Wednesday 31 October 2012

Proverbs - Let Bygones Be Bygones

Assalamualaikum .


Takdir . Merupakan suatu perkataan yang tak asing lagi dalm kehidupan seharian kita . Apa yang telah berlaku , semuanya ada larh takdir . Dalam Islam , sesiapa yang tak percaya dengan takdir , maka dia tak percaya dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T . Takdir juga larh yang akan membuatkan kita sedar bahawa , hidup tak selalunya indah seperti yg diharapkan :) .

Macam peribahasa Bahasa Inggeris , ' Let bygones be bygones ' . Pernah dengar tak ? Mesti pernah kan ? Bohong larh kalau kata tak pernah . Ok , jangan marah sebab Ify kata korang bohong . Ngee ... :3 . Peribahasa ni jarang didengari sebenarnya . Peribahasa ni bermaksud , biarkan segala yang lepas tu , lepas . Faham tak ? Ya larh , benda dah berlaku , buat apa fikirkan lagi kan ? Tapi , hakikatnya susah bagi manusia untuk melupakan apa yang dah berlaku dalam hidup kita . Tambahan pulak , kalau perkara yang dah berlaku tu merupakan perkara yang sulit untuk diterima akal . Betul tak ni ? :) .

Sejak kebelakangan ni , banyak benda yang jadi dalam hidup Ify . Bila difikirkan balik , memang teruk jugak larh hidup Ify sekarang . Tapi , macam proverbs tu kata 'let bygones be bygones' . Ify banyak kecik hati dengan macam-macam orang sejak kebelakangan ni . Tapi , proverbs tu meruntuhkan kemarahan Ify sikit demi sikit . Ify ada satu sikap . Jujurnya , bila Ify marah pada seseorang sebab satu perkara , Ify takkan bagi apa-apa respon pada dia sampai larh Ify boleh hilangkan rasa marah tu . Bukan sebab Ify jahat . Tapi , sebab Ify tak nak Ify salah membuat keputusan kalau membuat keputusan dalam keadaan marah dengan perkara-perkara yang tak relevan .

Cukup dengan menyebut perkataan ' maaf ' , boleh membuatkan hati seseorang tu jadi lembut . Nobody perfect . Terima larh kelemahan manusia seadanya . Biarkan perkara yang dah lepas tu , berlalu dengan tenang . Jangan pulak jadikan masalah yang lepas sebagai punca kepada masalah yang akan datang . 

" Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan dia yang mengubahnya sendiri . "

 Kalau kita selalu biarkan rasa marah menguasai diri , jadi agaknya bila kita akan ada kemajuan dalam diri untuk terus berjaya dalam perhubungan ?

Kesimpulannya :

Berubah . Itu lebih baik :) . Apa yang telah berlaku , semuanya telah tertulis sebagai takdir buat kita untuk kita belajar dari kesilapan lampau . Bagi Ify , apa yang penting ada larh usaha untuk mencuba menerima hakikat bahawa , yang tertulis itu larh sebenarnya yang terbaik buat kita . Jodoh , pertemuan , ajal dan lain-lain . Semuanya telah Allah tetapkan di Lauh Mahfuz . Apa yang penting ada larh doa . Sesuatu perhubungan tu takkan kekal tanpa wujudnya kejujuran , keikhlasan , dan kesabaran . Please take a note ! :3

No comments:

Post a Comment