Tuesday 30 April 2013

Perkara-Perkara Annoying Dalam Hidup .

Assalamualaikum .


Sebelum baca entri ni sepenuhnya , sila layan video Iman Syippo dulu :3 .

Ok . Dah selesai ? So , bermulalah entri 'melepaskan tension' ini :) . Sebelum tu , nak bagi mukaddimah sikit :3 . Actually , Ify tengah tension tahap meletup dah ni . Sebabnya , sejak kebelakangan ni Ify tak boleh tidur . Dan itu dah membuatkan Ify selalu sakit kepala dalam kelas . Kemudian , cermin mata tak ada nak belajar -.- . Seterusnya , paling stress sekali adalah sebab tadi Ify terserempak dengan satu 'makhluk Allah' . Then , berlakulah suatu perbualan yang sangat menyakitkan hati dan Ify terus pegi ke kelas 'someone' . Btw , kat situ pun , agak menyakitkan hati jugak . Malas cerita -.- . Then , Ify tengok video Iman Syippo ni . Walaupun dia muda dari Ify , tapi terus-terang Ify katakan , tengok video dia waktu stress memang boleh menghilangkan stress -.- . So , entri ni bukanlah bertujuan untuk meniru beliau . Tapi sekadar nak melepaskan stress seperti beliau -.- .

1. Kawan-kawan suka main kepala .

Ini memang betul-betul annoying -.- . Ada ker patut ? Tengah seronok belajar , buat kerja sekolah , tiba-tiba jer diorang datang ketuk kepala . Ayat dah lembut , " Hai , Farah " . Tapi perlukah kepala diketuk ? Bertambah annoying , bila mana tengah kita berdiri dan bersembang dengan kawan-kawan , tiba-tiba jer akan ada manusia datang dan tampar pung**ng kita -.- . Ada ker patut ? Masya-Allah ... Kita yang jadi mangsa ni , senyap jer larh tahan marah . Apa yang nak dikata lagi kan ? -.- .

2. Adik-adik masuk bilik sesuka hati .

Lebih kurang dengan Iman Syippo . Cuma , dia tak suka kalau orang tak tutup pintu bilik , sedangkan Ify tak suka adik-adik masuk bilik tak kira waktu ! -.- . Bayangkan , tengah kita dah nak tidur diulit mimpi , tetiba jer boleh pulak adik-adik masuk dan duduk atas katil untuk ajak bermain dengan alasan tak boleh tidur . Apakah ? -.- . Dahlah kita ni tidur buas macam buaya bergolek dalam sungai , diorang boleh masuk sesuka hati pulak -.- . Kadang-kadang , bila buka mata pun , dah boleh nampak muka diorang ada kat sebelah tengah buat 'senyum kambing' . Arghh .....! -.- . Betapa Ify tak sukanya setiap kali insiden ini berlaku , sampaikan setiap kali adik-adik Ify masuk bilik , Ify akan cepat-cepat berangan yang Ify akan lekatkan adab-adab masuk bilik orang lain kat depan pintu besar-besar . Susahlah kalau setiap masa Ify kena kunci pintu bilik untuk menjaga maruah diri . Aishh -.- .



3. Kawan-kawan panggil bodoh , babi , etc .

Memanglah orang kata , "alarh , biasalah tu . Kawan-kawan nak bergurau". Tapi , Ify rasa gurauan tu agak kasar larh :( . Tambah pulak , yang bergurau tersebut terdiri dari kaum perempuan . Amat larh tak sopan untuk membenarkan perkataan-perkataan tersebut keluar dari mulut kita kan ? Dari kecil , Ify di didik supaya tak menyebut perkataan-perkataan tersebut walaupun perkataan 'mampus' dan 'babi' . Harus disebut 'khinzir' . Kalau sebut , Ify dan adik beradik yang lain akan disuap cili besar . Sebab tu larh , bila kawan-kawan sebut perkataan-perkataan tersebut pada Ify buat kali pertama , Ify agak terkejut dan terasa hati . Tapi bila dah selalu dengar , rasa annoying pulak -.- .

4. Kena tunggu Umi Abah ambik lewat dari sekolah .

Setiap kali tuisyen , kalau bagitau balik pukul 4.30 petang , paling lewat pun Abah akan datang ambik adalah dalam pukul 6.30 petang . Kadang-kadang , balik awal pun tetap kena tunggu lama , tak kira hujan atau panas . Tak salahkan Umi Abah larh kat sini . Cuma nak merungut sebab letih setiap hari balik lewat , tak ada masa nak ganti tidur yang tak cukup -.- . Tapi kadang-kadang tu salah Ify sendiri jugak . Kalau Ify rasa macam malas nak balik awal , Ify akan bagitau kat Umi untuk balik lewat . Contohnya , kalau ustazah kata balik pukul 4.30 petang , Ify akan lanjutkan waktu dan bagitau Umi untuk ambik Ify pada pukul 5.00 petang . So , bila balik lewat tu , memang tak boleh salahkan sapa-sapa dah larh , yer dop ? :3 .

5. Kepercayaan karut dan pelik oleh kawan-kawan .

Contohnya , Ify nak petik bunga dari satu pokok . Then , tetiba diorang akan marah Ify dan kata , "Hang mintak dak lagi nak ambik bunga tu ?" . So , Ify pun pelik . Mintak kat siapa ? Rupa-rupanya , diorang suruh mintak kat hantu yang kononnya jaga pokok tu -.- . Bayangkan , apapun yang Ify nak ambik , semuanya Ify nak kena mintak -.- . Sampaikan Ify terpaksa tanya balik kat diorang , "Hei , hampa yakin bunga ni milik siapa ? Makhluk halus atau kepunyaan Allah ? " . Tak faham betul larh -.- . Bertambah pening , bila ada yang pesan , jangan buat kerja-kerja yang terbalik . Kalau tak , nanti akan mengandung songsang -.- . Sampaikan Ify confuse , diorang ni tak percaya dengan kerja Tuhan ker ? Mana perginya iktikad diorang terhadap Allah S.W.T. ? 


6. Pertanyaan yang tak masuk akal .

Selalu sangat , kalau Ify balik lewat dan jalan-jalan kat kelas , mesti akan ada kawan yang menegur dengan ayat yang sama : " Hai , tak balik lagi ker ? " . Dan Ify pun dengan muka penuh annoying akan membalas : " Yer .. Balik dah larh ni ... " . Tapi itu dulu . Sekarang ni , kalau ada manusia yang tanyakan Ify soalan-soalan macam tu , Ify akan jawab 'ya' sahaja . Malas jawab panjang -.- . Ada ker patut ? Kita ada depan mata dia , tapi dia boleh tanya kita tak balik lagi ker ? -.- . Bertambah annoying dengan manusia-manusia yang dah nampak pintu tandas terkunci elok dari dalam , tapi diorang masih boleh ketuk pintu dan tanya : "Ada orang tak ? " . Itu dimaafkan lagi . Ada yang lebih teruk tanya : "Siapa dalam tandas ni ? Tengah buat apa ?" . What ? -.- . Perlukah anda mengambil tahu siapa yang ada di dalam tandas , dan apa yang sedang dilakukannya ? -.- . Kalau Ify , senang jer . Setiap kali ditanya soalan teruk yang macam tu , Ify akan balas : "Yer ... Ni hantu tengah tidur dalam tandas ni .." -.- .

7. Orang yang mintak tolong seperti sedang mengarah .

Nak mintak tolong , itu bagus . Yalarh , tolong-menolong kan amalan mulia . Masalahnya , cara dia mintak tolong tu . Contoh situasi , tengah tidur lena , tetiba jer dia datang : " Woi ! Bangun ! Tolong buat air kejap ! " . Ishh ... Orang-orang macam ni , memang dah tak lama jer nak makan penampar -.- . Kalau dalam kelas , pun ada kawan mintak tolong jugak . Tapi , ayatnya baik sikit : " Farah .. Mintak tolong boleh ...? " . Wahh ... Kita dengar pun , sejuk jer hati nak tolong :D . Then , lepas dia tengok kita anggukkan kepala , dia akan cakap : " Tolong buat kerja sekolah aku sat err .. Tolong tuliskan presentation sekali . Terima kasih , Farah .. Hang memang baik .. " . Cehh .. Ini semua ayat biasa Ify terima . Apakan daya , diriku dibuli . Kalau tak ikut , nanti kena marah -.- .

Ok . That's all . Sebenarnya ada banyak lagi perkara annoying dalam hidup yang Ify tak suka . Tapi ... Kalau terus menaip , nanti tak larat nak baca pulak . Atau mungkin ... Ify yang takkan larat nak menaip . Hehe .. :3 . Dah mengantuk larh :) . Selamat malam ^_^ .

No comments:

Post a Comment