Wednesday 27 March 2013

Bulan Ini Bulan Busy -.- .

Assalamualaikum .

Minggu lepas , Ify busy dengan program kat sekolah . Minggu lepas kan ada program Ihtifal kat sekolah . Ada jugak Festival Nasyid dan Pidato , semua Ify terlibat -.- .  Bagi Ihtifal , Ify terlibat dalam bahagian Protokol . Bagi Festival Nasyid dan Pidato pulak , Ify terlibat dalam pertandingan Nasyid -.- . Takda niat pun nak bertanding . Tapi bila dah dipilih , demi menjaga hati beberapa pihak , terima jugak larh dengan hati yang pasrah . Walaupun dah tau yang Ify kena bertanding tiga minggu lebih awal sebelum hari bertanding tu , Ify tetap berlatih last minute dengan alasan busy study >_< .


Sesungguhnya , Ify tak pernah target pun yang kumpulan nasyid yang Ify jadi wakil tu akan menang . Jadi , berlatih larh last minute dengan persiapan yang sedikit amat . Bila naik pentas untuk nasyid tu , memang mula-mula tu nervous larh jugak . Lama lepas tu , rasa macam pentas tu Ify yang punya . Haha :3 . Lepas habis nasyid , rasa macam lepas habis semua masalah . Then , tunggu result pulak macam mana . Ingat nak balik asrama dah larh tu . Malas dengar , tau dah kalah . Tapi sebab nak jaga hati ustazah yang tengah excited tu , Ify tunggu jugak larh kat depan tu . Tiba-tiba jer , kumpulan Shoutul Hamra' dapat naib johan . Ehh .. Kumpulan Ify larh tu ~ :3 .

" Kak Farah , duduk depan . Kak Farah kan ketua , kena larh ambik hadiah . " 

" Takpa-takpa . Pegi jer .. Asal dapat dapat naik pentas jadi larh :'D . Nak duduk belakang jer . Malu :3 . " 

Punya larh excitednya Ify ni . Sampaikan dah takda rasa nak duduk depan sebagai ketua kumpulan lagi >_< .

Ni larh hadiah yang Ify dapat :3 . Tapi yang trofi tu satu jer pun sebenarnya . Yang lebih tu tahun lepas punya , johan Nasyid dan naib johan Pidato Bahasa Arab . Macam mana boleh sesat kat situ ntah -.- . Yang dalam sampul tu ada sijil . Sebenarnya ada lagi satu , hadiah hamper . Tapi tak boleh tangkap gambar hamper tu sebab ada kat ustazah >_< . Sadis betul larh ! :( .

Then , masa Ify tengah busy duduk kat sekolah seminggu tu , rupa-rupanya cousin Ify dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki melalui proses operation coz kelahiran songsang . Walaupun bayi tu duduk dalam perut ibu dia selama 9 bulan secara songsang , tapi dia tetap comel dan hensem :) .



- This is Muhammad Aryan Haikal :) -

Then , beberapa hari yang lepas , Ify baru balik dari kem yang agak meletihkan di Titi Hayun -.- . Balik dari kem , busy ke tuisyen pulak . Memang bulan ni jarang sangat larh nak bermanja dengan Umi Abah . Huhu -.- .

Ok . Mungkin setakat ini dulu . Kenapa ? Sebab nak tidur larh . Selamat malam -.- .

(-_-) Zzz ... Zzz ... Zzz ...

Thursday 7 March 2013

Hari Puteri Peringkat Sekolah :) .

Assalamualaikum .

Pada hari Selasa yang lepas , iaitu 5 March 2013 . Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) di sekolah Ify telah mengadakan Hari Puteri Peringkat Sekolah . Sebanyak tujuh acara telah dipertandingkan bagi lebih kurang 12 buah kumpulan . Acara-acara yang dipertandingkan adalah melukis di atas polistrin , lukisan abstrak , lukisan khat , gubahan bunga , gubahan kain perca , anyaman ketupat , serta membuat sandwich dan jus . Huishh ... Ayat mukadimah Ify mengalahkan pemberita tv haihh -.- . Ok , sambung . Then , ( ni masuk BI terus -.- ) Ify telah mendaftarkan diri dalam bahagian melukis lukisan abstrak . Satu kategori kena masuk dua orang wakil . Jadi , Ify letakkan nama Ify dan seorang partner bernama Siti Norbalkhis Binti Ramli .

Kitorang saling bantu membantu waktu melukis . Dan kumpulan kitorang larh yang paling sporting sepanjang pertandingan dijalankan . Orang lain dah boleh serius mula-mula lukis tu , kitorang masih boleh bersembang dan bergelak tawa sambil curi pandang lukisan kawan-kawan lain . Then , bila masa tinggal lagi 10 minit , baru larh kitorang kelam-kabut lukiskan lukisan yang entah apa maksudnya tu . Kitorang jugak selalu menukar-nukar kertas lukisan walaupun dah terlewat sebab Cik Balkhis tak tau macam mana nak lukis tiang lampu jalan dan bangku menggunakan berus . Tak apa , muafakat membawa berkat , kitorang pulak jadi serius :3 .


- Inilah lukisan Balkhis + Ify dari kumpulan 'Brightness Love of Islam' :3 - 


- Ini pandangan depan - 

Ok . Ify tau lukisan ini buruk berbanding lukisan kawan-kawan Ify yang lain . Jadi , mohon jangan kutuk . Kalau nak komen yang baik , silakan . Supaya Ify boleh perbaiki kelemahan yang tak dapat dikesan :) . 


- Ini lukisan kawan Ify yang bernama Muna Athirah Binti Nazri . Cantik kan ? :) -

Guru PPIM kata , kumpulan Ify banyak menang . Menang apa pun tak diberitahu lagi . Ahad ni baru akan di umum . Fuhh ... Sebagai seorang ketua kumpulan yang agak 'berani' kononnya seperti harimau , padahal sebenarnya 'pengecut' seperti tikus , Ify agak gementar untuk pegi ambik sijil-sijil wakil kumpulan Ify kat tapak perhimpunan tu Ahad ni . Uhuk uhuk , macam confident jer boleh menang -.- . Apapun , Ify dah tak tau nak tulis apa lagi . Ify postkan banyak gambar kat sini , biar larh gambar berbicara :) .




- Debaran nak mula bertanding - 


- Habis melukis , masa melukis tak boleh ambil gambar , kesuntukan masa . Gambar ni menunjukkan bahawa Ify telah melukis menggunakan 30 batang berus yang berlainan saiz dan beberapa batang lidi . -



- Melukis Lukisan Abstrak -


- Lukisan Khat -


- Gubahan Bunga -


- Gubahan Kain Perca -


- Membuat Sandwich dan Jus -


- Anyaman Ketupat - 

Harap maaf , sebab gambar tak jelas . Maklumlah , ambik gambar guna tablet jer . Kamera dah tak ada -.- . Gambar bagi 'lukisan atas polistrin' tak sempat ambik . Ok , seterusnya : 




- Wajah-wajah ceria lepas habis pertandingan - 

Ok . That's all ^_^ . Doakan Ify supaya boleh masuk dalam tiga kedudukan terbaik daripada 12 buah kumpulan . Next week , Ify akan busy sikit . Busy sebab masuk bahagian Protokol untuk Majlis Ihtifal sambil nak study dan hafal speech untuk bertanding nanti -.- . Tapi , kalau ada kesempatan , Insya-Allah , Ify akan post lukisan-lukisan abstrak yang Ify dah lukiskan . Ok , out dulu :) .