Thursday 25 October 2012

Pengalaman SMRA , Tension Tau !

Assalamualaikum .

Hari ni Ify tamat exam SMRA . Keluar dewan tadi,sedih semacam jer . Touching larh kononnya . Touching bukan sebab seronok habis SMRA . Tapi tension bila keluar dewan tu baru sedar yang paper English Language tak jawab satu soalan . Bila keluar dewan situasi ketensionan bermula bila Ify mula teliti balik paper English yang ada kat tangan Ify . Soalan ke 16 tu,Ify dah tulis . Tapi sebab salah,Ify padam balik dan tertinggal soalan tu . Boleh bayangkan betapa peritnya otak ni bila tiba-tiba rasa tension menyedari hal tersebut !


Bila Ify bagitau kat kawan,dia kata macam ni .

" Berapa soalan tertinggal ? "

" Satu ... "

" Alahai ... Satu markah saja pun ... "

Satu saja ?!! Tau tak ? Satu markah tu boleh selamatkan seseorang dari fail ?!! Contohnya,katakanlah Ify dapat 84 . Satu saja lagi nak masuk 85 . Dan satu markah tu adalah markah yang Ify tertinggal tu . Tak ke rugi namanya tu ?!! :'(

Sebenarnya,sebelum tu pun dah tension . Tau kenapa ? Sebab Ify duduk depan dalam dewan SMRA yang luas tu . Nombor angka giliran R008/070/2012 . Boleh bayangkan tak ? Ify duduk depan tapi terpaksa menunggu hampir 35 minit untuk ambil kertas kosong dari pengawas yang bertugas ! Kejam tak ? Huhu . Membuang masa namanya tau ! Angkat tangan pun diorang tak nampak . Apakan daya,Ify hanya memiliki ketinggian dalam 158 sentimeter sahaja berbanding diorang yang memiliki ketinggian mungkin dalam 170 sentimeter . Orang pendek ni memang selalu terabai ! :'( 

Sepanjang examination berlangsung,setiap hari perkara yang sama terjadi . Sampaikan setiap kali ada pengawas yang berjaya dipanggil oleh Ify ( selalunya pengawas yang sama ) datang untuk bagi kertas,Ify akan kata kat dia " Mintak dua kertas boleh ? :'D " dengan muka penuh kesedihan dan kekecewaan ! Lepas tu,diorang akan senyum kepada Ify . Urm ... Senyum makna apa larh agaknya tu ? 

Bertambah ketensionan dengan kepala yang sakit sebab tak mampu ingat apa yang dah dihafal . Yeahh ... Agak bengang di situ ya ... Mula-mula masuk dewan,Ify memang semangat . Belum disuruh pengawas,semuanya dah tersedia ! :D . IC ? Ada ! Pen ? Ada ! Urm ... Semuanya ada ! :D . Tiga puluh minit yang pertama merupakan saat paling manis sebab boleh tulis semuanya yang dihafal ibarat copy paste . Lepas dari tu,berlaku larh siptom-siptom 'penyakit lupa' seperti yang berikut :

 1. Sakit kepala . Rasa macam kepala kita ditebuk dengan kapak,then ada orang sedut otak kita keluar guna straw . Tau tak ? Rasanya macam bakal dimumiakan seperti hidup dalam Tamadun Mesir Purba !

2. Loya tekak . Pernah minum tak air susu yang dah basi selama seminggu ? Mesti rasa loya tekak dan boleh muntah hijau secara automatik kan ? Yes ! Macam itu larh rasanya bila lupa apa yang Ify hafal ! -.-

3. Lemah badan . Masa ni,secara automatiknya kepala akan diletakkan di atas meja dan mata tertutup rapat . That's mean sleepy ! Ngee .... :D .

4. Kegiatan melukis dimulakan . Bila dah tak ingat apa yang dihafal tu,mula larh timbul macam-macam idea untuk menghabiskan masa yang ada sambil cuba-cuba ingat balik apa yang dihafal tu . Melukis ada larh salah satu aktiviti yang dilakukan . Dengan menggunakan otak terlebih kreatif yang ada,pensil pun dilayarkan ke atas kertas soalan dan Spongebob Squarepants ada larh modelnya ! :D

Haha :D . Ada sekali tu masa exam paper Insyak Mutholaah,Ify habis jawab awal . Ada masa lebih kurang 1 jam 15 minit saja lagi untuk Ify boleh keluar dari dewan . Jadi,Ify letakkan kepala dan tertidur . Bila bangun,muka merah dan penuh dengan kesan tidur . Apa lagi,malu tak kira larh cover muka ni :3

Kesimpulannya,menghafal larh dari awal bila dah sedar kita nak exam . Jangan jadi macam Ify yang careless . Huhu . Bagi yang bakal exam lepas ni,please take a note ok ? :D . Ify nak fokus untuk SPM pulak larh lepas ni ! All the best ! Haha :D

No comments:

Post a Comment