Sunday 27 January 2013

Aku Ingin Menjadi Orang Yang Berjaya ! - Part 1

Assalamualaikum .

Definisi kejayaan yang Ify cuba untuk maksudkan di sini ada banyak cabang . Tapi semuanya Ify simpulkan dalam satu perkataan , iaitu kejayaan . Kalau tanya orang lain , semua orang nak berjaya kan ? Tapi berjaya yang Ify nak ceritakan sekarang adalah berjaya yang berbagai . Setiap orang ada pasang impian masing-masing dari kecil . Tak kiralah apapun . Selagi mana sesuatu perkara tu diidamkan untuk dicapai , ia tetap diklasifikasikan sebagai impian . Samalah macam Ify , nak berjaya bukan hanya di dunia , malah di akhirat jugak .


Waktu Ify menghafal Al-Quran kat Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Hilmiah dulu , Ify suka perhatikan kakak Ify tulis cerpen dalam satu buku log kecil . Best sangat ! :D . Then , satu hari Ify curi-curi baca buku tu . Rupa-rupanya kakak Ify yang nama Farah Hani tu ada tulis satu novel yang sangat-sangat menarik . Tapi sebab pindah sekolah lepas tu , dia dah tak sambung tulis novel tu , walaupun Ify mintak dia habiskan penulisan dia . Sejak dari tu , Ify selalu cuba untuk belajar tulis novel atas minat tengok kakak yang suka tulis novel . Mula-mula tu , memang buruk sangatlah bahasa yang Ify gunakan dalam novel Ify tu . Lama lepas tu , Ify dapat habiskan satu novel pendek bertajuk : Suka Duka Dalam Hidupku : Kisah Puteri 1 . Hehe .. Novel budak-budak larh katakan .. Sayangnya , disebabkan banyak permintaan dari kawan-kawan yang nak baca , novel tu hilang macam tu saja kat asrama :( .

Btw , walaupun Ify putus asa sekejap lepas tu , Ify tak mengalah . Ify berhenti sekejap dalam bidang penulisan ni . Dan Ify mula belajar Bahasa Jepun : Hiragana dan Katakana mula dari Ify Form 2 . Masa first Ify belajar tu , kakak Ify ada kata ..

" Alang belajar pulun sekarang saja . Nanti hilang jugak minat tu . "

So , Ify ambik kata-kata kakak Ify tu sebagai satu cabaran . Ify still belajar Bahasa Jepun walaupun busy dengan subjek-subjek PMR dan SPM . Hasilnya , walaupun Ify tak cekap lagi berbahasa Jepun , Ify tetap mampu memahami bila dengar warganegara Jepun bersembang sesama diorang bila Ify pegi jalan-jalan kat mana-mana kawasan pelancongan , walaupun cuma sikit-sikit :) .

Setahun lepas tu , Ify mula balik menceburi bidang penulisan dengan mula menulis jurnal . Best .. Tapi Ify ni jenis menulis atas sebab minat saja-saja , bukan sebab nak duit . Jadi , bila umi abah nak hantar novel Ify pegi kat syarikat penerbitan , Ify jadi macam malas pulak nak menulis .. Hihi .. :3 . Cikgu-cikgu kata , Ify boleh terus maju dalam bidang penulisan . Jadi , Ify cuba tajamkan skill penulisan Ify dengan cara Ify berblogging dan menulis cerpen . Btw , Ify pun tak sangka sebenarnya .. Ify sebenarnya berblogging atas sebab nak tajamkan kemahiran dan saja-saja nak berseronok cari pengetahuan . Tak sangka pulak yang blog bersawang Ify yang 'Wanie_96' tu ada ramai kawan-kawan yang jenguk . Bukan saja kawan-kawan yang dikenali atau tak dikenali . Bahkan , cikgu Ify pun selalu bukak blog Ify ! Alahai ~ :3 . Then , adalah yang mintak Ify update banyak-banyak entri lagi coz diorang nak baca . Wahh .. Malu saya tau ! Btw , thanks .. :3 .

Last year , Ify boring-boring . Jadi , Ify log in Facebook account . Log in saja , tak chat pun . Saja seronok-seronok . Then , Ify bukak Microsoft Word dan mula menulis sinopsis cerita .


Taraa ...! Ni larh sebahagian dari sinopsis tu ! :D . Tak nampak kan ? Memang tak nak bagi nampak pun ! Nanti tak suprise larh ! :P 

Jadi , lepas Ify dah mampu fikirkan pendahuluan , isi , dan penutup novel tu . Maka , Ify pun mula larh menulis dengan lafaz 'Bismillahirrahmanirrahim' .. :) . Ramai sebenarnya manusia-manusia yang mempertikaikan kebolehan Ify membahagikan masa . Maklumlah , Ify kan bakal menghadapi peperiksaan SPM hujung tahun ni .Tapi , akan cuba jugak buktikan kat semua orang yang impian Ify bukan sekadar angan-angan , tapi satu keazaman yang bakal dibuktikan .

Baru-baru ni , Ify dapat result peperiksaan SMRA yang Ify stress sangat tahun lepas tu . Hehe .. Alhamdulillah , subjek Bahasa Melayu , cikgu ucapkan tahniah coz dapat 90% , paling tinggi antara semua calon . Kawan kata :

" Tahniah ! Chewah .. bangga larh tu ! "

Bangga ? Ify jawab balik . Ify kata , tak rasa bangga pun , tapi nak tergelak golek . Bila diorang tanya kenapa , Ify kata :

" Hurm .. Kami orang Melayu sebenarnya . Jadi janganlah ucap tahniah , sebab benda tu bukan perkara luar biasa pun . Malu larh .. Huhu .. "

Tapi kat sini bukannya Ify nak bagitau pasal markah Bahasa Melayu tu . Ify cuma nak bagitau yang Ify rasa puas dengan usaha Ify selama hari ni . Tak sia-sia Ify berblogging dan tulis novel :D . Bertambah seronok , bila abah tawarkan pada Ify untuk bagi novel yang Ify tengah tulis tu pada kawan abah untuk diterbitkan memandangkan kawan abah tu seorang penerbit buku-buku best . Impian Ify bakal jadi kenyataan ! Insya-Allah .. Lepas SPM ni , Ify nak masuk tahfiz balik buat sementara waktu . Then , Ify nak study dalam bidang penulisan + fotografi :D . Ada kawan kata , mustahil nak study dalam dua-dua bidang sekaligus . Ehem2 , siapa kata mustahil ? Tak mustahil .. Tau kenapa Ify kata tak mustahil ? Sebab .. dulu Ify pun fikir mustahil untuk Ify capai impian untuk novel Ify diterbitkan , di samping belajar Bahasa Jepun dalam keadaan Ify ni seorang student biasa . Tapi , Ify buang perkataan 'mustahil' tu ke tepi , dan Ify dah hampir temui kejayaan yang dikatakan mustahil oleh hampir semua kawan-kawan :) .


Ify sangat suka dengar ceramah motivasi , tapi Ify tak selalu akan ikut strategi yang diorang bagi . Nak tau kenapa ? Sebab , cara pemahaman dan pemikiran setiap individu adalah berbeza . Bagi Ify , kalau motivator tu bagi strategi dan suruh ikut cara dia , Ify lebih suka guna cara sendiri yang menyeronokkan , relaks , dan mudah difahami . 

Siapa yang merangsang diri Ify untuk cuba mencapai kejayaan ? 

Diri sendiri sebenarnya :) . Bila Ify duduk seorang diri , Ify suka berfikir . Diam Ify adalah diam dan berfikir . Ify akan fikir betapa banyaknya masa yang Ify buang selama hari ni . Ify akan fikir pasal umi abah yang susah payah cari duit untuk bagi Ify study macam kawan-kawan lain .  Ify akan ingat wajah sedih umi abah yang akan kecewa kalau Ify gagal dan Ify akan menangis . Orang kata , menangis tu lemah . Tapi bagi Ify , tangisan tu larh sebenarnya penambah semangat . Dengan orang ramai yang pandang rendah dengan kebolehan Ify , membuatkan Ify bertambah-tambah nak dapatkan yang terbaik . Perangsang yang utama adalah bila Ify fikir ..

" Kalau kakak aku boleh dapat 9A 1B dalam peperiksaan SPM , kenapa pulak aku tak boleh nak dapatkan 10A ? Aku mesti cuba ! "

Kesimpulan di sini , kita takkan menemui sesuatu kejayaan dengan hanya sekali usaha . Kejayaan hanya akan menemui orang yang berusaha berkali-kali , bukan hanya dengan sekali usaha tapi dah mengalah . Jatuh dan rebah merupakan perkara yang seharusnya kita lalui sebelum kita boleh menemui kejayaan ...

Next entry , coming soon :) . 

Tuesday 15 January 2013

Nikah + Study = ?

Assalamualaikum .

Abdullah Bin Mas'ud berkata : " Carilah kekayaan dengan menikah , kerana Allah berfirman : Apabila mereka faqir maka Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari kurnia-Nya . "


Tahun ni Ify study sebagai student Form 5 . Bermakna Ify dah 17 tahun . Ehem2 , malu ~ :3 . Dan bila semakin besar ni , macam dah jadi satu perkara biasa untuk Ify dengar perkataan .. NIKAH ~ Hah ..? Hurm -.- . Sampaikan waktu belajar dalam kelas , belajar Tasawur bab Konsep Insan pun ustazah boleh sebut bab tu lagi -.- .

" Nanti kamu semua akan lalui fasa pernikahan tu . Kamu semua akan tau dengan lebih lanjut bab Konsep Insan ni bila kamu mengandung . Kamu akan rasa macam mana .. Bla .. Bla .. Bla .. "

Opss .. perkataan yang diklasifikasikan 18sx wajar di 'bla,bla,bla' kan -.- . Ustazah , tolong jangan sebut perkara yang bukan-bukan . Kitorang belum capai umur 18 tahun , malu mendengarnya . Huhu ~ -.- . Bila masuk pulak waktu Pendidikan Syariah , tajuk perundangan pun boleh sebut bab nikah .

" Nanti besar , ustazah jumpa kamu semua mesti dah nikah habis semua . Entah-entah lepas SPM ni jumpa , kamu bagi pulak kad jemputan kat ustazah . "

Huhu .. Ify tutup telinga . Lalala .. diorang yang bakal nikah awal , bukan saya ~ . Then , bila balik rumah pun , situasi yang sama terpaksa dilalui .

" Abah , Alang belajar bab mas kahwin . Dalam Al-Quran ada sebut .. sekian .. sekian .. "

" Oww .. mas kahwin ni wajib untuk perempuan .. Macam Alang nikah nanti , kena larh suami Alang sekian .. sekian .. "

" Hurm -.- . Dulu Abah nikah dengan Umi , mas kahwin berapa ? "

" Owh .. Kalau Abah dulu , RM80.00 . Kalau Alang ni rasanya meningkat sikit jadi larh RM100.00 . Tambah RM2.00 lagi . Bagi kat Abang Teh dengan Adik , tolong Alang siap nikah sorang seringgit :D . "

" Abah ... ~ ! -.- " 

" Hehe .. :D ."



Huhu .. dan walaupun baru umur 17 tahun , dah ada soalan dari mak cik - mak cik yang jumpak Ify dan tanya :

" Belajar lagi ..? "

" Ya .. "

" Universiti mana ..? "

" Sekolah lagi .. :) "

" Owh .. ( sambil terus beredar dari pandangan Ify ) ."

Itu berlapik lagi . Ada setengah tu tanya straight terus .

" Hang bila nak nikah ? Tahun depan pa ? "

" Lambat lagi , belajar dulu .. "

" Apa susah , hang belajar dengan suami hang ja larh . Romantik pa .. "

" Nanti - nanti , insya-Allah .. "

" Haa .. tahun depan larh tu .. "

" Bukan-bukan .. Nanti , lambat lagi .. "

" Hang tau dak nikah awal ni bagus ? "

" Tau dah , elak maksiat ( penat layan manusia macam ni -.- ) . "

" Haa .. Bagus larh hang tau .. Nikah jangan lupa jemput aku nohh .. "

" Ok-ok , tapi bukan tahun depan larh ekk .. "

" Haa .. aku tau .. "

" Bagus larh .. Dah faham .. :) "

" Ya larh , aku faham larh .. Hang takkan jemput aku tahun depan pasal hang tak nikah tahun depan .. "

" Bagus :) "

" Tapi hang nikah tahun ni ! Hang jemput aku tahun depan kenduri akikah anak hang nohh ~ ! :D "

" Weyh .... ~ ! -.- "

Huhu .. tu larh ceritanya .. Ada satu artikel ni kata , nikah awal tu bagus . Cegah maksiat . Tak perlulah kita menunggu untuk bernikah dengan alasan yang pelbagai :

" Nak belajar dulu , tuntut ilmu .. "

" Kumpul duit dulu , nak sara isteri .. "

" Muda lagi , nak guna masa bujang dengan baik .. "



Dan lain-lain lagi . Ada seorang ustaz tu bagi ceramah bab nikah . Kata ustaz tu , tak salah kalau kita bernikah dulu dan kemudian belajar bersama-sama suami atau isteri kita . Lagi bertambah pahala . Tak elok melambatkan perkara yang baik . Sedangkan Allah dah kata , anak-anak itu membawa rezeki buat kita . Jika kita memberi alasan kita ingin bernikah lambat atas alasan nak tuntut ilmu , belum tentu kita dapat ilmu yang secukupnya dalam waktu yang singkat . Dan semakin banyak larh maksiat yang bakal kita lakukan tanpa kita sedari . Apa salahnya kalau kita bernikah , kemudian kita tuntut ilmu dan kita amalkan , ajarkan kepada isteri kita . 

Al-Baihaqi r.a meriwayatkan hadis daripada Rasulullah s.a.w bermaksud : “ Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi."

Kalau kita guna alasan nak kumpul duit . Kita kena ingat bahawa rezeki yang Allah bagi tu ada di mana-mana . Bila kita bernikah , Allah suka kita , maka Allah akan melipat gandakan rezeki buat kita , insya-Allah . Lain larh kalau isteri kata , jangan carik duit , saya tak suka ! Itu memang payah larh ..  Kalau kita kata nak gunakan masa bujang dengan baik , apalah salahnya kita menggantikannya dengan ingin menggunakan masa bersama isteri dengan baik ? Dapat pahala ... 

Huhu .. Masuk kelas Pendidikan Quran Sunnah , ustazah kata :

" Kalau kamu ada yang dah berpunya .. katakan larh kepada dia .. Nanti , bila kita bernikah , abang tolong larh saya . Kita kena saling bertolak ansur . Kita cari keredhaan Allah bersama-sama . Boleh tak ..? " 

Ify sekali lagi speechless -.- . Ustazah , saya ni single ~ . Huhu ... Kenapa ramai sebut bab nikah ? Sebab sekarang ni , purata kes buang bayi semakin meningkat . Malaysia mempunyai ramai penganut agama Islam , tapi yang ramai tu larh yang terlibat dalam kes buang bayi . Bagi Ify , no comment . Ify cuma menyampaikan saja memandangkan bab nikah ni semakin dipandang serius . Ify pun tak fikir sangat bab-bab ni . Maklumlah , otak kanak-kanak ribena ~ :3 . Sekarang terserah kepada kawan-kawan larh , untuk fikirkan apa yang Ify sampaikan ni . Nikah + study = Berjaya dunia akhirat . Setuju ? Tepuk dada , tanya iman :) .

Bobo In Memory - Forgive Me :( .

Assalamualaikum .

Hari ni , Ify nak update pasal tragedi yang jadi semalam . Semalam tak boleh update coz dalam kesedihan , tangan tak mampu menaip . Hurm :( . Btw , apapun yang jadi mesti ada hikmahnya .

Bobo , who's that ? Tarikh 26 Disember 2012 , Ify dengan sahabat Ify naik motor untuk pegi ke kedai . Then , dalam perjalanan balik rumah , kitorang hampir terlanggar sesuatu yang keluar dan masuk balik ke dalam semak berhampiran . So , Ify suruh sahabat Ify patah balik . Bila Ify pegi tengok , rupa-rupanya sesuatu tu ialah seekor anak kucing kecil yang sesat . Then , Ify bawak balik dan dia larh si Bobo yang dimaksudkan .

Sebenarnya Umi tak bagi Ify bela Bobo , apatah lagi Abah . Sebab diorang kata bela kucing kecil ni payah . Susah . Hardly -.- . Then , Ify nak bagi kat kawan tapi tak jadi . Nasib baik tak jadi , Ify memang sayang Bobo . Huhu ..

Setiap hari , Bobo mintak makanan kat Ify . Ify sanggup gunakan duit sendiri beli susu dan ikan , semua untuk Bobo .. Kadang-kadang , bila dah kenyang Bobo akan tidur atas riba Ify . Bila Bobo tidur , Ify takkan bangun walaupun kebas kaki , sebab Ify tak suka ganggu Bobo tidur .. Bila Bobo nak main , Bobo akan cakar kaki Ify dengan lembut . Then , Ify akan letakkan jari Ify kat perut Bobo . Bobo suka main dengan jari Ify .. Setiap hari , Ify akan letakkan Bobo atas bahu Ify dan kucup kepala Bobo yang comel dan wangi tu . Ify akan kata , Ify sangat sayangkan Bobo ..

Pernah satu hari Ify tidur . Bila Ify buka mata , Ify nampak Bobo tidur di sebelah Ify . Then , Ify peluk Bobo yang kecil tu .

" Bobo .. Wani sayang Bobo . Jangan tinggal Wani tau ! "

Setiap kali Ify bercakap dengan Bobo , Bobo akan pandang mata Ify dengan mata Bobo yang biru tu . Comel sangat .. Seolah-olah Bobo faham apa yang Ify cakapkan .. Suatu hari , Bobo hilang :( . Tak putus-putus Ify doa supaya Bobo balik ke rumah , tapi Bobo dah tak balik lagi . Ify sedih . Jadi , Ify redha dan kata , kalau Bobo hilang dan jumpa tempat baru yang lebih baik , Ify tak kisah . So , Ify teruskan kehidupan Ify sebagai seorang pelajar .


Berapa hari lepas tu , Ify buka pintu . Tiba-tiba Bobo masuk rumah sambil mengiau-ngiau kelaparan . Ify sangat-sangat gembira . Ify peluk Bobo . Ify kata , Bobo tolong jangan tinggal Ify lagi .. Lepas tu , Bobo terus pandang Ify dan letakkan tangan kecil Bobo atas tangan Ify .. Comelnya Bobo .. :')

Semalam .. 14 Januari 2013 , Ify keluar rumah lewat untuk ke sekolah . Jadi , Ify tak sempat tengok Bobo macam biasa . Then , Ify balik sekolah lewat , dalam pukul 3.50 petang . Sampai rumah , Ify kena cepat coz nak pegi kedai buku kat Alor Setar . Kalau pegi lewat memang tak sempat coz kedai buku tu tutup pukul 5.00 petang . Jadi , waktu Bobo datang kat kaki Ify untuk mintak makanan , Ify panggil adik Ify untuk ambilkan makanan Bobo dalam peti sejuk memandangkan Ify dah pakai kasut yang lambat nak tanggalkan kasut tu . Tapi .. adik Ify buat tak tau . Dalam keadaan agak marah dan kelam-kabut , Ify kata ..

" Adik ni susah betul nak mintak tolong ! " .

Then , Ify tunduk dan pegang Bobo . Ify kata kat Bobo ...

" Bobo .. Wani kena cepat .. Balik nanti , Wani bagi makanan kat Bobo k .. Bobo tunggu tau .. "

Bobo diam dan pandang mata Ify . Ify terus bertolak pegi Alor Setar . Dalam perjalanan balik , Ify risaukan Bobo yang tak makan lagi . Ify kena hantar buku kat rumah kawan . Jadi , Ify mintak Abah balik rumah cepat .. Tapi , Abah nak pegi beli makanan untuk buka puasa . Jadi Ify tunggu ..

Ntah larh , tiba-tiba saja ada satu suara bisik dalam hati Ify .

" Nanti Bobo akan mati kena langgar .. "

Ify terkejut . Ehh ... syaitan ni .. Ify terus abaikan , tapi tak lama lepas tu terfikir balik . Betul ke ? :( . Bila sampai depan pintu pagar rumah , Ify terus tengok Bobo . Tapi Bobo tak ada . Jadi , Ify bukak pintu pagar sambil teringat kata hati Ify tadi . Ify ambik keputusan untuk bagitau Abah berhentikan kereta sekejap supaya Ify boleh tengok Bobo ada atau tak . Tapi .. Abah terus jalan masuk . Dan apa yang Ify nampak , Bobo tak ada .. Jadi , Ify terus pandang ke depan dan tutup pintu pagar ..

Tiba-tiba , Ify nampak Bobo melompat-lompat depan pintu pagar dengan ada satu benda bergantungan di sebelah Bobo . Ify rabun , jadi Ify fikir Bobo mungkin tengah main sesuatu . Jadi Ify dekatkan diri dengan Bobo .. dan Ify rasa sangat terkejut ...

" Bo .. bo .. bo .. bo .. Ab .. ab .. abah ... Bobo .. ~ "

Suara Ify perlahan . Ify rasa sangat terkejut . Rasa macam tak terkeluar suara untuk menjerit . Bobo menggelepar depan pintu pagar .. Leher Bobo terkulai .. Mata kiri Bobo terkeluar dan bergantungan .. Tubuh kecil Bobo masih bernafas , tapi berlumuran darah .. Ify terkedu . Lastly , Ify jerit ..

" Abah .. ! Bo ... Bo .. Bobo ... ~! Abah , Bobo bah .. Bobo .. ~! "

" Kenapa menjerit ni ?? "

" Abah .. Bobo bah .. Bobo .. Abah .. Abah langgar dia .. Abah langgar Bobo ~! :'( "

Abah terus datang dan tengok Bobo . Abah tutup muka , Abah tak sanggup tengok .

" Abah .. tolong larh buat sesuatu bah ... Tolong larh .. bawak Bobo pegi klinik ... ~ ! :'( "

" Mata dia terkeluar , mana boleh selamat ~ ! "

Abah angkat Bobo yang masih menggelepar dan letakkan atas tanah . Ify masih terkedu . Perlahan-lahan , Ify ambik air dan simbahkan atas jalan kesan darah Bobo .. Tapi , darah tu susah keluar , mungkin sebab Bobo diheret kuat .. Ify terdiam lagi , nafas tersekat .. Ify pandang Bobo , Ify duduk di sebelah Bobo .. Air mata Ify bergenang dan menitik atas tubuh kecil Bobo .. Bobo dah tak menggelepar , tapi Bobo masih bernafas .. Ify terus menangis dan goyangkan tubuh Bobo ..

" Bob .. Bo .. Bobo .. Bangun .. Bangun Bobo .. Bobo .. Bangun larh .. Bobo .. :'( "

Bobo dah tak bergerak . Ify menangis lagi .. Abah datang dari belakang ..

" Abah nak pegi tanam dia . "

" Jangan , abah ! Jangan ~! Bobo hidup lagi .. dia hidup lagi .. :'( "

Abah pun biarkan Ify dengan Bobo sampai masuk waktu Maghrib Ify masuk dalam bilik dan sayup-sayup Ify dengar bunyi cangkul . Abah dah tanam Bobo .. :'( . Malam tu , Ify tak boleh tidur sebab asyik teringatkan Bobo . Ify menangis dan menangis , sampai larh dalam pukul 2.00 pagi , Ify tertidur dengan sendirinya ...

Ify terkilan , Bobo tak pernah pegi kat kereta . Mesti Bobo datang bawah kereta waktu tu sebab nak tuntut janji Ify yang nak bagi Bobo makan .. Tiba-tiba kena langgar .. depan mata Ify ..

" Kenapa larh aku tak bagi dia makan jer sebelum keluar rumah tadi ~?!! "

Ify sedih sangat sampai Ify salahkan adik Ify , sebab dia tak bagi makanan waktu Ify mintak . Terlampau sedih sampai tak boleh fokus dalam kelas . Lastly .. Umi kata ...

" Itu larh yang kita kena ingat .. Bila mana kita mati , Allah dah tentukan rezeki kita sampai mana .. Bobo tu , memang dia tak ada rezeki nak makan .. Semua Allah dah tentukan , kita kena terima larh .. "

Terus Ify tersedar . Kenapa Ify jadi macam ni .. sepatutnya Ify terima qada' dan qadar Allah .. Ify bersyukur sebab Allah pilih Ify untuk jaga Bobo sampai Bobo mati ..

Pagi tadi .. lepas bukak mata .. Ify tengok bekas makanan Bobo , ada makanan yang berbaki .. Tempat tidur Bobo , bau anak kucing comel .. Tuala Bobo , masih bersidai .. Ify tengok kesan darah Bobo , masih ada depan rumah Ify .. Ify pejam mata .. walaupun ada air mata , Allah .. aku redha ... Walaupun dia hanya seekor kucing .. aku tetap sayangkan dia .. 

Life must go on ..

Wednesday 9 January 2013

Pengalaman Form 5 - Part 2

Assalamualaikum .

Sebelum ni , Ify ada update entri yang tajuk Pengalaman Form 5 - Part 1 kan ? Korang kena baca entri tu dulu kalau tak baca lagi coz ni ada larh sambungan untuk entri tu . Ok :) .

Entri yang lepas Ify dah ceritakan jadual Ify , perubahan Ify . Ok , kali ni  Ify nak ceritakan pulak pasal kelas . Kalau nak tau , sekolah Ify dah mula buat 'pengasingan kelas' bermula awal tahun ni . Actually , Ify dah tau dari tahun lepas lagi pasal ustaz nak buat 'pengasingan kelas' tu coz ustaz yang bagitau masa Ify pegi rombongan ke Perlis dengan kawan-kawan . Tapi , Ify tak bagitau kawan-kawan lain pun coz Ify rasa buang masa , lambat-laun diorang akan tau jugak kan ? Hahh ... Kan dah terlajak muqaddimah ..! :D



So , Ify duduk kat kelas 5 Tarmizi . First masuk kelas , ramai kawan-kawan merungut . Macam-macam suara tak puas hati kedengaran . 'Kebebasan bersuara' larh kononnya .. Huhu ..

" Kenapa kita mesti duduk kelas bumbung nak runtuh ni ...?!! "

" Aku tak sanggup tulis nama 5 Tarmizi kat buku aku ! "

" Woi ! Lelaki tak ada ! Enjoy ... wuhuu ... ~ ! "

" Aku nak duduk sana ! Nak dok sini ! "

Huhu .. Dan macam-macam lagi larh ayat yang keluar tu kan .. Btw , bagi Ify , duduk kelas mana pun tetap sama coz yang penting ada larh reputasi pembelajaran kita dan ilmu yang kita dapat . Tak kisah larh lelaki ada atau tak ada , tak mencacatkan ilmu yang kita dapat tu , yer kawan-kawan ... :) .

Ragam yang paling best skaly untuk dilihat bila berlaku 'pengasingan kelas' ni ada larh ragam pelajar-pelajar tak kira lelaki atau perempuan . Masing-masing dengan cara sendiri . Yang lelaki , dengan cara diorang . Bising dalam kelas , kadang-kadang tak ada kerja nak buat pegi tidur pulak ..  Nampak budak perempuan lalu pun nak mengorat tak kira comel tak comel pun .. Huhu ..

Yang perempuan pun dengan cara sendiri . Cikgu tak ada , yang baca buku pun dua tiga orang saja . Kebanyakannya asyik menyembang , mengumpat tak tentu hala . Tak kurang jugak ada yang 'make-up' kat belakang kelas . Haha .. Bukan 'make-up' pakai lipstick ker apa ekk .. Just selalu tengok cermin ramai-ramai . Tudung tak jadi larh , kening senget larh , bedak tak cukup larh .. Bla , bla , bla .. -.- . Sekarang ni , cermin merupakan satu benda yang penting buat diorang . Sampaikan cikgu suruh beli cermin dan letakkan kat depan kelas . Semua sebab budak lelaki dah tak ada ... dan tak ada siapa yang nak malu untuk tengok cermin .. Huhu .. :3


Dalam kelas boleh sembang pasal 'boyfriend' pulak tu ! Isk3 ... Insaf-insaf larh sama .. Nak SPM ni .. Huhu .. Btw , perkara yang paling best skaly ada larh , dah tak perlu sembunyi-sembunyi bila nak sembang pasal 'hal perempuan' :D . Wow ! Really ? Yup ! :D . Ustazah-ustazah pun dengan senang hatinya akan sebut pasal 'datang bulan' dan lain-lain . Yang paling klakarnya , ustaz yang mengajar Hadis pasal haid pun suruh pelajar perempuan ceritakan tentang haid secara terbuka . Tak perlu sorok-sorok . Haha ... Diorang tak malu , tapi .. Ify malu larh .. aww ~ :3

Apapun , satu perkara yang Ify tak pernah terlepas dari tahun lepas ada larh ditertawakan kawan-kawan . Huhu .. Semua salah Ify jugak , cikgu cakap apa pun buat 'lurus bendul' gaya budak skema jer . Lastly , diorang ketawa dengan gelagat Ify . Hurm ~ :3

Yang kelakarnya bila ustazah cerita pasal budak lelaki . Diorang kata , diorang tak boleh fokus , tak boleh belajar dengan baik . Bila ustazah tanya kenapa , diorang just cakap sebab kaum perempuan tak ada . Rasa sepi larh kononya .. Haha .. Gelak guling larh Ify dengar .. >_< . Ustazah kata :

" Jadi betullah saya pernah orang tua-tua kata . Lelaki tak boleh hidup tanpa perempuan . Tapi perempuan boleh hidup tanpa lelaki . Tengok larh kamu semua , gembira saja semuanya .. "

Haha .. Gelak guling sekali lagi .. >_< . Owh .. tak boleh hidup tanpa perempuan larh kononnya .. Masa kitorang campur kelas , bukan main lagi diorang ganggu , tak hargai langsung . Huhu .. Apapun , sekolah setakat ni memang best larh semuanya . Harap-harap tak ada apa-apa masalah . Tahun last sekolah ni , tetiba jer rasa sayu pulak study dengan kawan-kawan ni .. Huhu ..

Pengalaman Form 5 - Part 1

Assalamualaikum .

Hari ni hari Selasa , bertarikh 8 Januari 2013 . Awal tahun hari tu , Ify tak sempat update blog pasal tahun baru coz Ify telah mengalami masalah teknikal . So , sekarang Ify nak update satu entri yang ada kaitan dengan tahun baru jugak . Ya larh , bila masuk tahun baru ni , bermakna Ify mula study dalam Form 5 . Ehh ... Ify study dalam form 5 ..? Alahai .. cepatnya masa berlalu ! :(

Btw , satu perkara yang Ify syukur sangat ialah bila Allah S.W.T buka pintu hati Ify untuk berubah pada awal tahun ni . Alhamdulillah :) . Waktu kawan-kawan lain busy dengan phone , kerja luar , Facebook .. Ify busy dengan homework dan study . Huhu .. Syukur larh coz Ify tak ada kena buat kerja apa-apa . Phone pun Ify on sebulan sekali saja . Facebook pulak , Ify bukak Jumaat , Sabtu saja . Ataupun bukak sekejap kalau kena search apa-apa subjek dalam internet . Itupun Ify dah set , nak bukak Facebook , jangan lebih dari satu atau setengah jam ekk .. :3


Pagi , Ify pegi sekolah macam biasa . Cuma yang berbezanya ada larh masa Ify sampai ke sekolah . Kalau tidak , sebelum ni Ify selalu datang lewat ke sekolah , cikgu tengah mengajar baru masuk kelas . Tapi sekarang , Ify akan sampai sekurang-kurangnya lima atau sepuluh minit sebelum bunyi loceng . Kadang-kadang pukul 7.25 a.m. pun dah ada kelas :) . Masa belajar , Ify tak buat kerja lain macam Ify suka buat tahun lepas . Tapi , Ify akan fokus kepada apa yang cikgu cakap dan salin setiap patah perkataan yang cikgu sebutkan . Habis sekolah , Ify terus balik rumah . Dah tak balik lewat macam dulu memandangkan keadaan kesihatan Ify yang cepat sukar untuk bernafas kalau terlalu letih .

Kat rumah , Ify akan buat kerja sekolah terus dan takkan bertangguh . Ify ni pelupa , jadi tak boleh larh bertangguh , bertangguh kan tak baik untuk kesihatan mental .. Huhu .. Then , Ify akan tidur sekejap selama satu ataupun setengah jam untuk hilangkan letih . Malam , Ify akan sambung buat kerja sekolah yang bersisa tu . Kalau kerja Ify masih banyak , nasib badan larh kena tidur lewat . Paling lewat pun pukul dua larh kan .. :3 .

Hari ni , Ify sampai lewat ke sekolah coz tayar kereta pecah kes 'accident' . Haha .. Macam mana ntah , abah boleh terlanggar tepi tembok tu sampaikan tayar pecah . Apapun , syukur larh kitorang selamat dan sampai sekolah lewat pun , cikgu yang bertugas jaga pintu pagar pun faham  :) .

Ok , berhenti di sini . Ify ada tugas untuk dilakukan sekarang . Nanti Ify akan sambung cerita dalam entri baru ~ :)