Wednesday 10 April 2013

What's Going On ?

Assalamualaikum .

Maaf , readers . Sejak kebelakangan ni Ify terlalu busy . Nama pun calon SPM kan ? Esok adalah hari last Ify exam . Bakal ditamatkan dengan kertas subjek Pendidikan Syariah dan Pendidikan Quran Sunnah . Peperiksaan Pra-SPM ni adalah permulaan . Penghujungnya ? Jeng , jeng , jeng .. ( Huh ! Kenapalah dengan Ify ni ?!! ) -.- .

Actually , malam ni pun busy jugak . Baca buku dengan penuh ketabahan dan harapan , mungkin :3 . Tapi , Ify cuba jugak nak update entri baru menggunakan laptop kakak Ify yang comel dan garang tu . Pstt .. Jangan marah kalau baca entri ni :3 . Memandangkan komputer dah dimonopoli oleh adik yang suka perasan hensem -.- , dan android dah diambil oleh abang yang hensem tapi garang -.- . Ify cuma pegang phone sendiri jer larh , menanti mesej dari Abang Hotlink -.- . Ify nak update entri baru malam ni coz saja nak lepas tension . Huarghh ....! Bukan stress sebab exam . Bukan ! Hukhuk .. Sebab lain ~ 


First , Ify rasa bosan lebih kurang seminggu yang lepas . So , Ify pun cubalah bukak Facebook . Entah larh kenapa . Bila bukak Facebook , rasa macam sakit hati pulak . Pelik tak ? Sakit hati kenapa ekk ..? Jawapannya .. Treng teng teng ...! Biar larh rahsia ~ -.- . So , sejak dari tu , Ify dah malas nak bukak Facebook . Sekian , terima kasih -.- . 

Then , Ify selalu sakit . Urm .. Biasalah tu , Allah nak uji kan ? :'D . Tapi , sakitnya terlampau perit >_< ! . Hukhuk ... Hurm .. :'( . Tambah sakit , bila orang yang selalu ada di sisi kita , dah tinggalkan kita waktu kita sakit tu . Adess ... Tau tak ? Lebih baik hiris hati sendiri daripada biarkan orang lain lukakan hati kita :'( . Apalah yang Ify merepek ni ? -.- .

Seterusnya , setiap kali exam , Ify selalu tak ada keyakinan nak jawab soalan . Selalu sangat rasa confuse . Alahaii .... Sampaikan , subjek Sains Ify dah target dapat gred D -.- . Nak dijadikan cerita , habis exam Tasawwur hari tu , ada budak Add Math datang bagitau : 

" Weyh ! Hang dapat 60 lebih . "

" Subjek apa ? "

" Sains . Tapi aku tak pasti larh betul atau tak . Hang tengok sendiri larh nanti . "

Dah larh waktu dia datang bagitau tu , Umi ada dengan Ify . Waa ... Nak nangis ...! :'( . Balik rumah , kena marah . Umi kata Ify banyak main-main :'( . Banyak kali jugak larh Ify cuba mempertahankan diri sendiri dengan kata Ify tak main-main . Ify dah buat nota , dah buat latihan , dan lain-lain . Tapi , Umi kata tak nampak pun semua tu . Sila buktikan . So , Ify pun tunduk sedih bergelinangan air mata peluk bantal ..

" Umi , I'll prove it ! Coming soon -_- ! " 

Hati berkata yakin . So , tindakan pun kena ada larh kan ? Ify pun dah tak berhenti buat latihan Matematik , Sains , dan lain-lain mulai sekarang . Kena abaikan segala kemalasan dan halangan . Sebab Ify tau , kalau Ify tak berjaya , mesti akan ada orang di sekeliling yang akan gelakkan Ify . 

Kemudian , hari Khamis minggu lepas Ify menjalani ujian saringan Talasemia kat sekolah . Sebenarnya dah ambik ujian ni tahun lepas . Tapi tak tau larh kenapa tetiba boleh rasa gatal pulak nak ambik lagi sekali kan ? -.- .Yer larh , Ify memang takut jarum . Tapi , memandangkan tahun lepas kena ambik darah , tak sakit . Maka , Ify pun dah berani nak ambik darah sekali lagi . Semangat jer jadi orang first angkat tangan sebagai volunteer . Ok tak ? :3 . Sekali waktu kat perpustakaan tu , Ify larh orang last yang kena ambik darah coz Ify kembali menjadi penakut :3 . Sampai jer waktu Ify nak kena , Ify kena kat nurse yang agak berumur ! Arghh ...! Takut ! Orang kata , kalau nurse berumur tu cucuk , sakit ! :'( . Ify pandang nurse tu yang tengah tanya siapa lagi yang nak ambik ujian tu . 

" Ok . Siapa lagi ? Datang sini . " 

" Gulp " . ( Sambil menyembunyikan borang ujian bawah tudung ) .

" Tak ada dah ekk ..? "

Then , kawan-kawan Ify tolak Ify ke depan . 

" Ni , dia ni tak kena lagi .. "

" Ok . Datang sini . "


Umi ..........! Takut betul masa tu . Rasa macam nak buat perangai budak-budak , lari masuk tandas ker , apa ker ... -.- . Then , Ify dengar nurse tu kata , urat semua halus-halus . So , dia gunakan jarum yang besar pulak . Masuk jarum tu tak apa lagi . Then , bila dia dah start tarik darah keluar , Ify rasa sakit macam ada orang robek-robek tangan Ify guna pisau . Lagi sakit dari waktu Ify kena injection dengan nurse India kat PMC hari tu . Mula-mula Ify cuma kerutkan dahi . Then , tak tahan sangat , Ify renyukkan kertas yang ada kat tangan Ify . Tak tahan lagi , Ify terus gigit kertas tu . Lepas tu , nurse tu kata dah habis . Ify terus duduk kat lantai dan menangis . Uwaa ......! Sakit ~ ! :'( . Then , kawan-kawan tolong tarikkan balik lengan baju dan bawak Ify pegi kantin untuk 'tambah tenaga' -.- . Bayangkan , dua hari tangan tak boleh angkat , sakit sangat , rasa macam ada jarum tenggelam dalam tangan . Lama lepas tu , dah happy dah larh . Boleh senyum lebar :D .

Lepas tu , Ify stress pasal .. Ify tak datang sekolah minggu lepas selama 3 hari sebab masalah kesihatan . Then , nak dijadikan cerita , tadi Ify terdengar ada dua orang kawan tengah cerita pasal keseronokan menghadiri tuisyen Matematik semalam .Then , Ify pun macam ...

" Aik ? Semalam ? Tuisyen ? Bila ? "

" Laa ... Hang tak mai ka ? "

" Datang ? Tuisyen ? Weyh , bila ni ?!! "

" Kan minggu lepas cikgu dah kata , setiap hari Selasa malam Rabu akan ada tuisyen Matematik pukul 8.15 p.m. . Kan kita dapat surat ? "

" Betul larh ... Hang tak mai sekolah kan ? Dua kali dah tuisyen setakat ni . Patut hang tak boleh jawab soalan Matematik tu tadi . Takda orang bagi surat kat hang ka ? Kawan baik hang ? "

" Tak ada pun .. Hurm .. Ruginya ... Why does nobody tell me about the tuition ..? T_T " .

" Huhu .. Kesian kat hang . Mai nombor , nanti aku hantar mesej peringatkan . " 

So , Ify pun bagi larh nombor phone Ify kat kawan Ify tu . Tapi tu bukan masalahnya . Yang menjadi masalahnya tu , kenapa daripada 35 orang pelajar dalam kelas Ify , sorang pun tak tolong bagitau Ify pasal tuisyen tu ? :'( . Then , tadi Ify cuba larh nak mengadu nasib kat Umi . Cerita pasal ni . Tapi , kena marah pulak dengan Umi , coz Ify dikatakan terlalu lembut hati sampaikan kawan-kawan pun boleh 'pijak kepala' . Ify rasa sangat sedih . Sebab malu nak menangis kat depan Umi , so Ify pun masuk menangis dalam tandas . Tandas jugak ? Alahaii ... -.- . 

Tu jer larh kot ceritanya . Hehe ... Nanti Ify sambung lagi , Insya-Allah :) . Sekarang Ify nak sambung study . Pray for me , ok ? :D . Tata :3 . 

No comments:

Post a Comment