Thursday 7 March 2013

Hari Puteri Peringkat Sekolah :) .

Assalamualaikum .

Pada hari Selasa yang lepas , iaitu 5 March 2013 . Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) di sekolah Ify telah mengadakan Hari Puteri Peringkat Sekolah . Sebanyak tujuh acara telah dipertandingkan bagi lebih kurang 12 buah kumpulan . Acara-acara yang dipertandingkan adalah melukis di atas polistrin , lukisan abstrak , lukisan khat , gubahan bunga , gubahan kain perca , anyaman ketupat , serta membuat sandwich dan jus . Huishh ... Ayat mukadimah Ify mengalahkan pemberita tv haihh -.- . Ok , sambung . Then , ( ni masuk BI terus -.- ) Ify telah mendaftarkan diri dalam bahagian melukis lukisan abstrak . Satu kategori kena masuk dua orang wakil . Jadi , Ify letakkan nama Ify dan seorang partner bernama Siti Norbalkhis Binti Ramli .

Kitorang saling bantu membantu waktu melukis . Dan kumpulan kitorang larh yang paling sporting sepanjang pertandingan dijalankan . Orang lain dah boleh serius mula-mula lukis tu , kitorang masih boleh bersembang dan bergelak tawa sambil curi pandang lukisan kawan-kawan lain . Then , bila masa tinggal lagi 10 minit , baru larh kitorang kelam-kabut lukiskan lukisan yang entah apa maksudnya tu . Kitorang jugak selalu menukar-nukar kertas lukisan walaupun dah terlewat sebab Cik Balkhis tak tau macam mana nak lukis tiang lampu jalan dan bangku menggunakan berus . Tak apa , muafakat membawa berkat , kitorang pulak jadi serius :3 .


- Inilah lukisan Balkhis + Ify dari kumpulan 'Brightness Love of Islam' :3 - 


- Ini pandangan depan - 

Ok . Ify tau lukisan ini buruk berbanding lukisan kawan-kawan Ify yang lain . Jadi , mohon jangan kutuk . Kalau nak komen yang baik , silakan . Supaya Ify boleh perbaiki kelemahan yang tak dapat dikesan :) . 


- Ini lukisan kawan Ify yang bernama Muna Athirah Binti Nazri . Cantik kan ? :) -

Guru PPIM kata , kumpulan Ify banyak menang . Menang apa pun tak diberitahu lagi . Ahad ni baru akan di umum . Fuhh ... Sebagai seorang ketua kumpulan yang agak 'berani' kononnya seperti harimau , padahal sebenarnya 'pengecut' seperti tikus , Ify agak gementar untuk pegi ambik sijil-sijil wakil kumpulan Ify kat tapak perhimpunan tu Ahad ni . Uhuk uhuk , macam confident jer boleh menang -.- . Apapun , Ify dah tak tau nak tulis apa lagi . Ify postkan banyak gambar kat sini , biar larh gambar berbicara :) .




- Debaran nak mula bertanding - 


- Habis melukis , masa melukis tak boleh ambil gambar , kesuntukan masa . Gambar ni menunjukkan bahawa Ify telah melukis menggunakan 30 batang berus yang berlainan saiz dan beberapa batang lidi . -



- Melukis Lukisan Abstrak -


- Lukisan Khat -


- Gubahan Bunga -


- Gubahan Kain Perca -


- Membuat Sandwich dan Jus -


- Anyaman Ketupat - 

Harap maaf , sebab gambar tak jelas . Maklumlah , ambik gambar guna tablet jer . Kamera dah tak ada -.- . Gambar bagi 'lukisan atas polistrin' tak sempat ambik . Ok , seterusnya : 




- Wajah-wajah ceria lepas habis pertandingan - 

Ok . That's all ^_^ . Doakan Ify supaya boleh masuk dalam tiga kedudukan terbaik daripada 12 buah kumpulan . Next week , Ify akan busy sikit . Busy sebab masuk bahagian Protokol untuk Majlis Ihtifal sambil nak study dan hafal speech untuk bertanding nanti -.- . Tapi , kalau ada kesempatan , Insya-Allah , Ify akan post lukisan-lukisan abstrak yang Ify dah lukiskan . Ok , out dulu :) . 

No comments:

Post a Comment