based on my experience . "

Banyak sangat larh diorang tanya . Kalau ceritakan semuanya kat sini , tak terbaca pulak nanti :) . Yang paling teringat-ingat tu , cikgu tu pesan suruh belajar elok-elok . Lepas SPM ni , pastikan ada novel dari Ify untuk cikgu tu :3 . Ahaks ! Malu ! Insya-Allah , please pray for me :3 .

Ujian Lisan Bahasa Melayu :

Yang ni , kertas dialog yang nak dihafal dah fotostat hari Khamis . Tapi cuti dua hari pun , Ify masih tak boleh hafal . Agak susah untuk menghafal dialog bahasa ibunda sendiri , ntah larh kenapa :( . Kena ujian hari Ahad , sesi awal pagi pulak tu . Nak dijadikan ceritanya , pagi Ahad tu terlewat sampai sekolah gara-gara sedikit masalah teknikal . Datang tu pulak , semua orang marah . Huhu .. Menangis tak berlagu larh Ify ~ (T_T) . Maaf , tidak disengajakan :( . Sampai sekolah , terus diorang panggil masuk dewan ujian lisan berkumpulan . Waktu tu , memang Ify banyak merapu , sebab tak ingat :( . Dengan muka pucat lepas kena marah , Ify tegagap-gagap buat ayat sendiri :( .

Lepas tu , semua orang tanyakan soalan yang sama : "Kenapa datang lewat" . Masuk dewan menunggu , semua orang pandang pelik . Waktu tu , rasa macam nak pengsan , rasa macam kecik jer dunia ni . Pening kepala kena marah :( . Lepas tu , kena buat ujian lisan individu pulak . Ades . Memang tak tau nak buat apa . Otak dah jem bila kena marah . Lupa habis apa yang dibaca . Lastly , Ify tawakal jer larh . Usaha dah . Nak buat macam mana kalau dah gugup . Then , Ify pun cerita pasal Bilal Bin Rabah , menggunakan ayat sendiri . Hentam jer larh ~ . Alhamdulillah , Ify tak disoal apa-apa pun . Tapi , cikgu tu cerita kat Ify satu hadis yang menceritakan tentang Bilal Bin Rabah merupakan salah seorang penghuni syurga . Cikgu tu ucapkan tahniah , dan senyum . Ify pun macam .. owh , ok .

Result ujian lisan , Bahasa Inggeris 26/30 . Bahasa Melayu 39/40 . Alhamdulillah , syukurlah walaupun tak dapat markah penuh , boleh buat ok jugak , walaupun hentam segala bagai kan ~ Allah nak tolong , huhu ... Ok , busy . Update kali ni setakat ni , update akan datang bakal menyusul ! Tata :) .

Wednesday 5 June 2013

Me And This Story .

Assalamualaikum .


Tengok gambar atas ni . Tengah dengar seminar Sains pun , sempat lagi snap picture . Hehe ^_^ .

Alhamdulillah , seminar yang Ify suka + tension tu dah pun berakhir dengan baik pada hari Ahad yang lepas . Tapi , tuisyen of course larh berlanjutan sampai ke akhir cuti . Nama pun calon SPM , mana ada istilah cuti , cikgu larh yang kata :) . Seminar memang seronok . Apa yang seronok pun tak tau larh . Haha .. Kalau tak seronok , takda larh sampai nak snap picture dalam dewan kan ? :) .







*Sila Klik Pada Gambar Untuk Imej Yang Lebih Jelas*

Perasan tak ? Imej dah bertukar wajah , orang dah makin maju :3 . Actually , Ify selalu baca entri-entri dalam blog Kak Irine Nadia , blogger yang famous tu :3 . So , ilham nak ubah imej ni ciplak dari blog Kak Irine larh :3 . Boleh klik bawah ni , kalau nak tau sapa Kak Irine Nadia ni :) .


Note : Saya suka baca blog Kak Irine . Saya respect Kak Irine sebab berani bernikah di usia yang muda . Syabas , Kak Irine . Tak semua orang mampu buat . Kira nak enjoy jer orang zaman sekarang ni . Semoga Kak Irine selamat melahirkan khalifah yang sedang dikandung tu :) . Baby Kak Irine , mesti comel ^_^ .

*Haha .. Tu nota untuk Kak Irine . Jangan kacau ! :3* 

So , Ify sebenarnya ada banyak benda nak cerita ni . Wahh .. *excited* :) . Tapi , Ify kena ringkaskan , sebab Ify dah banyak buang masa depan komputer ni . Uwaa ...! :'( . 

Once Upon A Time ...

Semalam , Ify ada kelas tuisyen . Macam biasa larh kan ? So , Ify pun tak tau nak cakap kat Umi , nak balik pukul berapa . Ify pun bagitau larh , pukul 1.30 p.m. *cerdik* .  Padahal kelas habis pukul 12.30 p.m. . Kredit takda , Ify pun tunggu jer larh kat sekolah , duduk dengan kucing . Herghh ... -.- . Lepas tu , Ify bosan . Pegi jalan-jalan dalam hujan . Seronok oww ... Lepas tension -.- . Balik rumah , terus tidur tak ingat apa dah -.- . 

Hari ni pun balik lewat . Sekali lagi buat silap , terlupa bagitau yang kelas habis pukul 12.30 p.m. . So , Ify sekali lagi kena tunggu sorang-sorang kat sekolah . Ditemani anjing besar warna putih tompok coklat yang tengah sembunyi dalam longkang besar depan sekolah . Ngee .. O.o . Nak dijadikan ceritanya , sebab terlampau bosan , Ify duduk larh kat tepi kelas tu , main dengan seekor kucing jantan yang segak lagi bergaya :3 . Tiba-tiba , Ify dengar bunyi suara budak-budak keluar dari perpustakaan sebelah sekolah . So , Ify pun terus angkat kepala dan pandang diorang .

Tau tak ? Tiba-tiba jer diorang lari sambil menjerit mintak tolong . Ify pun macam pelik larh . 

" Ehh ... Muka aku ni nampak macam muka hantu ker ? "

Ify monolog sendiri . Then , Ify terus masuk dalam kelas , letih berdiri . Dua minit kemudian , Ify keluar balik dan pandang budak-budak tu yang tengah lari masuk rumah diorang kat depan sekolah sambil pandang Ify dari jauh . Dan Ify nampak kawan Ify , dua orang , nama Syifak dan Nadhirah , keluar dari perpustakaan . So , disebabkan diorang pun nampak Ify , maka diorang pun datang larh kat Ify .

" Oit ! Tak balik lagi ? "

" Dok kat sini , maknanya tak balik lagi larh ni ... Weyh , budak-budak tadi kenapa ? Tiba-tiba jer lari bila pandang kami . "

Tiba-tiba , diorang gelakkan Ify .

" Oww ... Jadi , hang larh orang gila yang depa dok kata tadi ? "

" Hah ??? Orang gila ?? Huhu .. Kami nampak macam orang gila ker ? "

" Dak .. Tadi , depa menjerit mintak tolong teman depa balik rumah sebab nampak orang gila . Aku ingatkan orang gila betul . Rupa-rupanya hang . "

" Tu larh , aku dok ingat beg hang tu , beg orang gila . "

" Weyh .. Sampai hati ... :'( . Tau tak ? Lagi lama kami dok sini , memang kami boleh jadi gila betul kot .. Call mak ayah kami jap ... :'( . " 

So , balik rumah , Ify pun cerita kat Umi pasal tu .

" Umi .. Alang tak larat sangat balik lewat . Letih . Ada ker patut , budak-budak tu kata Alang ni orang gila ? Orang pakai comel-comel , dikatakan orang gila ... :'( . " 

Umi tak jawab apa-apa . Tapi , Umi tak boleh berhenti gelakkan Ify . Huhu ... 


Gambar Cutey tak berapa jelas pulak . Tapi takpa larh . Asalkan boleh nampak jisim-jisim dalam gambar ni , dah cukup :) . Esok , Ify akan bertolak ke 'Negeri Penyu' . Negeri mana lagi kalau bukan Negeri Terengganu . Nak hantar kakak pegi balik UnisZa .

*Sila Balik Cepat-Cepat Sikit*

Huhu ... Ify takda larh sekejam tu :3 . Actually , hari tu dah menangis sebab sedih kakak dah nak balik sana . Aishh ... Malu kat orang larh mengaku macam ni -.- . So , lepas ni , Ify akan sunyi balik larh . Takda lagi orang nak menjerit , marah pagi-pagi , tarik rambut untuk gerakkan Ify dari tidur -.- , cubit Ify sebab nak lepaskan geram , tonton cerita Korea sampai Ify pun tak boleh tidur , dan lain-lain . Huhu ... Esok , Cutey pulak akan dihantar ke rumah mak sedara . Sementara nak pegi Terengganu tu , elok larh Cutey duduk kat Sungai Petani tu dulu dengan buah hati dia :3 .

Okeh . Ify kena tidur dulu . Kalau tidak , esok bangun lewat larh -.- . Tata ~ :) .

p/s : Abaikan lagu background yang baru ditukar ni . Takda kena mengena antara hidup ataupun mati .

Sunday 26 May 2013

One Day - Trip Ke Penang

Assalamualaikum .

Kali ni , tak ada muqaddimah . Okeh . Ify agak busy sikit . Busy melayan perasaan yang tengah tertekan . Erghh -.- . 

Semalam , Ify pegi ke Pulau Pinang ataupun Penang . Sama ker ? Biar larh -.- . Actually dah selalu sangat pun pegi sana dengan family . Tapi , memandangkan baru habis exam dan nak lepas tension , Ify pun saja mengada-ngada nak ikut kawan-kawan pegi ke Penang -.- . Actually lagi , cikgu yang ajak Ify pegi sekali memandangkan Ify memang ada jawatan dalam Persatuan Bahasa Melayu . Jadi , apalah gunanya kalau ada jawatan , tapi orang pegi buat apa-apa program pun tak ikut kan ? 


- Atas ni Cik Tortoise dengan Cik Turtle :3 - 

Sepatutnya pagi tu Ify kena ada kat sekolah sebelum pukul 8.00 a.m. . Tapi , Ify bangun tidur tengok dah pukul 7.30 a.m. . HAHA -.- . Lawak larh sangat kan ? =.= . Nak tau tak macam mana Ify boleh terjaga dari tidur lewat macam tu ? Okeh . Ify putar balik cerita ni 140 darjah ke waktu malam .. -.- .

Malam tu , Umi dah ingatkan Ify dan adik Ify , Hanzalah untuk tidur awal supaya kitorang takkan bangun lewat esok pagi . Tapi , Ify tak boleh tidur pasal kain hitam untuk seminar hari seterusnya (hari ni) tak jemur lagi . Kalau tak jemur malam tu jugak , nanti tak sempat jemur dah sebab Ify dijadualkan akan balik dari Penang waktu malam . Jadi , lepas Ify dah jemur sekejap kain tu , Ify pun sajalah nak duduk dengan adik-adik sambil tengok cerita Harry Potter . Ahaks , buang masa betul -.- . Ify tengok cerita tu sampai pukul 1.30 a.m. . Then , tiba-tiba Ify rasa pening kepala . Ify pandang sekeliling . Ify nampak macam dunia ni berpusing jer . Tak tahan sangat , Ify rebah ke bumi . Hoho .. Pengsan ? Not sure at all . Tapi , yang pastinya , lama lepas tu , Ify terjaga dan terus lari masuk ke bilik air Umi . Ify rasa sakit kepala sangat dan Ify termuntah -.- . I really don't know why , aiseh .. speaking pulok -.- . Sebab tak tahan sangat , Ify pun terus masuk bilik dan rebah untuk sekali lagi . Sebelum tu , Ify dah ada rancangan nak batalkan niat untuk ke Penang . Serius tak larat sangat -.- .

Esok pagi , Umi kejutkan Ify . Dah lewat , pukul 7.30 a.m. . Ify bangun , erghh ... Kepala masih sakit -.- . Ify pun termenung sekejap . Fikir nak pegi ker tak nak . Lastly , nak release tension punya pasal , Ify pun pegi jugak larh bangun dan siap untuk pegi ke Penang . Sampai sekolah pukul 8.00 a.m. , Umi hulurkan duit untuk bayar tambang bas kat cikgu dan duit untuk apa ntah -.- . Ify tak tau nak duduk dengan siapa waktu tu sebab tak ada kawan yang sama umur . Jadi , Ify terus pegi kat cikgu Ify yang bernama Cikgu Saufiah :) . Ify agak pening lalat sikit waktu tu . Huhu .. Jadi , Ify pun mintak kat cikgu tu minyak angin . Tapi , cikgu tu kata tak ada pulak -.- . Cikgu tu pegang dahi Ify . Panas , cikgu tu kata . Ehh .. Ify demam ? Diri sendiri pun tak perasan . Haha :P . Cikgu tanya larat ker tak , tapi .. Ify kan kuat .. Haha .. Perasan pulok :P . Then , Ify hantar mcj kat Umi , bagitau yang badan Ify semakin panas . Umi suruh Ify balik . Tapi , Ify masih lagi dengan 'keperasanan' yang Ify ni kuat , konon larh ~ :P .



Dalam pukul 8.20 a.m. , kitorang bertolak keluar dari kawasan sekolah . Okeh , still okay :') . Sepanjang perjalanan , cikgu selalu tanya samada Ify okay ataupun tak . Err .. Of course saya okay cikgu .. Hehe .. Okay larh sangat kan ? Tidur pun sampai tak sedar langsung .. -.- . Dalam pukul 9.52 a.m. , kitorang berhenti kat perhentian Gurun . Cari makan kat situ . Alahai .. tak ada selera langsung -.- . So , ada sorang adik tu tolong belikan makanan untuk Ify . Wahh .. bertuah diri :'3 . Dalam 20 minit lepas tu , kitorang pun mula bertolak lagi .. Dan Ify pun sambung tidur balik larh .. Haha .. Lumrah orang sakit :P . Sebelum tidur , sempat mesej dengan sorang kawan kejap . Bangun tidur , tengok dah sampai Penang . Ify pun terus hantar mcj kat Umi :) . Rindu pulak tetiba kan ? Alahai .. Manja terlebih -.- .

Lebih kurang pukul 12.50 p.m. , kitorang sampai di Taman Negara . Apa yang menarik ? Entah larh . Ify tak tau sebab terlalu pening kepala . Orang lain semuanya tengah berseronok , Ify duduk senyap-senyap jer main dengan kucing kat tepi laut tu . Jumpa orang Jepun , buat ramah mesra . Cakap ''Konnichiwa'' , senyum dan terus jalan straight . Nanti dia soal banyak pulak . Kita ni dah larh tak berapa mahir lagi nak cakap Jepun pun . Huhu .. Lama lepas tu , Ify naik bas balik dan tidur kat dalam bas . Tak mampu lagi menahan panas teriknya matahari . Huhu .. Agak seronok tidur dalam bas umpama tidur kat rumah . Golek-golek jer macam hantu bungkus pun , bukannya ada orang :P . Ify tunggu diorang sampai pukul 2.30 p.m. , then , kitorang pegi ke Teluk Bahang pulak . Yer ker nama tu ? Apa-apa jer larh -.- . Kat situ , adik-adik junior pegi mandi sungai , dan Ify pegi menambah berat badan -.- . Makan untuk hidup , dan bukan hidup untuk makan kan ? :3 .






*Kalau tak jelas , sila klik pada gambar*

Okeh , dalam pukul 4.00 p.m. , kitorang bertolak pulak ke Botanican Park . Ada apa kat situ ? Pun ntah larh -.- . Ify cuma tau ada tandas jer -.- . Kamera pulak ada kat adik . So , Ify cuma jalan-jalan dengan cikgu sambil bersembang pasal secret admired :3 . Haha :P . Then , kitorang ke satu tempat ni . Nama apa ntah , Ify tak tau larh :( . Tapi , duduk situ sekejap jer dan kitorang terus ke Padang Kota . Sampai situ , dalam pukul 6.30 p.m. kot . Pegi tukar baju dan terus pegi makan . Makan lagi ? Hehe ... Serius gemuk -.- . Tak macam orang sakit langsung , makan banyak . Haishh -.- .

Masa ni , bateri phone dah kosong . Memang tak boleh duduk diam larh . Sebab takut Umi risau pulak kan ? Chewah ... Takut Umi risau ker , kita ni yang risau ? :3 . Ni larh destinasi terakhir . Duduk situ sampai 7.45 p.m. . Agak letih . Yang pasti , Ify banyak tidur jer sepanjang ada kat sana . Kesian cikgu kat sebelah kesunyian dari dengar suara Ify :3 . Sepanjang duduk sana , selain dari jalan dengan cikgu , Ify suka duduk sorang jer . Duduk termenung tengok laut , teringatkan arwah kakak :') , teringatkan seseorang :'3 , teringatkan masa lampau >_< .

Hamboihh , haihh -.- .

Tu jer larh :) . Pengalaman berharga bila pegi sana dengan kawan-kawan . Tapi , pengalaman yang lebih berharga adalah bila sampai rumah pukul 11.10 p.m. , dan bangun pagi ni terus kena pegi seminar . Alahai .. Letih -.- . Tapi , seronok :') . Okeh . Until we meet again . Tata :'D .

Tuesday 14 May 2013

Minggu Exam Yang Membosankan -.- .

Assalamualaikum .


Actually , Ify dah start exam dari hari Selasa minggu lepas lagi . Baru nak update entri sebab sekarang agak stress sikit . Maybe , not really sure -.- . Actually jugak , dari dulu lagi Ify paling suka waktu exam berbanding waktu belajar macam biasa . Yalarh .. Waktu exam kita cuma perlu menghafal dan mengulang kaji pelajaran . Dan bila sampai sekolah , kita cuma perlu jawab kertas soalan yang diberi dengan baik . Bila dah dapat markah , dari situ kita boleh nilai kat mana kelemahan kita . Tak macam belajar dalam kelas . Kadang-kadang rasa mengantuk dan tertidur . Arghh ....! -.- .

Okeh . Nak dijadikan ceritanya , Ify dah mula rasa yang exam ni membosankan . Selalunya kalau waktu exam , Ify akan duduk dengan kawan-kawan Ify dan baca buku dengan diorang . Tapi .. sekarang semuanya dah berubah :( . Sekarang , setiap kali exam , diorang akan baca buku sendiri-sendiri dan Ify akan duduk keseorangan . Mintak temankan pergi ke surau dan kantin pun , diorang tak nak . Kalau temankan pun , itu semua sebab Ify yang paksa . Diorang cuma fikirkan kecemerlangan akademik masing-masing . Dan kalau kawan-kawan diorang sendiri termasuk Ify dapat apa-apa kertas dengan markah yang baik dari diorang , dah confirm jelingan larh hadiah yang kita akan dapat , seriously -.- .

Ify pun tak tau kenapa , tapi sekarang ni .. Ify dah tak rasa macam Ify ni ada kawan :( . Buat jer muka sedih , tapi sebenarnya tak sedih pun -.- . Allah kan ada :) . Lagi , exam kali ni membosankan sebab keadaan sekeliling dah berubah . Selain dari sikap kawan-kawan , otak Ify jugak dah semakin lambat nak menghafal -.- . Mungkin sebab terlalu banyak masalah yang sedang difikirkan , jadi otak pun tak mampu menerima apa yang dibaca dengan baik . One more , Ify dah mula rasa bosan dengan sikap diorang yang suka meniru dan berbangga dengan pencapaian diorang tu . Okeh . Nak meniru ? Ify tak kisah . Tapi , tak perlu larh nak tunjuk muka bangga bila dapat kertas balik . Menyampah tau tak ? -.- .


Okeh . Maaf sebab agak terkasar bahasa -.- . Fuhh ... Actually sekarang ni bukan stress sikit-sikit , sebab tu larh mood bagai Incredible Hulk lagi -.- .

Ify stress sebab difitnah sebenarnya . Biasa larh , lumrah hidup kat dunia fana ni kan ..? Lagipun , bukannya Ify tak biasa kena fitnah macam tu , yer dop ...? :) . Sekolah rendah dulu pun , Ify pernah berkawan dengan seorang hamba Allah yang bernama Fatimah ( bukan nama sebenar ) . Kitorang ni boleh dikategorikan sebagai best friend larh .. Walaupun dia tu pandai dua kali ganda berbanding Ify , tapi dia tak sombong :') . Tapi .. Nak dijadikan ceritanya , abang dia ni benci sangat-sangat dengan Ify . Kenapa dia benci pun , Ify tak tau larh . Padahal Ify bukan pernah sembang dengan dia pun . Tapi , dikhabarkan yang abang dia tu benci Ify pun kes fitnah jugak . So , kebetulan mak dia mengajar kat sekolah tu . Abang dia pun pegi cerita pasal Ify kat mak dia . Apa yang dia cerita pun , Ify tak tau larh . Tapi .. Sejak dari tu , mak dia sangat-sangat benci dengan Ify . Mak dia selalu fitnah Ify depan cikgu-cikgu lain . Kalau larh Ify diberi pilihan scene masa lampau yang mana Ify nak kembali , Ify takkan pilih nak pegi balik ke scene waktu Ify masih sekolah kat situ . Haishh ... Berair mata , Allah jer yang tau masa tu ...

Ada sekali tu , Ify masih ingat . Pagi bacaan Yasin sebab UPSR , kawan Ify tu datang tarik tangan Ify masuk tandas . Dia menangis teruk sangat masa tu . Agak lama jugak larh Ify ambik masa untuk mententeramkan dia sampai larh dia boleh cerita kenapa dia menangis . Rupa-rupanya , sebab dia kena marah dengan mak dia pagi tu sebab berkawan dengan Ify . Adik-adik dia semuanya menangis ketakutan . Mak dia herdik dia , kata dia bodoh sebab berkawan dengan orang yang bodoh macam Ify . Agak terkilan jugak larh Ify masa tu . Yer larh , Ify memang tak pandai , tapi takda larh sebodoh yang dia sebutkan . Tapi , dah memang tertanam satu sifat dalam diri Ify yang Ify takkan menangis depan kawan yang sedang bersedih , takut dia bertambah sedih . So , Ify pun cuma tahan jer air mata Ify . Mungkin , dia boleh nampak mata Ify yang dah penuh dengan mutiara air mata waktu tu . Sebab tu , Ify terus pandang tempat lain .

Actually , banyak lagi sebenarnya cerita Ify kena fitnah ni . Yang teruk punya cerita pun banyak . Ada jugak guru yang pegang title 'ustazah' pernah cabar Ify tanggalkan kain tengah orang ramai sebab dia terpengaruh dengan fitnah mak kawan Ify tu yang kata , Ify ni malas solat , sebab tu tipu kata kononnya Ify datang bulan . Dulu , memang Ify sakit hati jugak pasal semua ni . Tapi , bila ingat balik rasa macam nak ketawa pun ada . Yer larh , kelakar tau bila teringat sikap ustazah-ustazah yang lebih dari budak . Ada ker patut Ify dikatakan berbohong bab datang bulan ? -.- . Kalau Ify nak bohong , memang boleh kesan larh .. Ify kan tak pandai membohong ... -.- . Ify pun ada akal fikiran jugak , boleh beza mana baik dan yang mana buruk . Manusia .. manusia .. Suka sangat memfitnah .. Sebab tu larh .. Walaupun sekarang ni Ify difitnah kaki jantan , liar , penghasut anak orang dan lain-lain , Ify cuma sedih sekejap jer , then Ify boleh happy .. Sebab Ify teringat cikgu pernah kata dulu waktu form 3 .

" Mulut tempayan kita boleh tutup . Tapi kalau mulut orang , ambik apa sekalipun tetap tak boleh nak tutup ... "



Itu larh sedikit sebanyak cerita luahan perasaan dari Ify . Hehe :3 . Bukannya apa , stress exam bila teringat benda-benda ni semua . So .. luahkan sekejap , rasa ringan larh sikit kepala ni kan ? ^_^ .

Then , exam kali ni jugak meletihkan . Sejak kebelakangan ni , Ify tak boleh tidur malam . Tak tau larh kenapa . Mungkin sebab terlalu letih fikir pasal exam kot . Hipotesis jer ni -.- . Setiap hari Ify akan tidur dalam pukul 2.00 pagi . Kadang-kadang tu , sampai pukul 3.00 pagi pun tak boleh tidur lagi . Then , dalam dewan setiap hari Ify akan tertidur dan membuang masa sampaikan terpaksa keluar dari dewan lewat dari orang lain . Huhu ... Tapi serius larh ... Tahun ni memang dapat rasa yang belajar tu seronok sekaligus meletihkan sebenarnya -.- . Sebelum ni selalu seronok belajar jer , tapi tak pernah rasa letih . Tahun ni 'tahun busy' dengan segala latihan untuk majlis Muhadhoroh , belajar dengan fokus sambil diberi kerja sekolah yang banyak , kena hadapi lebih kurang 3 jenis peperiksaan sebelum menghadapi peperiksaan SPM sebenar -.- . Itu tak kira lagi dengan oral Bahasa Inggeris , Bahasa Melayu dan yang sewaktu dengannya -.- .

Hari tu beberapa minggu sebelum exam , ada sekali tu Ify terlampau letih . Yalarh .. Sebab Ify terlalu busy mengalahkan Prime Minister , sampai tak makan dan tidur pun tak cukup . Then , datang sekolah pagi tu , Ify sakit pinggang dan tulang belakang . Tak tau larh kenapa boleh sakit tulang belakang tetiba -.- . Ditambah dengan rasa letih dan mengantuk teramat sangat , Ify pun pegi larh sekolah . Tengah hari tu , tulang belakang Ify semakin sakit . So , Ify tak boleh bergerak untuk keluar rehat dan makan . Ify pun terus letakkan kepala atas meja dan tidur . Nak dijadikan ceritanya , Ify rasa macam Ify tidur lama sangat . Dan bila Ify bukak mata , rupa-rupanya Ify dah ada dalam bilik guru , terbaring tanpa tudung di kepala . Paling belakang , nampak ustaz -.- . Malu punya pasal , terus Ify cepat-cepat cari tudung dan pakai . Then , Ify bisik kat kawan :

" Kenapa ni weyh ? "

" Hang pengsan tadi . Kami semua bawak hang mai sini . Lama jugak hang nak sedar . Bila sedar , hang histeria pulak . "

" Hah ??? Ni kenapa pulak mulut kami rasa macam limau jer pun ? "

" Tadi ustaz nak tuang air dalam mulut hang , tapi hang tak mau . Sebab tu ustaz perah limau kat mulut hang .  Hang kenapa sebenarnya ? Hang sakit ka ? "

" Ntah .. Kami cuma sakit tulang belakang ni .. Pastu .. Hurm .. Ntah .. Tak ingat apa-apa pun .. "
Masa tu , Ify rasa sakit kepala sangat-sangat . Rupa-rupanya , waktu Ify tidur kat dalam kelas tu , ustazah masuk kelas untuk mengajar dan diorang kejutkan Ify , tapi Ify tak bangun . Jadi , ustazah datang dan angkat kepala Ify . Ify dah lembik tak sedarkan diri . Sebab tu , diorang usung Ify ramai-ramai dari kelas tingkat atas ke bilik guru perempuan . Diorang kata , Ify berat sampai tangan diorang sakit . Hehe .. Jangan jeles .. Tu semua berat kilogram tulang jer .. Padahal tiga hari dah tak makan nasi waktu tu ~ :3 . Tapi kenapa Ify boleh histeria lepas sedar dari pengsan ? Ify pun tak tau . Mungkin tu kebetulan jer kot . Tapi , Ify yakin yang Ify pengsan tu bukan sebab histeria , tapi sebab tak larat sangat masa tu . Allah jer yang tau betapa Ify letih sangat masa tu ... -.- . Bab sakit tulang belakang tu pulak , Umi kata itu mungkin sebab angin . Ify kan dah lama tak makan nasi waktu tu .. Huhu ...


Exam habis minggu depan . Fuhh ... Lambat betul larh -.- . Ni larh kali pertama Ify bencikan exam . Ify cuma suka nak jawab exam awal-awal hari tu jer (exam BM dan BI) , lepas tu dah takda mood nak jawab kertas-kertas exam yang berbagai jenis tu -.- . Tapi , hari Ahad ni exam Sejarah . Yess ! >_< . Ify suka Sejarah :) . Ehh ... Boleh pulak main suka tak suka -.- . Umi marah dah hari tu . Sebenarnya semua subjek kena suka . Apa larh Ify ni ... Adess .. Perasan tak ? Semakin banyak Ify menaip , semakin banyak jugak Ify mengarut dan semakin membosankan pulak entri ni kan ? Sama macam tajuk di atas -.- . Maaf beribu kali maaf .. Sebab habiskan masa anda . Ify cuma nak sampaikan apa yang berada di lubuk hati Ify ni ... Uhuk .. uhuk .. -.- . Ify tak sihat .. Mungkin sebab tu larh entri pun perlukan 'ubat' :( . Okeh , terima kasih coz membaca . Until we meet again ..

p/s : Tabah menghadapi ujian hidup adalah perkara paling manis pernah setiap manusia lakukan . Smile although it's hard ... :') .