Wednesday 9 January 2013

Pengalaman Form 5 - Part 2

Assalamualaikum .

Sebelum ni , Ify ada update entri yang tajuk Pengalaman Form 5 - Part 1 kan ? Korang kena baca entri tu dulu kalau tak baca lagi coz ni ada larh sambungan untuk entri tu . Ok :) .

Entri yang lepas Ify dah ceritakan jadual Ify , perubahan Ify . Ok , kali ni  Ify nak ceritakan pulak pasal kelas . Kalau nak tau , sekolah Ify dah mula buat 'pengasingan kelas' bermula awal tahun ni . Actually , Ify dah tau dari tahun lepas lagi pasal ustaz nak buat 'pengasingan kelas' tu coz ustaz yang bagitau masa Ify pegi rombongan ke Perlis dengan kawan-kawan . Tapi , Ify tak bagitau kawan-kawan lain pun coz Ify rasa buang masa , lambat-laun diorang akan tau jugak kan ? Hahh ... Kan dah terlajak muqaddimah ..! :D



So , Ify duduk kat kelas 5 Tarmizi . First masuk kelas , ramai kawan-kawan merungut . Macam-macam suara tak puas hati kedengaran . 'Kebebasan bersuara' larh kononnya .. Huhu ..

" Kenapa kita mesti duduk kelas bumbung nak runtuh ni ...?!! "

" Aku tak sanggup tulis nama 5 Tarmizi kat buku aku ! "

" Woi ! Lelaki tak ada ! Enjoy ... wuhuu ... ~ ! "

" Aku nak duduk sana ! Nak dok sini ! "

Huhu .. Dan macam-macam lagi larh ayat yang keluar tu kan .. Btw , bagi Ify , duduk kelas mana pun tetap sama coz yang penting ada larh reputasi pembelajaran kita dan ilmu yang kita dapat . Tak kisah larh lelaki ada atau tak ada , tak mencacatkan ilmu yang kita dapat tu , yer kawan-kawan ... :) .

Ragam yang paling best skaly untuk dilihat bila berlaku 'pengasingan kelas' ni ada larh ragam pelajar-pelajar tak kira lelaki atau perempuan . Masing-masing dengan cara sendiri . Yang lelaki , dengan cara diorang . Bising dalam kelas , kadang-kadang tak ada kerja nak buat pegi tidur pulak ..  Nampak budak perempuan lalu pun nak mengorat tak kira comel tak comel pun .. Huhu ..

Yang perempuan pun dengan cara sendiri . Cikgu tak ada , yang baca buku pun dua tiga orang saja . Kebanyakannya asyik menyembang , mengumpat tak tentu hala . Tak kurang jugak ada yang 'make-up' kat belakang kelas . Haha .. Bukan 'make-up' pakai lipstick ker apa ekk .. Just selalu tengok cermin ramai-ramai . Tudung tak jadi larh , kening senget larh , bedak tak cukup larh .. Bla , bla , bla .. -.- . Sekarang ni , cermin merupakan satu benda yang penting buat diorang . Sampaikan cikgu suruh beli cermin dan letakkan kat depan kelas . Semua sebab budak lelaki dah tak ada ... dan tak ada siapa yang nak malu untuk tengok cermin .. Huhu .. :3


Dalam kelas boleh sembang pasal 'boyfriend' pulak tu ! Isk3 ... Insaf-insaf larh sama .. Nak SPM ni .. Huhu .. Btw , perkara yang paling best skaly ada larh , dah tak perlu sembunyi-sembunyi bila nak sembang pasal 'hal perempuan' :D . Wow ! Really ? Yup ! :D . Ustazah-ustazah pun dengan senang hatinya akan sebut pasal 'datang bulan' dan lain-lain . Yang paling klakarnya , ustaz yang mengajar Hadis pasal haid pun suruh pelajar perempuan ceritakan tentang haid secara terbuka . Tak perlu sorok-sorok . Haha ... Diorang tak malu , tapi .. Ify malu larh .. aww ~ :3

Apapun , satu perkara yang Ify tak pernah terlepas dari tahun lepas ada larh ditertawakan kawan-kawan . Huhu .. Semua salah Ify jugak , cikgu cakap apa pun buat 'lurus bendul' gaya budak skema jer . Lastly , diorang ketawa dengan gelagat Ify . Hurm ~ :3

Yang kelakarnya bila ustazah cerita pasal budak lelaki . Diorang kata , diorang tak boleh fokus , tak boleh belajar dengan baik . Bila ustazah tanya kenapa , diorang just cakap sebab kaum perempuan tak ada . Rasa sepi larh kononya .. Haha .. Gelak guling larh Ify dengar .. >_< . Ustazah kata :

" Jadi betullah saya pernah orang tua-tua kata . Lelaki tak boleh hidup tanpa perempuan . Tapi perempuan boleh hidup tanpa lelaki . Tengok larh kamu semua , gembira saja semuanya .. "

Haha .. Gelak guling sekali lagi .. >_< . Owh .. tak boleh hidup tanpa perempuan larh kononnya .. Masa kitorang campur kelas , bukan main lagi diorang ganggu , tak hargai langsung . Huhu .. Apapun , sekolah setakat ni memang best larh semuanya . Harap-harap tak ada apa-apa masalah . Tahun last sekolah ni , tetiba jer rasa sayu pulak study dengan kawan-kawan ni .. Huhu ..

No comments:

Post a Comment