Thursday 18 April 2013

Story Annoying Face -.- .

Assalamualaikum . 

Sekarang Ify busy , menghafal pidato Bahasa Arab yang tak terhafal . Entah larh kenapa . Walaupun Ify balik dari sekolah lewat setiap hari pukul 5 , dan tidur malam dalam pukul 4 , tapi Ify tetap tak boleh ingat teks pidato tersebut dengan lancar . Agak tertekan rasanya . Bertambah tertekan bila dimarahi kawan-kawan dan dikatakan 'menghafal main-main' :( .

Tapi , pidato bukanlah perkara yang nak diceritakan sekarang . Sebenarnya , Ify tengah tension sebab Ify dapat tau tentang 'something' . Dan Ify pun cuba untuk update entri kali ni untuk melepaskan tension , dengan cara menceritakan apa yang terjadi sejak kebelakangan ni .

Hari tu hujan lebat . Bila hujan lebat , maka suhu pun jadi sejuk . Kebetulan , waktu tu Ify demam . Jadi , Ify pergi ke sekolah dalam keadaan memakai 'sweater' untuk menstabilkan suhu badan .


Bila Ify masuk dalam kelas , kawan-kawan semuanya pandang Ify . Then , Ify pun buat tak tau sambil letakkan buku-buku teks bawah meja . Tiba-tiba , Ify baru perasan yang Ify dah tertinggal bekas air kat dalam kereta . Jadi , Ify pun merungut larh seorang diri .

" Alamak .. Macam mana boleh tertinggal bekas air dalam kereta ni ... "

Secara tiba-tiba , kawan Ify pun bersuara :

" Larh ... Hang mai sekolah naik kereta ? Kenapa pakai sweater ? " 

" Kenapa ? Salah ekk ..? "

" Tak larh , cuma pelik saja .. "

Then , Ify pun terfikir sesuatu . Dalam keadaan agak terbatuk-batuk , Ify pegi kat kawan Ify tu , dan Ify mula bersuara . 

" Tumpang tanya , kenapa pelik orang naik kereta pakai sweater ekk ..? "

" Tak tau . Tapi pelik larh . Selalunya orang naik motor saja yang pakai sweater . "

" Owh ... Jadi , sweater direka khas untuk orang yang bawak motor saja ekk ...? Orang yang sejuk tak boleh pakai sweater ekk ...? Owh ... Baru tau ... :) . "


Kemudian , kawan Ify tu terus tunduk senyum dan diam . Ehh ..? Salah ker apa yang Ify sebutkan tu ? O.o . Ify pun terus berlalu meninggalkan dia yang tersipu malu .

*******

Dah menjadi kebiasaan , Ify tak pakai cermin mata , dan Ify hanya akan menggunakan cermin mata bila nak membaca , menggunakan komputer , dan belajar . So , hari tu , sementara tunggu Umi datang ambik Ify kat sekolah , Ify pun tanggalkan cermin mata sebab sakit kepala . Ify pun mula larh menghafal teks pidato . Secara tiba-tiba , ada seorang rakan sekolah yang tua setahun dari Ify datang .

" Wow ! Ni hang yang pakai cermin mata tu ka ??? " 

Ify pun pandang dia dengan muka kehairanan . Dia ni kenapa ? Ify pun bangun untuk pegi ke tempat yang lebih 'selamat' memandangkan dia tu merupakan seorang budak lelaki . Tapi , tiba-tiba dia bercakap dengan nada yang kuat .

" Wahh ... Comel larh hang buang cermin mata ..! Meh aku nak tengok muka hang sikit . Pandang larh sini . Woi ..! " 

Kemudian , Ify terdengar dia bercakap dengan adik Ify .

" Weyh ! Boleh tak kalau aku nak mintak izin hang ? Aku nak mengorat kakak hang , boleh tak ? "


Lalu , Ify pun berlalu pergi dengan cepat sambil buat 'annoying face' . 

" Kenapa lelaki mesti tertarik pada perempuan yang comel saja ? Dan lagi , macam mana dia boleh tafsirkan yang aku ni comel ? Aku rasa , dia kena balik cuci mata kot ... -.- ." 

Ify berbisik dalam hati . 

*******


Semalam , Ify datang sekolah awal pagi dengan Umi . Belum sempat Ify sampai ke kelas , tiba-tiba ada dua orang kawan datang dekat Ify . 

" Farah , ada orang nak jumpa hang . "

" Sapa ? "

" Abang form 6 , nama (. . .) "

Then , Ify pun rasa agak pelik . Abang tu tak pernah bercakap dengan Ify pun , nama Ify pun dia tak tau . Kenapa tiba-tiba nak jumpa Ify pulak ? Ify pun rasa agak takut larh nak jumpa abang tu . Sebab Ify ingatkan Ify ada buat salah apa-apa dengan dia . Manalah tau , pegi kat dia nanti , tak pasal-pasal dia bagi penampar pulak kan ? Tapi , disebabkan bilangan kawan yang datang jumpa Ify dan bagitau perkara yang sama tu semakin bertambah , Ify pun cuba beranikan diri dan pegi jumpa dia . 

" Ya ...? "

" Farah ..? Ni , ustaz (...) suruh bagi . "

Ify agak terkejut . Dia hulurkan stokin . Ify pun ambik , tanpa sempat ucapkan terima kasih . Pelik , ustaz tu masih menuntut di Mesir . Macam mana ustaz boleh hadiahkan stokin tu ? Mungkin ustaz tu dah balik dari Mesir . Ify agak teruja . Memang Ify sangat-sangat berharap , Ify boleh jumpa dengan ustaz tu sebelum Ify keluar sekolah hujung tahun ni . Ustaz tu mula pegi Mesir waktu Ify form 1 . Tak sangka , ustaz tu masih ingat Ify dan kakak Ify .  So , Ify bagitau Umi . 

" Umi , ustaz (...) bagi 'toskin' . "

Ok . Perlu diterangkan di sini , bahawa Ify tak fasih dalam menyebut perkataan stokin . Hanya mampu mengeja . Tapi bila nak disebut , akan disebut sebagai 'toskin' , sebab lidah yang akan jadi berbelit sedikit bila menyebut perkataan asal . 

So , bila disebut macam tu , Umi pun kata :

" Toskin .. toskin ! Sampai bila Alang nak sebut macam tu ?? Nanti depan mak mertua Alang , Alang nak sebut macam tu ?? Toskin jugak ?? "

Ify pun menundukkan kepala , sedih bercampur malu :3 .

*******

Hari tu Ify pegi berlatih pidato dengan kakak senior . Macam yang Ify katakan , Ify susah untuk menghafal . Jadi , kakak tu pun cuba larh untuk bagi semangat pada Ify .

" Farah .. Farah kena menghafal lebih lagi . Farah boleh menang ni .. Farah baca pidato sedap dah , ok dah . Suara Farah pun sedap .. Farah tau tak ? Budak sekolah lain , ramai yang pandai pidato tapi suara tak sedap baca . Farah suara sedap , ada potensi untuk menang kalau hafal elok-elok .. "

" Pidato pun ada suara sedap ? Suara sedap tu macam mana ? "

" Macam Farah . "

Then , Ify pun speechless -.- .

*******


Semalam , Ify asyik menghafal pidato . Tiba-tiba , Ify tertidur . Then , bila bangun tidur pagi tadi , Ify terdengar suara Umi .

" Alang ! Bangun ! Cermin mata Alang patah ni ..! " 

Disebabkan masih mengantuk , Ify pun berkata dengan penuh 'innocent face' .

" Hurm .. Takpa-takpa .. Cermin mata tu memang patah dah .. "

Then , Ify pun tidur balik . Tapi , tiba-tiba jer Ify terfikir . Ehh ...? Cermin mata patah ??? O.o . Oh , no ~! Macam mana nak belajar ? Macam mana nak baca buku . Dah larh rabun bukannya sikit ~! :( . So , Ify terus bangun tidur dan tengok cermin mata tu . Memang dah patah tak boleh pakai . Tengah hari tu , kakak Ify hulurkan nasi kat Ify . Dan bila dia perasan yang perbualan dia tak dilayan oleh Ify , maka Ify pun menjawab : 

" Tunggu jap .. Alang tak habis fikir lagi ni . Macam mana Alang boleh tidur semalam ? Paling penting , macam mana Alang boleh lupa tanggal cermin mata ?!! "

Diri sendiri buat salah , orang lain kena marah -.- . Tiba-tiba , adik Ify masuk ke dalam bilik sambil bawa cermin mata dia . 

" Umi , adik tersilap tidur dengan pakai cermin mata . Cermin mata adik patah . "

Then , Ify pun pandang kakak Ify dan berkata :

" Ehh ... Hari ni hari 'cermin mata patah sedunia' ker ekk ...? O.o "  

Adik Ify menoleh ke arah Ify .

" Cermin mata Alang pun patah ka ? "

Arghh .. Stress ~! -.- .

*******

Ok . Sampai di sini saja entri kali ni . Ify kena pegi sekolah untuk berlatih pidato . Tata again ~ :) .

No comments:

Post a Comment