Friday 2 November 2012

Fact : What The Meaning Of a Love ?

Assalamualaikum .


Love ? Benda apa larh agaknya tu ? Sejenis kuih ? Minuman ? Hi , takkan tak tau kot ...? Ify rasa , kalau sebut bab love , love ni ramai mula seronok tak kira . Mula buka buku cerita cinta sampai 300 muka surat ! Haih -.- . Tu belum kira lagi yang putus cinta . Mula larh update status dekat fb " Aku cinta dia lagi ... " . Aww :3 . Meremang bulu roma kan ?

Love atau Cinta dalam versi Melayu . Apa sebenarnya makna cinta dalam kalangan manusia ? Sesetengah orang bersetuju bahawa cinta merupakan suatu subjektif yang mana hidupan ada larh objektifnya . Kadang-kadang , cinta ditunjukkan melalui cara yang salah , dan ada juga yang mengikuti cara yang sebenar . 

" Cinta merupakan suatu anugerah buat mereka yang ingin hidup dalam kebahagiaan ... "

Adoi . Susah untuk cerita pasal cinta ni sebenarnya -.- . Tak ada pengalaman , mungkin larh :3 . 

Why human need love in their life ?

Manusia mula dicipta dan ditiupkan roh dari alam rahim lagi . Dan sebelum manusia dicipta lagi , sebenarnya cinta dah diperlukan . Dan membesarkan manusia jugak memerlukan cinta dan kasih sayang . Kalau tak ada cinta dan kasih sayang , mesti manusia akan bunuh anak sendiri macam yang dah selalu berlaku sekarang ni kan ? Cinta yang sebenarnya ditakrifkan sebagai cinta seorang hamba kepada Tuhannya . Kalau dah cinta kepada Allah S.W.T pun dah tewas , tak malu ker untuk menuntut cinta daripada hamba-Nya ? Malu larh sikit . Yang menciptakan cinta tu ada larh Allah S.W.T , bukannya diri kita sendiri :) .

Kadang-kadang , manusia silap menilai cinta dan lebih menakrifkannya ke arah nafsu . Dan sebab itu larh , terjadinya perkara-perkara yang tak sepatutnya terjadi macam yang selalu berlaku sekarang ni . Contohnya remaja berumur 14 tahun buang anak . Pelik kan ? Herm .. Ataupun , lebih baik tak payah fikir tentang cinta . Sebab cinta ni , selalunya bila kita tak minta pun akan datang sendiri . Trust me :) .

Kadang-kadang hairan jugak dengan kawan-kawan Ify . Bila diorang tengok kita berkawan dengan sapa-sapa pun , diorang akan buat andaian dan fitnah macam-macam . Ehem ! Kawan ker lawan namanya tu ? Tak suka , tak suka . Ok ? :3 . That's all . Peringatannya , kalau rasa 'korang' tak boleh hidup tanpa cinta sehingga selalu memikirkan tentang cinta sampai menyamakan seseorang tu dengan seseorang yang lain , 'korang' kena fikir lebih banyak coz sebenarnya 'korang' dah buat silap besar tu ! Jangan sesekali samakan Ify dengan 'korang' coz Ify bukannya seorang yang tak boleh hidup tanpa cinta . Please take a note , again and again ! :D

No comments:

Post a Comment