Wednesday 5 June 2013

Me And This Story .

Assalamualaikum .


Tengok gambar atas ni . Tengah dengar seminar Sains pun , sempat lagi snap picture . Hehe ^_^ .

Alhamdulillah , seminar yang Ify suka + tension tu dah pun berakhir dengan baik pada hari Ahad yang lepas . Tapi , tuisyen of course larh berlanjutan sampai ke akhir cuti . Nama pun calon SPM , mana ada istilah cuti , cikgu larh yang kata :) . Seminar memang seronok . Apa yang seronok pun tak tau larh . Haha .. Kalau tak seronok , takda larh sampai nak snap picture dalam dewan kan ? :) .







*Sila Klik Pada Gambar Untuk Imej Yang Lebih Jelas*

Perasan tak ? Imej dah bertukar wajah , orang dah makin maju :3 . Actually , Ify selalu baca entri-entri dalam blog Kak Irine Nadia , blogger yang famous tu :3 . So , ilham nak ubah imej ni ciplak dari blog Kak Irine larh :3 . Boleh klik bawah ni , kalau nak tau sapa Kak Irine Nadia ni :) .


Note : Saya suka baca blog Kak Irine . Saya respect Kak Irine sebab berani bernikah di usia yang muda . Syabas , Kak Irine . Tak semua orang mampu buat . Kira nak enjoy jer orang zaman sekarang ni . Semoga Kak Irine selamat melahirkan khalifah yang sedang dikandung tu :) . Baby Kak Irine , mesti comel ^_^ .

*Haha .. Tu nota untuk Kak Irine . Jangan kacau ! :3* 

So , Ify sebenarnya ada banyak benda nak cerita ni . Wahh .. *excited* :) . Tapi , Ify kena ringkaskan , sebab Ify dah banyak buang masa depan komputer ni . Uwaa ...! :'( . 

Once Upon A Time ...

Semalam , Ify ada kelas tuisyen . Macam biasa larh kan ? So , Ify pun tak tau nak cakap kat Umi , nak balik pukul berapa . Ify pun bagitau larh , pukul 1.30 p.m. *cerdik* .  Padahal kelas habis pukul 12.30 p.m. . Kredit takda , Ify pun tunggu jer larh kat sekolah , duduk dengan kucing . Herghh ... -.- . Lepas tu , Ify bosan . Pegi jalan-jalan dalam hujan . Seronok oww ... Lepas tension -.- . Balik rumah , terus tidur tak ingat apa dah -.- . 

Hari ni pun balik lewat . Sekali lagi buat silap , terlupa bagitau yang kelas habis pukul 12.30 p.m. . So , Ify sekali lagi kena tunggu sorang-sorang kat sekolah . Ditemani anjing besar warna putih tompok coklat yang tengah sembunyi dalam longkang besar depan sekolah . Ngee .. O.o . Nak dijadikan ceritanya , sebab terlampau bosan , Ify duduk larh kat tepi kelas tu , main dengan seekor kucing jantan yang segak lagi bergaya :3 . Tiba-tiba , Ify dengar bunyi suara budak-budak keluar dari perpustakaan sebelah sekolah . So , Ify pun terus angkat kepala dan pandang diorang .

Tau tak ? Tiba-tiba jer diorang lari sambil menjerit mintak tolong . Ify pun macam pelik larh . 

" Ehh ... Muka aku ni nampak macam muka hantu ker ? "

Ify monolog sendiri . Then , Ify terus masuk dalam kelas , letih berdiri . Dua minit kemudian , Ify keluar balik dan pandang budak-budak tu yang tengah lari masuk rumah diorang kat depan sekolah sambil pandang Ify dari jauh . Dan Ify nampak kawan Ify , dua orang , nama Syifak dan Nadhirah , keluar dari perpustakaan . So , disebabkan diorang pun nampak Ify , maka diorang pun datang larh kat Ify .

" Oit ! Tak balik lagi ? "

" Dok kat sini , maknanya tak balik lagi larh ni ... Weyh , budak-budak tadi kenapa ? Tiba-tiba jer lari bila pandang kami . "

Tiba-tiba , diorang gelakkan Ify .

" Oww ... Jadi , hang larh orang gila yang depa dok kata tadi ? "

" Hah ??? Orang gila ?? Huhu .. Kami nampak macam orang gila ker ? "

" Dak .. Tadi , depa menjerit mintak tolong teman depa balik rumah sebab nampak orang gila . Aku ingatkan orang gila betul . Rupa-rupanya hang . "

" Tu larh , aku dok ingat beg hang tu , beg orang gila . "

" Weyh .. Sampai hati ... :'( . Tau tak ? Lagi lama kami dok sini , memang kami boleh jadi gila betul kot .. Call mak ayah kami jap ... :'( . " 

So , balik rumah , Ify pun cerita kat Umi pasal tu .

" Umi .. Alang tak larat sangat balik lewat . Letih . Ada ker patut , budak-budak tu kata Alang ni orang gila ? Orang pakai comel-comel , dikatakan orang gila ... :'( . " 

Umi tak jawab apa-apa . Tapi , Umi tak boleh berhenti gelakkan Ify . Huhu ... 


Gambar Cutey tak berapa jelas pulak . Tapi takpa larh . Asalkan boleh nampak jisim-jisim dalam gambar ni , dah cukup :) . Esok , Ify akan bertolak ke 'Negeri Penyu' . Negeri mana lagi kalau bukan Negeri Terengganu . Nak hantar kakak pegi balik UnisZa .

*Sila Balik Cepat-Cepat Sikit*

Huhu ... Ify takda larh sekejam tu :3 . Actually , hari tu dah menangis sebab sedih kakak dah nak balik sana . Aishh ... Malu kat orang larh mengaku macam ni -.- . So , lepas ni , Ify akan sunyi balik larh . Takda lagi orang nak menjerit , marah pagi-pagi , tarik rambut untuk gerakkan Ify dari tidur -.- , cubit Ify sebab nak lepaskan geram , tonton cerita Korea sampai Ify pun tak boleh tidur , dan lain-lain . Huhu ... Esok , Cutey pulak akan dihantar ke rumah mak sedara . Sementara nak pegi Terengganu tu , elok larh Cutey duduk kat Sungai Petani tu dulu dengan buah hati dia :3 .

Okeh . Ify kena tidur dulu . Kalau tidak , esok bangun lewat larh -.- . Tata ~ :) .

p/s : Abaikan lagu background yang baru ditukar ni . Takda kena mengena antara hidup ataupun mati .

No comments:

Post a Comment