Wednesday 9 January 2013

Pengalaman Form 5 - Part 1

Assalamualaikum .

Hari ni hari Selasa , bertarikh 8 Januari 2013 . Awal tahun hari tu , Ify tak sempat update blog pasal tahun baru coz Ify telah mengalami masalah teknikal . So , sekarang Ify nak update satu entri yang ada kaitan dengan tahun baru jugak . Ya larh , bila masuk tahun baru ni , bermakna Ify mula study dalam Form 5 . Ehh ... Ify study dalam form 5 ..? Alahai .. cepatnya masa berlalu ! :(

Btw , satu perkara yang Ify syukur sangat ialah bila Allah S.W.T buka pintu hati Ify untuk berubah pada awal tahun ni . Alhamdulillah :) . Waktu kawan-kawan lain busy dengan phone , kerja luar , Facebook .. Ify busy dengan homework dan study . Huhu .. Syukur larh coz Ify tak ada kena buat kerja apa-apa . Phone pun Ify on sebulan sekali saja . Facebook pulak , Ify bukak Jumaat , Sabtu saja . Ataupun bukak sekejap kalau kena search apa-apa subjek dalam internet . Itupun Ify dah set , nak bukak Facebook , jangan lebih dari satu atau setengah jam ekk .. :3


Pagi , Ify pegi sekolah macam biasa . Cuma yang berbezanya ada larh masa Ify sampai ke sekolah . Kalau tidak , sebelum ni Ify selalu datang lewat ke sekolah , cikgu tengah mengajar baru masuk kelas . Tapi sekarang , Ify akan sampai sekurang-kurangnya lima atau sepuluh minit sebelum bunyi loceng . Kadang-kadang pukul 7.25 a.m. pun dah ada kelas :) . Masa belajar , Ify tak buat kerja lain macam Ify suka buat tahun lepas . Tapi , Ify akan fokus kepada apa yang cikgu cakap dan salin setiap patah perkataan yang cikgu sebutkan . Habis sekolah , Ify terus balik rumah . Dah tak balik lewat macam dulu memandangkan keadaan kesihatan Ify yang cepat sukar untuk bernafas kalau terlalu letih .

Kat rumah , Ify akan buat kerja sekolah terus dan takkan bertangguh . Ify ni pelupa , jadi tak boleh larh bertangguh , bertangguh kan tak baik untuk kesihatan mental .. Huhu .. Then , Ify akan tidur sekejap selama satu ataupun setengah jam untuk hilangkan letih . Malam , Ify akan sambung buat kerja sekolah yang bersisa tu . Kalau kerja Ify masih banyak , nasib badan larh kena tidur lewat . Paling lewat pun pukul dua larh kan .. :3 .

Hari ni , Ify sampai lewat ke sekolah coz tayar kereta pecah kes 'accident' . Haha .. Macam mana ntah , abah boleh terlanggar tepi tembok tu sampaikan tayar pecah . Apapun , syukur larh kitorang selamat dan sampai sekolah lewat pun , cikgu yang bertugas jaga pintu pagar pun faham  :) .

Ok , berhenti di sini . Ify ada tugas untuk dilakukan sekarang . Nanti Ify akan sambung cerita dalam entri baru ~ :)

No comments:

Post a Comment