Sunday 27 January 2013

Aku Ingin Menjadi Orang Yang Berjaya ! - Part 1

Assalamualaikum .

Definisi kejayaan yang Ify cuba untuk maksudkan di sini ada banyak cabang . Tapi semuanya Ify simpulkan dalam satu perkataan , iaitu kejayaan . Kalau tanya orang lain , semua orang nak berjaya kan ? Tapi berjaya yang Ify nak ceritakan sekarang adalah berjaya yang berbagai . Setiap orang ada pasang impian masing-masing dari kecil . Tak kiralah apapun . Selagi mana sesuatu perkara tu diidamkan untuk dicapai , ia tetap diklasifikasikan sebagai impian . Samalah macam Ify , nak berjaya bukan hanya di dunia , malah di akhirat jugak .


Waktu Ify menghafal Al-Quran kat Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Hilmiah dulu , Ify suka perhatikan kakak Ify tulis cerpen dalam satu buku log kecil . Best sangat ! :D . Then , satu hari Ify curi-curi baca buku tu . Rupa-rupanya kakak Ify yang nama Farah Hani tu ada tulis satu novel yang sangat-sangat menarik . Tapi sebab pindah sekolah lepas tu , dia dah tak sambung tulis novel tu , walaupun Ify mintak dia habiskan penulisan dia . Sejak dari tu , Ify selalu cuba untuk belajar tulis novel atas minat tengok kakak yang suka tulis novel . Mula-mula tu , memang buruk sangatlah bahasa yang Ify gunakan dalam novel Ify tu . Lama lepas tu , Ify dapat habiskan satu novel pendek bertajuk : Suka Duka Dalam Hidupku : Kisah Puteri 1 . Hehe .. Novel budak-budak larh katakan .. Sayangnya , disebabkan banyak permintaan dari kawan-kawan yang nak baca , novel tu hilang macam tu saja kat asrama :( .

Btw , walaupun Ify putus asa sekejap lepas tu , Ify tak mengalah . Ify berhenti sekejap dalam bidang penulisan ni . Dan Ify mula belajar Bahasa Jepun : Hiragana dan Katakana mula dari Ify Form 2 . Masa first Ify belajar tu , kakak Ify ada kata ..

" Alang belajar pulun sekarang saja . Nanti hilang jugak minat tu . "

So , Ify ambik kata-kata kakak Ify tu sebagai satu cabaran . Ify still belajar Bahasa Jepun walaupun busy dengan subjek-subjek PMR dan SPM . Hasilnya , walaupun Ify tak cekap lagi berbahasa Jepun , Ify tetap mampu memahami bila dengar warganegara Jepun bersembang sesama diorang bila Ify pegi jalan-jalan kat mana-mana kawasan pelancongan , walaupun cuma sikit-sikit :) .

Setahun lepas tu , Ify mula balik menceburi bidang penulisan dengan mula menulis jurnal . Best .. Tapi Ify ni jenis menulis atas sebab minat saja-saja , bukan sebab nak duit . Jadi , bila umi abah nak hantar novel Ify pegi kat syarikat penerbitan , Ify jadi macam malas pulak nak menulis .. Hihi .. :3 . Cikgu-cikgu kata , Ify boleh terus maju dalam bidang penulisan . Jadi , Ify cuba tajamkan skill penulisan Ify dengan cara Ify berblogging dan menulis cerpen . Btw , Ify pun tak sangka sebenarnya .. Ify sebenarnya berblogging atas sebab nak tajamkan kemahiran dan saja-saja nak berseronok cari pengetahuan . Tak sangka pulak yang blog bersawang Ify yang 'Wanie_96' tu ada ramai kawan-kawan yang jenguk . Bukan saja kawan-kawan yang dikenali atau tak dikenali . Bahkan , cikgu Ify pun selalu bukak blog Ify ! Alahai ~ :3 . Then , adalah yang mintak Ify update banyak-banyak entri lagi coz diorang nak baca . Wahh .. Malu saya tau ! Btw , thanks .. :3 .

Last year , Ify boring-boring . Jadi , Ify log in Facebook account . Log in saja , tak chat pun . Saja seronok-seronok . Then , Ify bukak Microsoft Word dan mula menulis sinopsis cerita .


Taraa ...! Ni larh sebahagian dari sinopsis tu ! :D . Tak nampak kan ? Memang tak nak bagi nampak pun ! Nanti tak suprise larh ! :P 

Jadi , lepas Ify dah mampu fikirkan pendahuluan , isi , dan penutup novel tu . Maka , Ify pun mula larh menulis dengan lafaz 'Bismillahirrahmanirrahim' .. :) . Ramai sebenarnya manusia-manusia yang mempertikaikan kebolehan Ify membahagikan masa . Maklumlah , Ify kan bakal menghadapi peperiksaan SPM hujung tahun ni .Tapi , akan cuba jugak buktikan kat semua orang yang impian Ify bukan sekadar angan-angan , tapi satu keazaman yang bakal dibuktikan .

Baru-baru ni , Ify dapat result peperiksaan SMRA yang Ify stress sangat tahun lepas tu . Hehe .. Alhamdulillah , subjek Bahasa Melayu , cikgu ucapkan tahniah coz dapat 90% , paling tinggi antara semua calon . Kawan kata :

" Tahniah ! Chewah .. bangga larh tu ! "

Bangga ? Ify jawab balik . Ify kata , tak rasa bangga pun , tapi nak tergelak golek . Bila diorang tanya kenapa , Ify kata :

" Hurm .. Kami orang Melayu sebenarnya . Jadi janganlah ucap tahniah , sebab benda tu bukan perkara luar biasa pun . Malu larh .. Huhu .. "

Tapi kat sini bukannya Ify nak bagitau pasal markah Bahasa Melayu tu . Ify cuma nak bagitau yang Ify rasa puas dengan usaha Ify selama hari ni . Tak sia-sia Ify berblogging dan tulis novel :D . Bertambah seronok , bila abah tawarkan pada Ify untuk bagi novel yang Ify tengah tulis tu pada kawan abah untuk diterbitkan memandangkan kawan abah tu seorang penerbit buku-buku best . Impian Ify bakal jadi kenyataan ! Insya-Allah .. Lepas SPM ni , Ify nak masuk tahfiz balik buat sementara waktu . Then , Ify nak study dalam bidang penulisan + fotografi :D . Ada kawan kata , mustahil nak study dalam dua-dua bidang sekaligus . Ehem2 , siapa kata mustahil ? Tak mustahil .. Tau kenapa Ify kata tak mustahil ? Sebab .. dulu Ify pun fikir mustahil untuk Ify capai impian untuk novel Ify diterbitkan , di samping belajar Bahasa Jepun dalam keadaan Ify ni seorang student biasa . Tapi , Ify buang perkataan 'mustahil' tu ke tepi , dan Ify dah hampir temui kejayaan yang dikatakan mustahil oleh hampir semua kawan-kawan :) .


Ify sangat suka dengar ceramah motivasi , tapi Ify tak selalu akan ikut strategi yang diorang bagi . Nak tau kenapa ? Sebab , cara pemahaman dan pemikiran setiap individu adalah berbeza . Bagi Ify , kalau motivator tu bagi strategi dan suruh ikut cara dia , Ify lebih suka guna cara sendiri yang menyeronokkan , relaks , dan mudah difahami . 

Siapa yang merangsang diri Ify untuk cuba mencapai kejayaan ? 

Diri sendiri sebenarnya :) . Bila Ify duduk seorang diri , Ify suka berfikir . Diam Ify adalah diam dan berfikir . Ify akan fikir betapa banyaknya masa yang Ify buang selama hari ni . Ify akan fikir pasal umi abah yang susah payah cari duit untuk bagi Ify study macam kawan-kawan lain .  Ify akan ingat wajah sedih umi abah yang akan kecewa kalau Ify gagal dan Ify akan menangis . Orang kata , menangis tu lemah . Tapi bagi Ify , tangisan tu larh sebenarnya penambah semangat . Dengan orang ramai yang pandang rendah dengan kebolehan Ify , membuatkan Ify bertambah-tambah nak dapatkan yang terbaik . Perangsang yang utama adalah bila Ify fikir ..

" Kalau kakak aku boleh dapat 9A 1B dalam peperiksaan SPM , kenapa pulak aku tak boleh nak dapatkan 10A ? Aku mesti cuba ! "

Kesimpulan di sini , kita takkan menemui sesuatu kejayaan dengan hanya sekali usaha . Kejayaan hanya akan menemui orang yang berusaha berkali-kali , bukan hanya dengan sekali usaha tapi dah mengalah . Jatuh dan rebah merupakan perkara yang seharusnya kita lalui sebelum kita boleh menemui kejayaan ...

Next entry , coming soon :) . 

No comments:

Post a Comment