Thursday 21 February 2013

Hari-Hari Yang Meletihkan - Rungutan Semasa -.- .

Assalamualaikum .

Minggu ni , Ify agak busy . Bukan agak , tapi memang BETUL busy larh ! -.- . First , mula dari hari Ahad . Ify kena pegi appoiment ke doktor pasal tak sihat sikit larh kan . Kalau sihat , mungkin pegi jumpa doktor tu sekadar untuk menemuramah beliau agaknya -.- . Pagi tu , Ify datang sekolah dulu coz nak bagi bahan presentation kat kawan . Then , bagi baju-baju untuk budak rumah terbakar , pastu pegi pejabat untuk buat surat sekolah . Masa pegi jumpa doktor tu pun , ada berlaku insiden yang memalukan , tak boleh cerita kat sini . Haihh -.- . Letih sangat letih . 


Hari Isnin , hari yang ok . Tapi sampai tengah hari jer dah stress . Tau kenapa ? Sebab , Ify terserempak dengan guru yang bertugas minggu ni . Then , Ify nampak ada dua orang pengawas tengah tunjuk buku yang tertulis nama pelajar-pelajar lewat ke sekolah pada guru tu . Ify pun saja larh menyibuk nak menyelit . Sekali , Ify nampak ada nama Ify kat situ . Ify pun terfikir larh : Ehh ? Hari ni aku tak datang lewat rasanya . So , Ify pun tengok tarikh . Tertera tarikh 17 Februari 2013 , tarikh yang Ify ada appoinment semalam tu larh . Ify pun tak puas hati larh . Ehh .. Diorang ni apsal ?!! . Then , Ify pun kata larh :

" Ni , kenapa ada nama kami ? " 

" Hampa datang lewat . "

" Tapi , kami bukannya datang sekolah pun . Memang guru kelas yang bagi cuti sehari , jumpa doktor . Kenapa tulis nama kami ? " 

" Dah hampa datang sekolah . "

" Kami datang sebab nak bagi bahan presentation kat kawan larh ! "

" Tak tau , tak tau . " ( sambil berlalu pergi )

Nak tau tak ? Betapa sakit hatinya Ify waktu tu . Dia boleh pegi dengan muka tak bersalah macam tu jer . Ni kalau boleh saman , memang nak saman ni ! Adess , sakit hati -.- . Lepas tu mula larh keluar macam-macam . Pengawas tak adil larh , sila buang pengawas tersebut larh , nak tikam-tikam pengawas tu larh . Semuanya ada . Tapi tu semua dalam hati jer larh . Lepas agak boleh kawal perasaan sikit , Ify tarik nafas dalam-dalam dan lepas , then tak pandang dah muka pengawas tu . Bukan apa , cuma tak nak perasaan marah datang balik jer -.- . Bertambah stress pulak , asalnya ada latihan bola jaring , sesenang hati jer diorang batalkan .  Jadi , terpaksa larh Ify tunggu sampai pukul 6.30 kat sekolah . Nasib ada kawan baik hati bawak pegi tonton perlawanan badminton . Kalau tak , memang stress bertambah larh -.- .

Seterusnya , hari Selasa . Yang ni pun stress jugak . Dah semalam latihan dibatalkan , Ify tanya bila pulak akan ada latihan , diorang jawab tak tau . Tapi bila datang sekolah hari Selasa ni , boleh pulak dengan muka slamber diorang kata ada latihan , tapi kalau ada kumpulan lain main , batal balik . Ehh .. main-main pulak ekk .. Awak , sedar larh sikit , saya ni rumah jauh , bukannya dekat . Nak main batal-batal suka hati ni ! -.- . Then , terpaksa larh Ify call umi dan minta tolong bawakan baju sukan . Kesian umi , penat datang sekolah semata-mata nak hantar baju , dah larh tak sihat .. Hurm :( .


Hari Rabu , stress pasal ada perlawanan bola jaring antara kumpulan . Memang letih larh seminggu ni masa lebih banyak dihabiskan di sekolah . Then , lawan tu , kumpulan Ify - Khawarizmi - dan satu lagi kumpulan - Farabi - menang . Ingatkan dah menang tu , tak payah larh sesak kepala fikir pasal sukan lagi lepas ni . Tapi tiba-tiba jer ada sorang cikgu ni protes pasal kumpulan dia tak menang , then dia suruh lawan balik . Ramai yang tak setuju ( termasuk Ify larh ) coz menyusahkan pelajar . Dah larh yang nak dilawan tu pun kumpulan terer-terer belaka . Bukannya senang nak menang tu . Ingat main bola jaring macam makan ais krim ker ? -.- .  Arghh .. stress ..! -.- .

Hari ni hari Khamis , takda rasa stress . Malah terlebih bahagia kesan stress tu . Arghh ..! -.- . Dah larh Ify tak cukup tidur . Letih tau letih ? Semalam dalam pukul 9.15 malam tu , ingat nak tidur sekejap larh , then nak seterika baju . Then , Ify tidur dan terjaga dalam pukul 12 tengah malam . Ingat nak bangun seterika baju larh ni . Sekali angkat kepala , tetiba rasa sakit dalam telinga kanan , sampai ke otak terasa ! Mula-mula boleh tahan lagi . Makin lama , makin sakit sampai rasa macam kena migrain . Lagi teruk dari migrain . Rasa macam nak rebah jer berdiri , tetap cuba jugak berdiri dan pegi ke bilik umi . Sambil menangis , Ify kejutkan umi .

" Umi .. telinga Alang sakit sangat ni .. :'( "

" Kenapa ? "

" Tak tau . Sakit ..! :'( "

" Sini umi tengokkan . " ( sambil pegang lampu suluh )

" Umi , sakit ..! :'( "

" Alang tutup larh telinga belah kiri tu , tutup hidung , tutup mulut . Bernafas sikit-sikit jer ! "

Fuhh .. Dah larh tengah selsema . Tetiba kena tutup hidung dan mulut . Menangis macam budak kecik larh semalam .. Kena marah dengan umi pulak tu sebab menangis .. Huhu .. Then , lepas hampir setengah jam ..

" Haa .. tu .. keluar dah .. " (sambil pegang telinga Ify)'

" Apa tu ..? Sakit .. :'( "

" Ni , semut jer pun . Menangis macam budak kecik ! "

" Umi .. uwaa ... semut besar ni .. " (sambil memegang semut sebesar lubang jarum) -.- .


- Ni semut gataii -.- -

Malam tu , telinga sakit . Berdarah habis telinga . Mungkin sebab semut tu gigit kot . Mengganggu tidur orang betul larh semut ni -.- . Lastly , Ify tertidur dengan umi sebab terlampau sakit kepala dan terlupa nak seterika baju . Abah pulak , masuk bilik tengok ada Ify tengah tidur . Terpaksa larh Abah tidur kat ruang tamu dengan adik-adik Ify . Hehe .. maaf yer Abah ~ :3 .

Tu larh al-kisahnya . Hari tu , ada jugak keychain kesayangan Ify hilang . Kalau keychain biasa tak kisah sangat . Tapi ni keychain Abah bagi , simpan dua tahun dah . Ify syak keychain tu hilang masa Ify naik motor dengan kawan hari tu . Jadi , Ify pun upah larh dia dua ringgit dan minta dia temankan Ify pegi cari keychain tu sepanjang perjalanan . So sad .. tak jumpa :( . Tapi , yang kelakarnya , balik rumah rupa-rupanya keychain tu ada bawah kuisyen dalam kereta Abah . Haha .. :P .

Sekarang tengah busy study , exam makin dekat . Di samping berlatih buat lukisan abstrak . Bakal bertanding dalam pertandingan melukis lukisan abstrak bagi PPIM dua minggu lagi . Hehe .. Doa-doakan yer .. :) .

Friday 8 February 2013

All About Farwan Waniey Ify - Part 2

Assalamualaikum .

Sambung 'All About Farwan Waniey Ify - Part 1 ' hari ni . Letih . Fuhh , letih -.- . Letih memerah otak yang tak nak bekerjasama untuk bawak keluar idea ni . Lepas dapatkan tidur yang cukup , Alhamdulillah dapat jugak larh idea walaupun sikit . Kembali kepada blog bersawang ni . Bersawang tak bersawang , blog ni tetap Ify sayang :3 .

Kat sini nak cerita sikit-sikit pasal sisi hidup Ify . Actually , Ify ni manusia yang sangat mencintai alam sekitar . Ify suka semua haiwan dan tumbuhan . Buaya pun Ify suka jugak , tapi takda larh sampai pegi belai dia . Nanti tak pasal-pasal jadi 'lipas kudung' di tangan pulak kan ? :P . Ify ada bela 2 ekor kucing . Ada banyak sebenarnya tapi ada 2 ekor yang dah mati kena langgar . Tragis betul larh -.- . So , kucing kat rumah ni memang ada 2 ekor jer . Arnab ada lebih kurang 12 ekor , tapi bakal bertambah lagi coz arnab tu ada yang 'pregnant' . Yeahh -.- . Asalnya arnab banyak lagi , tapi ada 2 ekor dah mati , dan 4 ekor hilang waktu kecil . Ikan pun asalnya ada jugak , tapi sekarang dah takda coz jadi mangsa kekejaman kucing sendiri . Agak tragis untuk diceritakan -.- . Kura-kura pun ada jugak , tapi dah hilang . Mungkin dia melarikan diri untuk mencari pengalaman baru . Kot -.- .



Ni kucing Ify , namanya Perang . Umur mungkin dalam usia hampir dua tahun . Merupakan seekor kucing jantan , tapi comel , mata bulat :D . Pandai dengar cakap orang , kalau kita marah dia , dia akan pandang kita dalam-dalam , then merajuk tak nak balik rumah . Agak penyayang coz kucing mana-mana pun yang dia jumpa , kalau boleh semuanya dia nak tolong jilatkan bulu . Hadoii -.- .



Ni namanya Cuty , seekor kucing betina . Kucing Ify jugak , adik angkat kepada Perang . Ngeh ngeh -.- . Umur dalam lingkungan setahun . Sebenarnya dua-dua ekor kucing ni merupakan kucing terbiar waktu kecil dan dipelihara oleh Ify sampai ke besar . Comel tak ? :) .


- Muafakat membawa berkat . Minum air pun sama-sama - 

Sekarang nak cerita bab lain . Malas cerita pasal kucing banyak-banyak -.- . Ok . Ify ni merupakan seorang gadis yang celik IT . Bukan masuk bakul angkat sendiri , tapi abah dan umi yang kata macam tu . So , kena belajar terima hakikat larh kan :3 . Then , Ify sukakan bunga tapi yang berwarna putih atau merah saja . Lain-lain tak minat k . Opss .. Lupa pulak . Ify jugak tak suka pegi membeli dan belah -.- . Coz Ify memang tak suka pegi tempat yang ramai orang . Bersentuhan sana sini . Hadoii . At least , kalau nak ajak Ify keluar sekalipun , jangan ajak pegi ke shopping complex , kalau kenduri boleh terima lagi . Ajak pegi tempat yang boleh menenangkan jiwa pun ok jugak :D .

Sangat jarang tengok televisyen coz tak berminat . Tapi kalau cerita Spongebob Squarepants tu memang tengok larh , itupun ada jugak yang tak tengok . Kalau lapar dan waktu tu pulak takda makanan , Ify kena pandai-pandai usaha cari makanan sendiri . Tak berapa rajin nak makan nasik . So , setakat ambik tepung + air dan lilit di sekeliling sebatang buluh kecil dan bakar , tu memang best larh . Dah macam makan roti bakar pulok :3 . Kalau bab minuman pulak , Ify lebih suka minum air tapis ataupun air susu . Tu jer . Paling kurang pun , kalau nak minum air sedap sikit , Ify akan buat sendiri air carrot susu . Family kata , Ify pandai buat air . Jadi , apa salahnya kalau bakat buat air tu dipersembahkan buat diri sendiri kan ? Ngee ~ :3 .

Bab status pulak , erm .. Ni nak bagitau status apa ekk ..? Nak kata couple , haishh .. haram ! -.- . Nak kata single , nampak benor nipunye -.- . Nak kata tunang dah , nanti tak percaya pulok -.- . Tambah lagi kalau nak kata menjanda . Err .. Nauzubillah -.- . Ok , yang pasti Ify tak jadi isteri orang lagi larh k , apatah lagi mak orang . Err -.- .

Tak pernah jadi pengawas . Abah dan umi dulu pengawas . Abang dulu ketua pengawas , adik pertama pernah jadi pengawas yang aktif di sekolah rendah , adik kedua pun sekarang sedang menjadi pengawas sekolah yang selalu bacakan doa di tapak perhimpunan . Arwah kakak dulu merupakan seorang pengawas yang dilantik dalam sebulan sebelum arwah koma selama 5 bulan . Kakak yang sekarang sedang study di UnisZa , Terengganu dalam pengajian undang-undang jugak merupakan bekas pengawas di sekolah rendah dan sekolah menengah . Cuma Ify saja dalam keluarga yang tak pernah pegang jawatan sebagai pengawas . Dan ianya sangat larh terbaikk -.- . Mungkin Ify tak pernah jadi pengawas coz sikap Ify . Ify ni jenis tak pandai marah orang . Dan kawan-kawan jugak kata yang Ify ni nampak macam lembut sangat . Lembut ? Ngeh ngeh :3 . Tu kat luar . Cuba tengok kat rumah . Nak ajak lawan kungfu pun boleh haihh -.- .

Jujurnya , Ify ni kalau malas tu malas sangat . Rasa macam ada beban jer atas belakang badan ni . Tapi , kalau rajin , terlebih rajin pulak . Adess . Tapi tu larh kan . Sekarang makin besar semakin kena hakis larh kemalasan tu . Tak elok kot . Haishh -.- . Duduk saja boring-boring , Ify ambik pisau potong habis pokok-pokok buluh kat luar rumah tu . Dan itu larh yang dikatakan terlebih rajin -.- . Satu perangai Ify yang memang tak pernah berubah , kalau sekali buat kerja malas nak berhenti . Kalau boleh nak buat bagi habis semua dan bagi elok-elok walaupun banyak . Mungkin sebab tu larh Ify jarang makan . Asyik nak habiskan kerja dulu jer sampai lupa nak makan -.- .

Ok . Tadi Ify kata Ify tak pandai marah orang kan ? Penipu sebenarnya . Ify memang jarang marah orang . Tapi sekali orang tu cari pasal dengan Ify yang melibatkan mak ayah atau maruah diri , memang sampai ke lubang cacing larh Ify cari orang tu . Grr ! -.- .


- Orang lain tengah bersembang , Ify snap gambar . Terbaikk -.- . -

Subjek yang Ify minat ada banyak . First , English memang minat , tambah kalau kena tulis essay . Panjang berjela larh nak karang , excited sangat sampai gunakan grammar yang lintang-pukang -.- . Pernah sekali masa pegi Thailand , excited jer speaking BI dengan Auntie tu .

" Did you make this thing from the candle ? Or the stone ? "

Auntie tu usya pelik jer . Apa ? Salah speaking ker ? Sekali Ify tanya " Can you understand me ? " . Auntie tu geleng kepala . Owh , tak faham rupanya -.- .

Then , Ify minat Sejarah . Ramai orang kata , Sejarah merupakan ubat tidur paling mujarab . Tapi berbeza untuk Ify . Best tau kalau kita baca buku Sejarah macam baca buku cerita dongeng :D . Ify jugak minat Sains . Kalau ada dalam surat khabar bab Sains , Ify akan potong dan tampal dalam buku . Ada banyak lagi larh subjek yang Ify minat . Kalau boleh , semua suka . Kalau tak suka , macam mana nak fokus belajar kan ? :) .

Cita-cita tak ada . Dulu pernah nak jadi doktor , tapi terbatal niat . Nak jadi penulis novel pun coz family yang suggest . Abah dengan umi suruh jadi photographer . Katanya gambar yang Ify ambik semuanya berseni :3 . Ok . Memang tak ada cita-cita .

Ciri-ciri simple saja . Orang yang biasa , tak ada larh cantik pun . Tapi still syukur , Alhamdulillah :) . Tengok anak mata dari jauh warna hitam , dari dekat warna coklat sikit sebenarnya ( hamboihh , terperinci dah bagitau ni ) . Terpaksa pakai cermin mata coz mata rosak -.- . Dulu pakai cermin mata 24 jam , sekarang cuma waktu belajar dan bila nak gunakan komputer sahaja . Ada sekor lalat tercirit-birit kat pipi kanan , jadi ada larh kesan najis lalat tu -.- . Berat dah naik , sekarang 50 kg . Takpa , bukan kisah pun , janji sihat dah larh -.- . Tinggi 158 cm . Pendek jer Ify ni . Adik-adik tinggi lagi . Hurm -.- .

Ify boleh berbahasa Melayu dengan fasih , English , Cina sikit-sikit , Arab sederhana , dan berbahasa Jepun sikit-sikit . Ok . Boleh main gendang sikit-sikit - memang kena belajar pun bila masuk nasyid - , main piano sikit-sikit , berkemahiran untuk mencipta sesuatu barang hiasan menggunakan barang terpakai dan semulajadi .



Atas ni larh salah satu contoh benda yang Ify buat sendiri . Ni hadiah yang Ify bagi kat kawan tahun lepas . Buat sendiri coz masa tu hilang bajet . Hukhuk -.- . Bahan-bahan terdiri dari kotak 98% kebanyakannya . Rumah tu , kotak yang diukur sama besar , diwarnakan menggunakan warna pastel , dan digamkan . Orang salji diperbuat dari penutup botol gam dan penutup botol lain-lain , atas kepala dia yang macam topi tu penutup botol minyak cap kapak :3 . Kayu belah bawah kiri tu merupakan kulit kayu manis yang diambil dari dapur . Hehe .. kantoi kat umi kalau umi baca entri ni :3 . Salji diperbuat dari polistren ( tak reti eja -.- ) . Simple :) .

Boleh add Ify di Facebook Farwan Waniey Ify  ataupun Farah Hazwani . Tapi add untuk berkawan saja larh , lebih dari tu harap maaf , Ify tak terima . Follow twitter Farwan Ify ~ :) @ Zufizfay_96 . Selain blog Lonely Girl :) ni , boleh jugak bukak blog bersawang Wanie_96 dan follow k :) . Ok . Ify dah tak tau nak cerita apa lagi pasal diri Ify . Kalau ada apa-apa lagi nak tau pasal Ify , boleh larh tulis di chatbox ataupun drop komen kat bawah entri ni ekk .. Insya-Allah , Ify akan balas sebaik mungkin :) . 

Aku Ingin Menjadi Orang Yang Berjaya ! - Part 2

Assalamualaikum .

Ni merupakan entri sambungan 'Aku Ingin Menjadi Orang Yang Berjaya ! - Part 1' . Dah lama nak sambung , tapi baru dapat idea hari ni . Muehehe :3 . Tadi , tengah belajar tetiba cikgu sebut bab cita-cita . Even waktu tu Ify tak berapa nak larat coz of something , Ify dapat jugak larh dengar sikit-sikit . Rupa-rupanya ramai kawan-kawan yang masih tak ada cita-cita macam Ify . Tak tau hala tuju masa depan . Huhu .. Jadi , cikgu pun bagi macam-macam cara macam mana nak jadi itu larh , ini larh . Hurm -.- .


" Hidup ini ibarat meniti seutas tali . Kadangkala kita jatuh dan terluka . Itulah yang kita rasai saat ini .    -Pujangga-    "

Macam Ify pernah katakan sebelum ni , kejayaan takkan datang hanya dengan sekali usaha . Umpama kita bermain bola . Semata-mata untuk dapatkan satu jaringan gol , mungkin kita akan terjatuh , rebah , terluka . Tapi bila kita berjaya jaringkan walaupun hanya satu gol , senyuman manis akan terukir di wajah :) .

Kata orang , untuk berjaya di dunia mahupun di akhirat , kita mesti ada matlamat sendiri . Contohnya , kalau kita nak berjaya di dunia . Matlamat kita mungkin sebab kita nak bahagiakan ibu bapa kita atau lain-lain kan ? Kalau nak berjaya di akhirat , matlamat kita mungkin sebab nak capai redha Allah S.W.T ataupun sebab nak masuk syurga .

Tapi , hakikatnya manusia ni pelik . Pelik sebab banyak berwawasan tinggi , tapi usaha tak berapa tinggi . Katanya megah , nak jadi doktor , nak hidup senang besar nanti . Tapi , sekolah pun jarang datang , kononya sebab sakit . Walhal cikgu sendiri ternampak dia di depan panggung wayang . Katanya mahu berjaya di akhirat kelak , nak masuk syurga . Tapi ? Solat pun kadang-kadang , aurat ditutup jarang-jarang . Bila ditegur , jawabnya " nobody perfect , beb ! " . Beb ? Aiyyak -.- .

" Wahai sahabat , katanya mahu berjaya , tapi kenapa buku malas baca ? Aurat pun terdedah , solat pun ambil mudah . Kenapa ? "

Bila ditegur , dia mengeluh . Bila diajak solat , dia bertangguh . Pelik , kan manusia ? Bila dikaji , rupa-rupanya manusia ni kebanyakannya memang suka buat 'harapan kosong' . Owh .. sedih betul :'( . Kadang-kadang , ada yang betul nak berjaya , tapi tak berkemampuan untuk ke sekolah macam manusia lain .

Tak tuju kepada orang lain , tapi diri sendiri jugak . Sekadar entri pendek penuh makna . Jom , muhasabah diri dan berubah ! Bukan untuk seketika , tapi selamanya ! :'D .

Wednesday 6 February 2013

All About Farwan Waniey Ify - Part 1 .

Assalamualaikum .

Virus kebosanan melanda . Tapi , tetap nak buat entri baru . Dalam entri kali ni , Ify nak cerita tentang diri Ify . Ada jugak hari tu Ify kata nak buat entri pasal 'Aku Ingin Menjadi Orang Yang Berjaya ! - Part 2' tu . Tapi .. memandangkan Ify tengah kekeringan idea , Ify buat entri lain dulu hari ni ok :) . Kebetulan , ada yang mintak Ify introduce diri dalam blog ni dan dalam masa yang sama Ify teringin nak berkawan dengan sesiapa saja yang pernah buka blog bersawang Ify ni . Jadi , Ify akan cuba ceritakan tentang diri Ify sejujurnya :') . 


- This is me , the weak person in this world -

Tanggal 30 September 1996 Masihi bersamaan 18 Jamadil Awal 1417 Hijrah , lahirlah seorang bayi perempuan seberat 3.2 kg yang berkulit putih gebu , pipi kemerahan dengan penuh ketenangan . Semuanya selamat , sebab bayi dilahirkan saat tepat masa matang kandungan di sebuah tempat dipanggil Klinik S.N Lee :) . Diberi nama Farah Hazwani oleh mak sedara berdasarkan nama sepupu , Mohd Hazwan Fikri . Dan  baby itu larh Farwan Waniey Ify yang sedang menaip sekarang :3 . Mempunyai satu parut kesan stokin di kaki atas peristiwa waktu masih baby . Stokin yang disarungkan umi terpaksa digunting oleh nurse coz darah tak berjalan lancar , dan parut masih kekal sampai sekarang , mungkin untuk selamanya .

Mula boleh membaca dan menulis seawal umur 4 tahun . Belajar di Tadika Kemas , Taman Pertama , Pokok Sena , Kedah seawal umur 5 tahun . Dan belajar di Tabika Perpaduan , Pokok Sena seawal usia 6 tahun . Mempunyai 6 orang adik-beradik . Merupakan anak ke-4 dari keseluruhan adik-beradik . Ada sorang abang ( Mohd Hudzaifah ) , dua orang kakak ( Farah Hanan dan Farah Hani ) , dan dua orang adik ( Mohd Hanzalah dan Mohd Hasbul Iman ) , ayah nama Che Omar Bin Md Isa , umi nama Haliza Binti Ismail . Ify agak cerewet waktu kecil dulu . Pantang ada yang tak kena sikit , confirm merajuk ~ :3 .

Kehilangan kakak kesayangan , Farah Hanan Binti Che Omar waktu Ify masih belajar dalam darjah satu . Arwah kakak pulak masa tu umur 11 tahun . Arwah kakak meninggal coz lemas dalam laut di Terengganu , dan koma dalam tempoh 5 bulan . Al-Fatihah . Masa tu , Ify masih belajar di Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad , Pokok Sena . Berpindah belajar kemudian ketika berumur 8 tahun ( darjah dua ) di Maahad Tahfiz Al-Quran Lorong Alif , Jitra yang kini dinamakan semula sebagai Darul Ulum Rahimiyah Tahfizul Quran Lorong Alif . Menghafal Al-Quran sebanyak 8 juz dan sedikit surah-surah penting . Then , berpindah pulak ke Sekolah Rendah Al-Azhar , Jitra , Kedah dalam umur 11 tahun atas alasan mencari pengalaman larh kononnya :) .

Belajar punya belajar , result UPSR pun dah dapat , Alhamdulillah :) . Tak perlu larh disebut dapat baik ker tak , coz kalau baik dikhuatiri riak pulak . Kalau tak baik , malu pulak kan :) . Just say Alhamdulillah .. Dapat menyambung pengajian ke Maktab Mahmud Padang Terap , tapi atas sebab tertentu , masuk ke Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah dan belajar di situ sampai sekarang . Tahun ni merupakan tahun last belajar di situ . Macam tak percaya jer :') .



Lagi tentang Ify , seorang yang obses dengan warna pink ~ :3 . Bukan suka tapi obses . Kalau bab makanan , Ify obses dengan laksa . Huhu ... Lidah orang Melayu :) . Orang lain boleh makan spageti , Ify boleh termuntah hidu baunya saja . Agak manja , tapi dengan umi abah jer . Dengan orang lain ganas sikit . Silap hari bulan boleh bukak kungfu , taichi , semuanya ada . Wachaa ~! . Lagi , lagi .. Haa .. Ify selesa memakai jam tangan di tangan kanan ataupun kiri coz Ify bukannya seorang yang bertangan kidal ataupun normal ( tangan kanan ) . Tapi , Ify boleh menulis menggunakan kedua-dua belah tangan . Segala kerja terasa mudah dilakukan coz tak rasa kekok untuk gunakan tangan kanan dan kiri serentak :) .

Ify bukan seorang yang materialistik . Ify seorang perempuan yang tak pernah tertarik dengan perhiasan emas . Tak bermakna benci , cuma tak tertarik langsung saja . Entah larh , rasa macam rimas tengok emas-emas ni . Grr -.- . Btw , Ify suka pakai rantai kecil di leher dan cincin biasa saja , bawah RM5.00 . Muehehe :3 .  Opss .. Lupa pulak . Ify jugak seorang manusia yang tak boleh biarkan perut kosong selalu coz ada penyakit Gastrik . Tapi , Ify memang jarang makan atas faktor busy atau malas :P . Tak boleh makan keropok , minum air gas coz ada sakit pinggang . Tapi , realitinya memang tak boleh makan minum pun semua benda alah tu coz nanti hilang segala yang dihafal -.- .

Ify ni seorang yang agak sensitif sebenarnya , tapi agak susah nak mengaku yang Ify ni sensitif . Huhu .. Sebab tu , Ify selalu kata yang Ify ni tak sensitif walhal sebenarnya tak -.- . Tapi , sensitif macam mana sekalipun , Ify jenis suka memendam saja perasaan sensitif tu dalam-dalam . Jenis yang sangat sukakan buku . Pantang jer pegi Popular , Bookstores , Pustaka Darussalam , atau lain-lain , Ify akan beli banyak-banyak buku . Kadang-kadang baca , kadang-kadang tidak . Adoii ...

Hobi , Ify ada banyak sangat hobi ! :D . Ify ni jenis suka kumpul kertas banyak-banyak , then recycle . Best tau main recycle-recycle ni :D . Ify suka kumpul setem . Pantang ada Abang Posmen hantar surat , Ify akan check ada setem ker tak . Kalau ada , Ify koyak awal-awal lagi . Then bila surat tu sampai kat abah atau umi , tau larh umi abah yang setem tu dah 'diculik' . Ngee .. :3 . Ify sukakan adventure , coz Ify ni seorang yang agak lasak . Memancing pun Ify suka . One more thing , Ify suka menulis novel :) . Actually , Ify jugak suka melukis tau ! Tapi , tapi .. tak berapa pandai nak melukis . Huhu ... ~

Ok . Cukup sampai sini . Next entry coming soon . Nanti Ify akan ceritakan lagi secara detail tentang diri Ify . Sekarang Ify nak pegi makan jap . Nak menambahkan berat badan :3 . Nyum , nyum ! Lepas tu nak study . Tata ~ :) 

Tuesday 5 February 2013

How About Today ? - Admired :3

Assalamualaikum .


- Gambar ini tiada kaitan dengan yang hidup atau telah mati -

Hari ni Ify balik lewat dari sekolah - dalam pukul 5.40 p.m. - sebab kena tunggu adik yang kononnya ada 'mesyuarat PBSM' , padahal sebenarnya dia ada sukaneka -.- . Then , macam biasa larh , sementara menunggu duduk saja-saja , Ify bawak keluar buku panjang ungu dan sambung jurnal dalam bahasa Inggeris tanpa dictionary di sisi dan tersangat larh hodohnya broken English :3 . Tiba-tiba , ada sorang adik Form 4 ni datang dari belakang , menyapa Ify penuh mesra walhal Ify tak kenal dia :3 .

" Assalamualaikum Kak Farah :) "

" Ehh .. Wa'alaikumsalam :) "

Ify jawab salam yang diberi dengan seribu satu tanda tanya . Ehh .. Siapakah beliau ini ? Takpa , berkawan biar beribu :') . Sambil mengetuk-ngetuk sebatang pen hitam di tangan ke lantai , Ify cuba buang rasa kekok untuk bersembang dengan 'adik-adik' ni :3 . Tapi , tetiba saja dia pulak yang mula bersuara :P .

" Kak Farah , kenapa tak balik lagi ? Tunggu sapa ? "

" Owh .. Tunggu adik ni .. Dia tadi kata ada apa ntah .. PBSM .. Kita , PPIM yang takda kena mengena ni pun terpaksa larh berkorban :3 "

" Owh .. :) . "

" PBSM ker ? "

" Yup :) "

" Owh .. tak masuk acara sekali dengan diorang ? "

" Tak minat , datang sini pun sebab nak temankan kawan saja . "

 Agak lama berbual , Ify pun mula bertambah rasa kekok dan mula cari alasan dengan mengatakan , Ify nak pegi beli air . Tapi , tapi .. dia nak ikut Ify pulak ~ ! Adoii .. Ify pun tanya dia banyak kali , confirm nak ikut ni ..? Dan berkali-kali jugak larh dia jawab "ya , ya , yes ! " -.- . 

Lepas makan dan bersembang punya lama dengan dia - lebih kurang satu jam setengah agaknya - dalam perjalanan balik , dia pun kata ..

" Actually , kami dah lama sebenarnya nak tegur Kak Farah , dari kami Form 2 dulu lagi .. Sejak tengok Kak Farah nasyid tu , rasa macam teringin sangat-sangat nak tegur Kak Farah , kawan-kawan pun ramai nak tegur Kak Farah , nak kenal dan kawan dengan Kak Farah . Tapi tak berani .. "

" Ehh ..? Apsal pulak ..? "

" Hehe .. Kak Farah macam garang jer tengok . Serius selalu .. Takut pulak nak tegur :3 "

Serius ? Garang ? Ify ketawa sopan :3 . Ish3 .. Kak Farah tak garang dik .. Kak Farah tak pandai nak marah-marah orang ni .. Sebab tu Kak Farah tak pernah jadi pengawas :3 . Jangan kata Kak Farah garang , rasa macam nak ketawa besor dibuatnya .. :3 . Kata Ify sambil menunduk penuh rasa 'shy shy cat' sambil berpura-pura membetulkan tudung yang dah tak perlu dibetulkan ~ :3 .

Sampai di rumah , Ify cerita kat umi pasal budak tadi . Umi pandang Along dan serentak kata ..

" Owh .. Ada peminat tersendiri rupanya .. "

Ify : Pangg ..! Terasa 'tamparan malu' di wajah sendiri :3 .