Friday 8 February 2013

Aku Ingin Menjadi Orang Yang Berjaya ! - Part 2

Assalamualaikum .

Ni merupakan entri sambungan 'Aku Ingin Menjadi Orang Yang Berjaya ! - Part 1' . Dah lama nak sambung , tapi baru dapat idea hari ni . Muehehe :3 . Tadi , tengah belajar tetiba cikgu sebut bab cita-cita . Even waktu tu Ify tak berapa nak larat coz of something , Ify dapat jugak larh dengar sikit-sikit . Rupa-rupanya ramai kawan-kawan yang masih tak ada cita-cita macam Ify . Tak tau hala tuju masa depan . Huhu .. Jadi , cikgu pun bagi macam-macam cara macam mana nak jadi itu larh , ini larh . Hurm -.- .


" Hidup ini ibarat meniti seutas tali . Kadangkala kita jatuh dan terluka . Itulah yang kita rasai saat ini .    -Pujangga-    "

Macam Ify pernah katakan sebelum ni , kejayaan takkan datang hanya dengan sekali usaha . Umpama kita bermain bola . Semata-mata untuk dapatkan satu jaringan gol , mungkin kita akan terjatuh , rebah , terluka . Tapi bila kita berjaya jaringkan walaupun hanya satu gol , senyuman manis akan terukir di wajah :) .

Kata orang , untuk berjaya di dunia mahupun di akhirat , kita mesti ada matlamat sendiri . Contohnya , kalau kita nak berjaya di dunia . Matlamat kita mungkin sebab kita nak bahagiakan ibu bapa kita atau lain-lain kan ? Kalau nak berjaya di akhirat , matlamat kita mungkin sebab nak capai redha Allah S.W.T ataupun sebab nak masuk syurga .

Tapi , hakikatnya manusia ni pelik . Pelik sebab banyak berwawasan tinggi , tapi usaha tak berapa tinggi . Katanya megah , nak jadi doktor , nak hidup senang besar nanti . Tapi , sekolah pun jarang datang , kononya sebab sakit . Walhal cikgu sendiri ternampak dia di depan panggung wayang . Katanya mahu berjaya di akhirat kelak , nak masuk syurga . Tapi ? Solat pun kadang-kadang , aurat ditutup jarang-jarang . Bila ditegur , jawabnya " nobody perfect , beb ! " . Beb ? Aiyyak -.- .

" Wahai sahabat , katanya mahu berjaya , tapi kenapa buku malas baca ? Aurat pun terdedah , solat pun ambil mudah . Kenapa ? "

Bila ditegur , dia mengeluh . Bila diajak solat , dia bertangguh . Pelik , kan manusia ? Bila dikaji , rupa-rupanya manusia ni kebanyakannya memang suka buat 'harapan kosong' . Owh .. sedih betul :'( . Kadang-kadang , ada yang betul nak berjaya , tapi tak berkemampuan untuk ke sekolah macam manusia lain .

Tak tuju kepada orang lain , tapi diri sendiri jugak . Sekadar entri pendek penuh makna . Jom , muhasabah diri dan berubah ! Bukan untuk seketika , tapi selamanya ! :'D .

No comments:

Post a Comment