Thursday 21 February 2013

Hari-Hari Yang Meletihkan - Rungutan Semasa -.- .

Assalamualaikum .

Minggu ni , Ify agak busy . Bukan agak , tapi memang BETUL busy larh ! -.- . First , mula dari hari Ahad . Ify kena pegi appoiment ke doktor pasal tak sihat sikit larh kan . Kalau sihat , mungkin pegi jumpa doktor tu sekadar untuk menemuramah beliau agaknya -.- . Pagi tu , Ify datang sekolah dulu coz nak bagi bahan presentation kat kawan . Then , bagi baju-baju untuk budak rumah terbakar , pastu pegi pejabat untuk buat surat sekolah . Masa pegi jumpa doktor tu pun , ada berlaku insiden yang memalukan , tak boleh cerita kat sini . Haihh -.- . Letih sangat letih . 


Hari Isnin , hari yang ok . Tapi sampai tengah hari jer dah stress . Tau kenapa ? Sebab , Ify terserempak dengan guru yang bertugas minggu ni . Then , Ify nampak ada dua orang pengawas tengah tunjuk buku yang tertulis nama pelajar-pelajar lewat ke sekolah pada guru tu . Ify pun saja larh menyibuk nak menyelit . Sekali , Ify nampak ada nama Ify kat situ . Ify pun terfikir larh : Ehh ? Hari ni aku tak datang lewat rasanya . So , Ify pun tengok tarikh . Tertera tarikh 17 Februari 2013 , tarikh yang Ify ada appoinment semalam tu larh . Ify pun tak puas hati larh . Ehh .. Diorang ni apsal ?!! . Then , Ify pun kata larh :

" Ni , kenapa ada nama kami ? " 

" Hampa datang lewat . "

" Tapi , kami bukannya datang sekolah pun . Memang guru kelas yang bagi cuti sehari , jumpa doktor . Kenapa tulis nama kami ? " 

" Dah hampa datang sekolah . "

" Kami datang sebab nak bagi bahan presentation kat kawan larh ! "

" Tak tau , tak tau . " ( sambil berlalu pergi )

Nak tau tak ? Betapa sakit hatinya Ify waktu tu . Dia boleh pegi dengan muka tak bersalah macam tu jer . Ni kalau boleh saman , memang nak saman ni ! Adess , sakit hati -.- . Lepas tu mula larh keluar macam-macam . Pengawas tak adil larh , sila buang pengawas tersebut larh , nak tikam-tikam pengawas tu larh . Semuanya ada . Tapi tu semua dalam hati jer larh . Lepas agak boleh kawal perasaan sikit , Ify tarik nafas dalam-dalam dan lepas , then tak pandang dah muka pengawas tu . Bukan apa , cuma tak nak perasaan marah datang balik jer -.- . Bertambah stress pulak , asalnya ada latihan bola jaring , sesenang hati jer diorang batalkan .  Jadi , terpaksa larh Ify tunggu sampai pukul 6.30 kat sekolah . Nasib ada kawan baik hati bawak pegi tonton perlawanan badminton . Kalau tak , memang stress bertambah larh -.- .

Seterusnya , hari Selasa . Yang ni pun stress jugak . Dah semalam latihan dibatalkan , Ify tanya bila pulak akan ada latihan , diorang jawab tak tau . Tapi bila datang sekolah hari Selasa ni , boleh pulak dengan muka slamber diorang kata ada latihan , tapi kalau ada kumpulan lain main , batal balik . Ehh .. main-main pulak ekk .. Awak , sedar larh sikit , saya ni rumah jauh , bukannya dekat . Nak main batal-batal suka hati ni ! -.- . Then , terpaksa larh Ify call umi dan minta tolong bawakan baju sukan . Kesian umi , penat datang sekolah semata-mata nak hantar baju , dah larh tak sihat .. Hurm :( .


Hari Rabu , stress pasal ada perlawanan bola jaring antara kumpulan . Memang letih larh seminggu ni masa lebih banyak dihabiskan di sekolah . Then , lawan tu , kumpulan Ify - Khawarizmi - dan satu lagi kumpulan - Farabi - menang . Ingatkan dah menang tu , tak payah larh sesak kepala fikir pasal sukan lagi lepas ni . Tapi tiba-tiba jer ada sorang cikgu ni protes pasal kumpulan dia tak menang , then dia suruh lawan balik . Ramai yang tak setuju ( termasuk Ify larh ) coz menyusahkan pelajar . Dah larh yang nak dilawan tu pun kumpulan terer-terer belaka . Bukannya senang nak menang tu . Ingat main bola jaring macam makan ais krim ker ? -.- .  Arghh .. stress ..! -.- .

Hari ni hari Khamis , takda rasa stress . Malah terlebih bahagia kesan stress tu . Arghh ..! -.- . Dah larh Ify tak cukup tidur . Letih tau letih ? Semalam dalam pukul 9.15 malam tu , ingat nak tidur sekejap larh , then nak seterika baju . Then , Ify tidur dan terjaga dalam pukul 12 tengah malam . Ingat nak bangun seterika baju larh ni . Sekali angkat kepala , tetiba rasa sakit dalam telinga kanan , sampai ke otak terasa ! Mula-mula boleh tahan lagi . Makin lama , makin sakit sampai rasa macam kena migrain . Lagi teruk dari migrain . Rasa macam nak rebah jer berdiri , tetap cuba jugak berdiri dan pegi ke bilik umi . Sambil menangis , Ify kejutkan umi .

" Umi .. telinga Alang sakit sangat ni .. :'( "

" Kenapa ? "

" Tak tau . Sakit ..! :'( "

" Sini umi tengokkan . " ( sambil pegang lampu suluh )

" Umi , sakit ..! :'( "

" Alang tutup larh telinga belah kiri tu , tutup hidung , tutup mulut . Bernafas sikit-sikit jer ! "

Fuhh .. Dah larh tengah selsema . Tetiba kena tutup hidung dan mulut . Menangis macam budak kecik larh semalam .. Kena marah dengan umi pulak tu sebab menangis .. Huhu .. Then , lepas hampir setengah jam ..

" Haa .. tu .. keluar dah .. " (sambil pegang telinga Ify)'

" Apa tu ..? Sakit .. :'( "

" Ni , semut jer pun . Menangis macam budak kecik ! "

" Umi .. uwaa ... semut besar ni .. " (sambil memegang semut sebesar lubang jarum) -.- .


- Ni semut gataii -.- -

Malam tu , telinga sakit . Berdarah habis telinga . Mungkin sebab semut tu gigit kot . Mengganggu tidur orang betul larh semut ni -.- . Lastly , Ify tertidur dengan umi sebab terlampau sakit kepala dan terlupa nak seterika baju . Abah pulak , masuk bilik tengok ada Ify tengah tidur . Terpaksa larh Abah tidur kat ruang tamu dengan adik-adik Ify . Hehe .. maaf yer Abah ~ :3 .

Tu larh al-kisahnya . Hari tu , ada jugak keychain kesayangan Ify hilang . Kalau keychain biasa tak kisah sangat . Tapi ni keychain Abah bagi , simpan dua tahun dah . Ify syak keychain tu hilang masa Ify naik motor dengan kawan hari tu . Jadi , Ify pun upah larh dia dua ringgit dan minta dia temankan Ify pegi cari keychain tu sepanjang perjalanan . So sad .. tak jumpa :( . Tapi , yang kelakarnya , balik rumah rupa-rupanya keychain tu ada bawah kuisyen dalam kereta Abah . Haha .. :P .

Sekarang tengah busy study , exam makin dekat . Di samping berlatih buat lukisan abstrak . Bakal bertanding dalam pertandingan melukis lukisan abstrak bagi PPIM dua minggu lagi . Hehe .. Doa-doakan yer .. :) .

No comments:

Post a Comment